Pada pendapat saya, bukannya pedang Melayu tu tak ada yang panjang. Ada, tetapi secara umumnya pedang-pedang kita adalah yang berukuran pendek.

Tak kisah sama ada kita nak kata pedang ke, parang, pedang rudus, atau apa sekali pun. Ukurannya lebih condong pada ukuran pendek atas beberapa sebab.

Pertama, senjata silam dibuat atas konsep kesetaraan ukuran badan si pemiliknya. Sama ada sepanjang selilitan kepala, sehasta, iaitu dalam anggaran setengah lengan dan lain-lain kaedah ukuran. Tubuh orang dahulu adalah lebih kecil dari kita. Jadi, disebabkan itu, apabila kita ukur dengan badan kita sekarang ini nampaknya lebih pendek.

Jenis pedang pendek rumpun Melayu.. ini dari Filipina

Tapi apa pun susuk tubuh orang dahulu, mereka ini masih tetap jarang menggunakan pedang yang terlalu panjang dalam ukuran Katana atau Todachi Jepun. Ini ialah kerana tekanan persekitaran tempur yang sedia ada.

Medan tempur utama orang Melayu adalah di darat dan laluan air. Ini termasuk laluan laut dan juga sungai.
Kalau di darat, tempatnya adalah di persekitaran rimba, semak, belukar dan kalau pun di luar dari kawasan itu, ianya dilakukan di persekitaran yang berbukit bukau, di lembah dan lerengan termasuk kawasan mendatar.

Di darat, kita bertempur dengan cara mengatur s.erang.an bergerak, meny.erang hendap dan lain-lain. Pergerakan ketumbukan besar sesekumpulan itu sukar dilakukan tanpa perlu menyusur laluan di tempat-tempat yang diakatakan sebelum ini.

Kelewang Kelantan.

Kita juga berp.era.ng secara statik dengan cara berkubu, iaitu dengan membuat kota. Lalu kota-kota ini akan dise.ran.g dan melakukan juga se.ranga.n balas secara terang-terangan atau hendap.

Kita juga kerap bertempur di atas laluan air. Selalunya dari geladak perahu atau kapal p.era.ng. Perahu ni bukanlah seperti canoe atau sampan yang kita gunakan untuk memancing atau beriadah sekarang.

Perahu yang digunakan adalah amat panjang tetapi secara relatifnya masih sempit kerana tidak lebar, walaupun ianya boleh memuatkan puluhan orang.

Ianya boleh memuatkan juga rentaka kecil yang boleh dipusing-pusing di bahagian haluan (depan), buritan (belakang) atau di sisinya (tepi dinding) perahu dan kapal itu.

Geladak perahu-perahu p.era.ng contohnya adakalanya hanya searas, adakalanya besar sehinggakan berganda arasnya di bahagian buritan. Perahu p.eran.g selalunya digerakkan dengan cara mendayung dan melalui tebaran layar.

Aman Remu Sumatra.

Sebab itu perahu dan kapal p.eran.g di Nusantara digeruni pelayar asing. Ini ialah kerana ianya semua boleh digerakkan dengan bebas bersimpang siur menyusur atau melawan arah angin. Sukar dikejar dan jika mengejar pula sukar nak lolos.

Kita juga banyak melakukan pertempuran di kawasan peralihan. Iaitu di kawasan pesisiran laut berpantai atau tebing sungai, kali atau paya bakau. Ini terjadi apabila kita mengalihkan s.eran.gan dari kapal atau perahu ke darat.

Atau peralihan dari kawasan mendatar yang berlandaskan kawasan tanah pijakan yang yang kekar, ke kawasan yang tanah pijakannya tidak kekar, seperti lerengan, lembah, bendang, dan banyak lagi.
Dalam persekitaran p.eran.g seperti ini, penggunaan senjata yang terlalu panjang adalah amat sukar.

Pertempuran akan tertumpu secara berkumpulan di atas geladak yang sempit atau di di lerengan rimba dan hutan dan kawasan yang lecak, berlumat, berlumpur, condong amat lerengnya dan mungkin tidak rata yang dirintangi akar, sulur pokok, rotan, semak berduri atau landasan pijakan kaki yang bergerak² serta terumbang ambing dll.

Kalau pun senjata tajam yang panjang ada digunkan, ianya kemungkinan besar adalah dari jenis tombak dan lembing. Senjata yang digunakan untuk s.erang.an menik.am seperti bayonet. Lebih mudah dilakukan.

Kemungkinan besar jarang amat digunakan pedang yang terlalu panjang yang digunakan untuk tujuan melibas. Ini ialah kerana kesempitan ruang untuk menghayun senjata ini dalam lengkok hayunan yang lebar.

Senjata tajam yang lebih pendek dan berat lebih senang digunakan dalam pertarungan jarak yang amat dekat secara berpusu²an dan dikelilingi persekitaran yang banyak rintangan dan kesempitan ruang.

Senjata lebih pendek dan berat tidak perlu dihayun pada gerakan lengkongan yang luas. Gerakan hayunan yang ringkas dan padat sudah pun dapat mendatangkan kecederaan yang parah.

Saya sertakan link video yang menunjukkan gaya s.erang.an berkumpulan yang mungkin digunakan.

Artikel dinaikkan selepas mendapat keizinan penulis asal, Suhaimi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.