Kenapa Orang Mencarut?

637

Bayangkan anda sedang menggoreng telur mata untuk dimakan bersama nasi dan kicap. Asalnya pecah elok dalam kuali yang panas, sehabis baik  mengawal api untuk dapat tekstur terbaik. Tetapi bila kalih saja, kuning telur pecah…

Sedih, marah, kesal semua bercampur baur. Tapi semua faham perasaannya saat itu?

Tidak pelik waktu sebegitu semua akan mencarut. Habis disumpah seranah tujuh keturunan ayam yang bertelur. Persoalannya, kenapa manusia mencarut?

Jangankan Melayu, habis semua bangsa ada perkataan-perkataan tersendiri untuk dicarutkan. Barat ada perkataan-F. Rusia ada perkataan-B. Melayu ada B*bi.

Dari segi psikologi, dalam satu artikel tulisan Dr. Timothy Jay pada tahun 2009.  beliau berpendapat carutan ialah rujukan-rujukan berunsurkan syhwat (F*ck), kejutan tinggi (godd*mn), kotor (sh!t), haiwan (p!g), keturunan (bast*rd) dan apa-apa jualah. Bagi Dr. Jay, unsur carutan bukanlah unik.

Dr. Timothy Jay ialah pakar psikologi yang banyak melakukan penyelidikan, menulis tentang carutan dan kutukan. Beliau telah menerbitkan banyak buku dan bab tentang kutukan/carutan, dan sebuah buku teks untuk Prentice Hall on The Psychology of Language.

Tetapi pilihan yang betul-betul teliti dikajinya. Misalnya, bila orang perlu melepaskan perkataan-F, mereka takkan sesekali mengatakan pig. Begitu juga “you’re a b4st4rd” takkan sesekali digantikan dengan “you’re a goddamn”. Malah goddamn telah menjadi bagaikan adjektif untuk carutan: “you’re a goddamned b4st4rd.”

Kalau bahasa Melayu pula, gaya carutannya berbeza. Selalunya definisi “perlu” bahasa Indonesia yang dijaja habis. Bila situasi memangkinkan carutan paling teruk, masa itulah seseorang akan hilang kesabaran dan terus meletvp. Di hadapan ibu bapa pula biasanya penggunaan kata-kata mencarut akan disaring sehabis-habisnya.

Dr. Jay menggambarkan situasi sebegini bagaikan bunyi hon kereta. Di jalanraya, hon digunakan berdasarkan pelbagai jenis emosi: mar*h, terkejut, kecewa dsb. Disebabkan itulah carutan kadang-kala boleh tergolong dalam kategori ucapan benci, pender*an lisan dan gangguan s*ksual. Mencarut boleh terjadi dengan emosi dan menghasilkan kesan positif atau negatif.

Sebab kadar carutan yang digunakan berbaur niat tertentu semestinya menunjangkan jenis emosi disampaikan.

Promosi Buku DTT

Dalam situasi telur goreng di atas, carutan digunakan untuk membebaskan diri daripada perasaan negatif. Sudahlah penat imbangkan tekstur telur, bila kalih saja habis berterabur kuningnya. Badan yang panas kerana mar*h pun disejukkan dengan lepasan suatu perkataan begitu berkuasa untuk melepaskan geram.

Ada juga waktu yang carutan memang diperlukan. Misalnya dalam bidang penulisan, carutan biasa dipakai untuk menggamabarkan jenaka, atau jalan cerita yang betul-betul menarik. Sebab itu ada yang kata, “Avengers: Endgame gempak gila babi.”

B*bi sememangnya yang tiada kaitan pun dengan cerita tersebut, apatah lagi gila. Tetapi kedua-duanya memberikan gambaran jelas tentang kehebatan sesuatu.

Boleh juga bagi gambaran: “Avengers: Endgame gempaklah!” Tetapi ketiadaan carutan menunjukkan ketandusan emosi dalam suatu kenyataan.

Imbangan emosi itu yang memainkan peranan dalam c*rutan. Dari celik sampailah ajal, memang carutan akan digunakan. Ia sudah menjadi asas semulajadi dalam perkembangan pertuturan manusia.

Sama ada positif atau negatif, kalian saja berhak untuk menentukan. Kadangkala nasihat tidak jalan, perlu dibangkang dengan satu dua c*rutan.

Setiap perkataan mempunyai kuasa tersendiri. Hanya kita saja boleh tentukan bila dan di mana. Akhir kalam, korang yang membaca pun mesti pernah mencarut.

RUJUKAN:

Timothy Jay and Kristin Janschewitz, 2012, The Science of Swearing. https://www.psychologicalscience.org/observer/the-science-of-swearing

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.