Kenapa Obor-Obor Merupakan Ciptaan ALLAH Yang Sangat Menakjubkan?

689

Pra-tempah hanya di Shopee

Obor-obor mungkin suatu nama yang terlalu meluas untuk menerangkan tentang 4,000 spesis haiwan unik di laut. Dalam bahasa Inggeris, haiwan ini turut dikenali sebagai jeli laut.

Kelas scyphozoa mendapat anugerah sebagai “obor-obor sebenar” dengan bentuk kemas serta warna begitu cantik.

Spesis cyanea capillata diberi nama obor-obor gergasi atas satu sebab: mereka memang gergasi. Diameter seekor boleh melebihi 200 sentimeter, dengan tentakel 36.6 meter sesuai untuk menangkap ikan dan plankton (Hickok, 2018).

Seekor cyanea capillata bersama manusia.

Kepelbagaian spesis memberikan obor-obor kelebihan di alam laut. Ada yang mendiami laut dalam dengan suhu bawah 3ºC.

Tanpa pengaruh Matahari sekalipun, kawasan ini masih bercahaya. Memperkenalkan obor-obor kristal (aequorea victoria) yang mempunyai sifat lut sinar.

Namun spesis ini mempunyai dua protein penting yang menghasilkan cahaya sendiri (pendarcahaya biologi).

Tanpa sebarang cahaya, obor-obor ini belajar (melalui evolusi) untuk berdikari.

Proses pendarcahaya ini agak rumit. Obor-obor menggunakan sejenis bahan seperti luciferin yang bertindak balas dengan oksigen.

Hasilnya ialah sejenis tenaga, yang memancarkan cahaya (AMNH, n.d.). Itu yang menghasilkan cahaya.

Ada obor-obor mampu menghilangkan cahaya di bumi sebenarnya. Peristiwa mengejut ini berlaku pada tahun 1999, apabila 40 juta rakyat Luzon bersedia untuk tidur.

Tiba-tiba, kipas berhenti menyejukkan malam. Lampu pula terpadam.

Ramai terpinga-pinga memikirkan nasib Presiden Joseph Estrada. Memang sudah lama ura-ura penggulingan kerajaan berbunyi.

Mungkin inilah semboyan. Tetapi keesokannya, Luzon mendapat bekalan elektrik semula. Estrada masih berkuasa.

Dan masalah bekalan rupanya angkara obor-obor, yang disedut masuk dalam paip penyejuk sebuah stesen jana kuasa (Tucker, 2010).

Beberapa tahun kemudian, sekali lagi mereka menghadapi masalah obor-obor. Ratusan pegawai polis sedang menjalani latihan anti-keg-anas-an.

Mereka perlu menyelam dalam laut… tanpa menyedari kawasan tersebut dibadai obor-obor. Ramai anggota polis digegaskan ke hospital kerana seorang pemerhati terlepas pandang.

Filipina bukan satu-satunya negara yang diganggu obor-obor. Haiwan ini pernah membuat hal di Namibia.

Di situ ramai sedang melombong berlian (sekitar dasar laut). Dan obor-obor datang membuat kacau (atau sebenarnya manusia yang mengganggu habitat mereka).

Belum lagi kekecohan yang berlaku di Laut Caspian, dimana obor-obor mengambil makanan begitu banyak hingga menjejaskan populasi ikan sturgeon yang menyumbang pengeluaran kaviar pada ekonomi tempatan.

Seekor obor-obor sudah cukup untuk membuat kacau.

Pada tahun 2014 pula, seekor obor-obor ungu (pelagia noctiluca) mencer-obo-hi sebuah tempat penternakan ikan salmon.

Dalam sekejap, ia membuat kerja dan membµnµh 300,000 ikan. Sebelum ini spesis sama membµnµh 100,000 ikan salmon dalam sangkar di Ireland Utara.

Pihak penternak hanya dapat menyaksikan krisis besar ini dengan mata terbeliak, terpaksa menelan hakikat kerugian kerana imbangan alam semulajadi.

Tetapi obor-obor paling hebat ialah spesis catostylus mosaicus. Inilah haiwan yang berjaya menundukkan USS Ronald Reagan pada tahun 2006.

Contoh spesis catostylus mosaicus yang besar.

Ketika mengunjungi Australia, kapal pengangkut jet ini mendapati paip penyejuknya tersumbat. Paip ini mengimbangi suhu reaktor nuklear kapal. Jadi apabila tersumbat, semua anak kapal terpaksa keluar untuk mengelak sebarang kebarangkalian.

Megah di laut. Rendah diri pada alam.

Tiada negara berani menyentuh kapal ini. Rupanya bukan kapal selam Rusia yang akan menyebabkan kekecohan… sebaliknya haiwan kecil yang menyelam.

Dan China sedang menghadapi masalah ini, kerana populasi obor-obor melonjak dengan ketara di Laut Kuning dimana kapal Liaoning berada.

Liaoning mempunyai segala kelengkapan untuk menyejukkan kapal. Ia akan menyedut air laut bagi memenuhi tujuan ini. Tetapi seringkali sistem penyedut tersumbat, kerana obor-obor (Chen, 2017).

Inilah warna-warni alam mengindahkan laut, bahawa manusia bukan penguasa yang mutlak.

Obor-obor membµnµh lebih daripada 100 orang setiap tahun, terutamanya kelas cubozoa yang setitis bis-anya mampu menghentkan denyutan jantung (Fox, 2010).

Kelihatan seperti plastik yang sangat merba-haya.

Paling menarik sekali, seorang kanak-kanak 10 tahun bernama Rachael Shardlow pernah diser-ang obor-obor ini. Dan doktor sangat terkejut kerana obor-obor tersebut tidak melepaskan bi-sa.

Shardlow sememangnya bernasib baik, kerana masih ada peluang untuk menikmati hidup.

RUJUKAN:

AMNH. (n.d.). How the Jelly Got Its Glow.

Chen, S. (2017, November 27). Why the humble jellyfish could stop China’s aircraft carriers in their tracks. South China Morning Post.

Fox, S. (2010, April 270. How deadly is the box jellyfish? Live Science.

Hickok, K. (2018, September 21). Family finds gooey ‘alien’ jellyfish on NZ beach. And it looks like a Jell-O mold. Live Science.

Tucker, A. (2010). Jellyfish: The Next King of the Sea. Smithsonian Magazine.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.