Moving Forward As One

Kenapa Negara Eropah Bersatu Tak Sokong England Final Euro?

3,720

Walaupun gambar ni ‘exaggerated’, tapi secara tradisinya England/Britain adalah negara yang paling dibenci di Eropah, dalam atau luar padang bola.

Selain “hooliganism” fans England, ia juga disebabkan oleh reputasi England sebagai “perfidious Albion” (the treacherous England).

Dalam French dipanggil “la perfide Albion”. German, “das perfide Albion”. Italian, “la perfida Albione”.

“Albion” adalah nama Britain dalam Greek klasik, dan selalu diguna bagi merujuk kepada England terutamanya (Britain dibahagikan kepada England, Wales & Scotland).

Kenapa “perfidious”? Sebab dalam sejarah, England/Britain dah banyak kali mengkhianati negara Eropah yang lain.

Contoh macam semasa P.e.rang Tujuh Tahun (1756-1763), Britain pergi cucuk Prussia (Jerman hari ini) untuk sama-sama berp.era.ng dengan Perancis dan Austria. Tapi last-last Britain sendiri pergi berdamai dengan Perancis, tinggalkan Prussia bingung seorang-seorang.

Semasa permulaan WW2 (1939-1945), apabila Britain-Perancis hampir dikalahkan oleh Jerman di Dunkirk, Britain tinggalkan Perancis seorang-seorang. Perancis surrender. Britain selamat.

Itali pun pernah rasa perfidy Britain. Semasa WW1 (1914-1918), Britain berjanji kepada Itali ia akan dapat banyak tanah kalau join pakatan Britain-Perancis, nak pujuk Itali keluar pakatan Jerman-Austria. Tapi selepas pe.ra.ng tamat, satu habuk pun Itali tak dapat.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Dari perspektif negara Eropah, Britain adalah pengkhianat. Tapi dari perspektif Britain, diorang tak khianat, diorang hanya menjaga kepentingan negara. “We have no permanent enemies, and no permanent friends, only permanent interests” tu ayat keramat orang England/Britain.

Track record Britain yang tak pegang kepada janji dan tak setia kepada rakan ni membuat Britain tak diterima ke dalam Kesatuan Eropah (EU) pada asalnya, yang dikenali sebagai Komuniti Ekonomi Eropah (EEC).

Charles de Gaulle, presiden Perancis dari tahun 1959-1969 guna kuasa veto dia halang kemasukan Britain ke dalam EEC. Sebab dia tak percaya Britain. Selepas de Gaulle tak jadi presiden, baru Britain diterima masuk pada tahun 1973.

Last-last sangkaan de Gaulle betul. Britain jadi negara pertama yang meninggalkan EU (“Brexit”). Yang negara EU lagi bengang, Britain keluar EU tapi stay dalam UEFA. Kata tak nak mengaku Eropah. Masuk final pulak tu.

Sebab itu ketua kerajaan EU, Ursula von der Leyen (orang Jerman) dah bagitau siap-siap dia sokong Itali untuk final kali ini. Jarang EU take side dalam bola. Bukan pasal bola sangat, tapi memang sakit hati dengan Britain/England.

Manakala PM Britain, Boris Johnson harap kemenangan England akan menguatkan lagi nasionalisme Britain pasca Brexit. Cuma bagi ramai orang Scotland & Wales (yang juga sebahagian daripada Britain), kemenangan England tak ada kaitan dengan diorang, tak ada apa perlu dibanggakan.

Diorang masih anggap England sebagai “penjajah” (Britain dibentuk melalui penaklukan England ke atas Wales pada 1283 & penggabungan dengan Scotland pada 1707). Sebab tu ada gerakan kemerdekaan Scotland, Wales bagai. Diorang pun harap England dimalukan di padang sendiri.

Tapi tak kisahlah England atau Itali yang memang, yang pasti lagu BTS tetap akan dimainkan semasa final nanti.

Ruangan komen telah ditutup.