Pernah tak anda buka Facebook, lepas itu terbaca kenyataan seseorang yang mendakwa Nabi Adam turun di Gunung Jerai dan vaksin agenda Yahudi? Padahal kita semua tak tahu di mana Nabi Adam turun dan orang Yahudi pun lawan vaksin. Masalahnya ramai betul yang percaya dan siap menjadi taksub lagi.

Sekarang ini beralih pula kepada situasi kedua iaitu anda buka Twitter lepas tu ada yang cakap ringgit melemah kerana perdana menteri. Tambah lagi, tak nak bina LRT sebab membazir katanya. Apabila kita baca, nampak sangat kenyataan pentaksub konspirasi dan politik ini bebal semacam. Tapi yakin betul mereka keluarkan kenyataan sebegitu dan apa sebabnya.

Inilah dinamakan sebagai Dunning-Kruger effect yang telah digagaskan oleh David Dunning dan Justin Kruger. Apa benda tu? Secara asasnya Dunning-Kruger effect adalah kecenderungan individu yang menganggap diri lebih pandai dalam bidang di luar kepakarannya. Jadi orang seperti ini memiliki tahap keyakinan yang sangat tinggi untuk sanggah pendapat pakar. Dalam bahasa mudahnya manusia sebegini suka buat palatao.

Mungkin juga mereka ini satu spesies dengan Patrick Star

Apakah punca berlakunya masalah Dunning-Kruger effect?

Kebiasaannya mereka ini alpa dalam menilai diri lebih dahulu kerana terlalu anggap dirinya betul dan sempurna. Padahal setiap manusia itu miliki kekurangan masing-masing dan kecerdikan kita bersifat terhad. Bermakna kita hanya boleh bercakap tentang perkara yang kita mahir sahaja. Berbeza pula dengan mereka yang gemar buat palatao sendiri.

Sikap lupa diri ini mungkin berpunca daripada kurangnya metacognition yang bermaksud keupayaan menilai pengetahuan dan kemampuan diri sendiri. Apabila nak nilai pengetahuan diri pun tak mampu, jangan terkejut jika mereka ini gemar keluarkan kenyataan yang dangkal. Di samping itu, golongan sebegini juga sebenarnya beranggapan bahawa mereka miliki beban dan tanggungjawab untuk membetulkan keadaan. Bermakna hanya mereka hanya yang mampu perbetulkan masyarakat.

Sebagai contoh, dulu ada yang cakap setiap kali bencana yang datang ke Malaysia merupakan bala. Lantas mereka keluarkan kenyataan untuk takut-takutkan masyarakat. Terdapat juga yang kata Malaysia adalah negara paling sampah di dunia. Maka jadi tanggungjawab mereka untuk perbetulkan segalanya. Padahal fakta dan data buktikan bahawa andaian mereka itu salah.

Sekarang ini macam mana pula nak atasi Dunning-Kruger effect?

Senang sahaja iaitu perlu berfikir sebelum bertindak ataupun berkata-kata. Ambil masa sedikit untuk fikir sama ada tindakan anda betul atau salah. Satu lagi jangan ingat apa yang ada rasakan betul itu juga betul pada mata masyarakat. Sebagai contoh dalam kes kak long 7 Eleven, kak long menyatakan dia betul sebab mempertahankan anaknya daripada dituduh mencuri. Tapi masyarakat pula anggap sebaliknya kerana kak long tak mahu berbincang dan anaknya merosakkan barang dalam 7 Eleven.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Seterusnya, wajib terima kritikan dengan hati terbuka. Perkara ini amat penting terutamanya jika berada di tempat kerja. Apabila kena tegur ataupun dikritik oleh pihak atasan, sila hadam dan cuba perbaiki segala kelemahan diri. Jangan sesekali ego dengan menyatakan anda adalah betul dan menfitnah orang atasan bahawa mereka pilih kasih. Di samping itu, sentiasa tambah pengetahuan dengan lebih banyak. Apabila semakin banyak anda tahu, anda akan menyedari bahawa diri ini sebenarnya makin bodoh. Malah ada insan yang lebih pandai daripada anda.

Kesimpulannya jika terjumpa lagi manusia sedemikian rupa, sila abaikan dan anggap mereka seperti nyamuk sahaja. Ini kerana mereka akan tetap dengan kebebalan diri sendiri dan akan merendahkan taraf kita sahaja layan mereka. Jadi biarkan mereka terjun dengan labu-labunya sehingga sedar bahawa dirinya bukanlah cerdik seperti disangka.

Imam Syafie juga pernah berkata:

Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.

RUJUKAN:

Jacob, D. (2021, Mac 19). What is an example of the Dunning-Kruger effect? Medicine Net. Dipetik daripada https://www.medicinenet.com/what_is_an_example_of_the_dunning-kruger_effect/article.htm


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply