Bila sebut sahaja nama Karim Latiff sudah tentu tergambar watak sebagai Safar yang dilakonkan olehnya di dalam filem Ahmad Albab arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1968.

Karim Latiff dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan pada 8 Febuari 1936. Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan dengan menyertai pertunjukkan pentas bangsawan dengan menyertai kumpulan Sandiwara Kenchana yang dipimpin oleh A.R Tompel. Selepas dari itu Karim Latiff menimba ilmu dan pengalaman dengan kumpulan Sandiwara Booty Surya Negara yang diketuai oleh Kasma Booty bersama suaminya Booty Jacob.

Selepas menimba pengalaman bersama kumpulan bangsawan, Karim Latiff berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya dalam bidang lakonan. Beliau telah ditawarkan sebagai pelakon tambahan di Studio Cathay-Keris pada tahun 1956 melalui filem Pontianak.

Seterusnya Karim Latiff banyak berlakon sebagai pelakon tambahan di dalam filem-filem keluaran Cathay-Keris seperti Dendam Pontianak, Sumpah Pontianak, Mahsuri dan beberapa lagi filem.

Pada tahun 1964 Karim Latiff kembali semula ke Kuala Lumpur apabila beliau dipanggil oleh A.R Tompel untuk berlakon dalam drama televisyen terbitan RTM bertajuk Keluarga Tompel dan Potret Pekerti. Kemuncak kerjaya Karim Latiff muncul apabila P.Ramlee mengambil beliau berlakon dalam filem Masam-Masam Manis dan seterusnya menawarkan Karim Latiff peranan penting melalui filem Ahmad Albab. Karim Latiff turut terlibat dalam filem arahan P.Ramlee seperti Do Re Mi, Nasib Do Re Mi, Anak Bapak, Keluarga 69, Gerimis, Kanchan Tirana, Enam Jahanam dan dua filem lagi iaitu Lain Jalan Ka-Shorga dan Amok Tok Nading.

Karim Latiff mempunyai hubungan yang rapat dengan P.Ramlee ketika di Studio Merdeka dan pernah berkongsi satu kisahnya dengan P.Ramlee semasa beliau menjadi jiran saya di Shah Alam sekitar lewat tahun 1980-an.

Kata Karim Latiff, “Kau tahu kenapa P.Ramlee suka aku? Sebab aku seorang sahaja pelakon ketika itu yang boleh ketawa sambil bercakap”.

Karim Latiff meninggal dunia pada 15 Ogos 2015 akibat kanser paru-paru. Titipan doa dan Al Fatihah buat seniman Karim Latiff.

RUJUKAN:

Majallah Filem, bil 96, Mac 1968

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Comments are closed.