Dah jadi kebiasaan kalau tengok drama, filem orang putih mesti perkakas elektrik ‘dishwasher’ ni muncul dalam filem. “Nancy, can you place those dishes in the dishwasher” ujar aktor dalam filem tu sambil anaknya meletak pinggan didalam ‘dishwasher’.

Dalam hati saya sendiri pun, ewah-ewah, senangnya orang putih, lepas makan letak je pinggan kotor dalam ‘dishwasher’. Tau-tau je dah siap cuci. Saya melihat scene cerita filem asia macam cerita Cina atau Indonesia, scene cuci mangkuk dengan tangan sudah jadi kebiasaan norma sepertimana kita. Saya sendiri pun tertanya, mengapa? Mengapa?

Sepertimana yang kita tahu, budaya orang asia kita adalah makan nasi, bukan spaghetti, pasta. Dimana kanji-kanji dalam nasi ni apabila ia kering diatas pinggan mangkuk, adalah sangat sukar ditanggal jika mengharapkan pancuran air biasa, ianya perlu disental dengan kekuatan fizikal supaya kotoran degil ini tanggal.

Dimana sistem ‘dishwasher’ menggunakan pancuran halus dengan ‘lengan’ yang mampu berpusing 360 darjah sewaktu proses mencuci, sebahagian pancuran air ini tidak akan kena bahagian kotor yang tersembunyi. Menyebabkan kerak-kerak nasi ini melekat dan menyebabkan pinggan kekal kotor.

Banyaknya mangkuk nak cuci, alangkah bagusnya jika mangkuk ni pandai mencuci dirinya sendiri!
Lengan jet air yang menyemburkan air ke pinggan mangkuk 360 darjah
Dishwasher pun ada detergen tau! Bukan mesin basuh sahaja perlukan detergen.

Selain itu, harga ‘dishwasher’ yang mahal didalam sekitar RM 2,500 ke RM 5,000 menyebabkan tidak semua rakyat Malaysia mampu membelinya, malahan selepas membeli, kabinet dapur perlu dipasang sambungan soket elektrik, paip air dan lubang outlet air kotor untuk ‘dishwasher’.

Di sini kita lihat, proses pemasangannya sendiri pun sudah memenatkan, menelan kos untuk ubahsuai kabinet dapur. Tidak kurang juga, tariff elektrik di Malaysia yang mahal menyebabkan pemasangan ‘dishwasher’ tidak beberapa popular, malahan perlu membeli detergen sabun untuk ‘dishwasher’.

Bayangkan, sudah lah pinggan dicuci dengan air yang banyak , selepas itu pinggan distim di dalam wap panas untuk membunuh kuman, ciri-ciri ini menggunakan banyak elektrik. Orang Amerika dan Britain mereka tidak punyai masalah seperti ini kerana matawang mereka lebih besar.

Membayar bil elektrik hanyalah dalam beberapa puluhan dollar untuk keluarga yang kecil menggunakan ‘dishwasher’. Tidak kurang juga, mesin ‘dishwaher’ ini memakan lebih banyak ruang berbanding sinki, dimana ruang dapur dirumah orang asia tidaklah besar mana pun sepertimana orang barat.

‘Dishwasher’ adalah sangat efisyen jika anda mempunyai keluarga besar dan makan diatas pinggan mangkuk dengan banyak, cucian pinggan sekali jalan. Jika keluarga kecil dan tidak menggunakan banyak pinggan mangkuk, cucian tangan adalah cukup memadai.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan lepasan Diploma didalam bidang Senibina (Architecture) dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas, Kelantan dan bakal melanjutkan lagi pengajian senibina di Universiti Kebangsaan Malaysia (Insyallah). Bekerja disebuah syarikat melukis pelan buat masa ini. 5 Tahun pengalaman dengan Autocad dan 3D render, pernah menghasilkan karya model Titanic dari kotak yang telah menjadi perhatian pengunjung di Pertubuhan Akitek Malaysia pada 2017 (MAYAS Art Exhibition by Pertubuhan Akitek Malaysia). Hobi suka menulis mengenai teknologi kejuruteraan senibina, tenaga hijau dan sains , melukis dan membuat model pada masa lapang. Amat meminati sejarah peradaban Islam, ketamadunan Melayu dan Yunani

Comments are closed.