Kenapa Negara Arab Berbaik Dengan Israel?

1,851

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Hari ini adalah ulang tahun ke-27 Perjanjian Oslo (Oslo Accord) yang dimeterai antara Israel dan Palestin pada 13 September 1993.

Sementara isu Palestin kembali hangat, elok kita ulang kaji sejarah perjanjian ini dan memahami kerumitan konflik Israel-Palestin.

Wakil Palestin dalam Perjanjian Oslo ialah Yasser Arafat, pemimpin Palestinian Liberation Organization (PLO) yang diiktiraf oleh dunia sebagai pemimpin Palestin yang sah.

PLO diasaskan pada tahun 1964 untuk membebaskan Palestin menerusi perjuangan bersenjata menentang Israel. Ada banyak kumpulan dalam PLO, yang terbesar ialah Fatah yang dipimpin oleh Arafat.

Tapi dengan menandatangani Perjanjian Oslo, Arafat berkomited untuk berhentkan semua keganasan (“violence & terrorism”) terhadap Israel dan mengiktiraf hak kewujudan (“right to exist”) Israel. Maksudnya Israel boleh wujud bersama-sama dengan Palestin, atau “two-state solution”.

Sama macam kes perjanjian perdamaian Israel-UAE dan Israel-Bahrain sekarang, US juga jadi broker Perjanjian Oslo. Perundingan bermula di zaman George H.W. Bush (1989-1992). Tapi Bush kalah pilihanraya presiden 1992, maka Bill Clinton yang dapat nama.

Perjanjian Oslo ini dianggap pencapaian besar dan Arafat bersama-sama Yitzhak Rabin (PM Israel) dan Shimon Peres (Menteri Luar Israel) dihadiahkan Nobel Peace Prize pada tahun 1994.

Cuma Perjanjian Oslo bukan perjanjian perdamaian yang muktamad, tapi mukadimah kepada proses perdamaian Israel-Palestin.

Perjanjian menetapkan tempoh masa 5 tahun bagi kedua-dua pihak selesaikan isu berkaitan sempadan dan status pelarian Arab Palestin dan berdamai sepenuhnya.

Cuma, Tebing Barat dibahagikan kepada zon A, B dan C. Zon A di bawah pentadbiran PNA sepenuhnya, Zon B dikongsi antara Israel dan PNA. Zon C (61% daripada saiz Tebing Barat) di bawah Israel buat “sementara waktu”.

Nampak bad deal betul. Tapi kenapa Arafat sign juga?

Sebab kedudukan Arafat sebagai pemimpin Palestin tergugat dengan kemunculan kumpulan pejuang pembebasan Palestin yang lain iaitu Jihad Islam Palestin (JIP) dan Hamas.

JIP diasaskan oleh Fathi Shaqaqi pada tahun 1981 dan Hamas diasaskan oleh Sheikh Ahmed Yassin pada tahun 1987.

JIP dan Hamas bukan saja menentang Israel malah juga menentang Fatah dan PLO yang dianggap sekular dan tidak bertunjangkan Islam. (Tapi sebenarnya Arab Palestin pun ramai Kristian juga, jadi logik juga Fatah/PLO guna pendekatan sekular dalam perjuangan)

Kemunculan JIP dan Hamas juga dibimbangi oleh Israel. Israel sendiri nampak impak Intifada yang dilancarkan oleh Hamas dan PIJ pada Disember 1987. Jadi Israel pun lihat PLO sebagai ancaman lebih ringan dan boleh dibawa berbincang.

Selain faktor JIP & Hamas, Arafat pun nampak perundingan dengan Israel akan memberi peluang kepada orang Palestin menentukan nasib sendiri, tidak lagi bergantung kepada ihsan negara-negara Arab yang lain.

Sebab selama ini, isu Palestin diperjuangkan oleh negara-negara besar Arab. Bermula dengan P3rang Arab-Israel Pertama (1948-1949) yang berpunca daripada penolakan pakatan negara-negara Arab terhadap Resolusi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) No. 181 (II) bertarikh 29 November 1947.

Resolusi UNGA 181 membahagikan Mandatory Palestin (jajahan British dari 1920-1948) kepada 2 negara, satu negara Yahudi, satu negara Arab.

Zionis menerima resolusi tersebut, Israel tertubuh pada 15 Mei 1948. Negara Arab tolak resolusi dan isytiharkan p3rang terhadap Israel.

Nampak macam negara Arab nak bela nasib Palestin, tapi sebenarnya lebih kepada membela kepentingan masing-masing. Lokasi strategik dan simbolisme agama Palestin membuat Mesir, Syria dan Jordan masing-masing mahu masukkan seluruh Palestin dimasukkan ke dalam wilayah sendiri.

Manakala negara majoriti penduduk Islam yang lain seperti Turki dan Iran iktiraf Israel sebab diorang anggap penolakan negara Arab terhadap Resolusi sebagai masalah orang Arab (Turki bangsa Turk, Iran bangsa Parsi).

Prang Arab-Israel Pertama berakhir dengan gencatan senjata. Negara-negara Arab gagal menundukkan Israel dan dalam perjanjian gencatan senjata diorang setuju bagi Israel pegang kawasan di belakang “Green Line”.

Keadaan ini bertahan sehingga Jun 1967 apabila pakatan negara Arab dikalahkan oleh Israel dalam P3rang Enam Hari. Israel berjaya merampas Gaza dari Mesir, Tebing Barat dan Jerusalem Timur dari Jordan, dan juga kawasan di luar Palestin iaitu Sinai (Mesir) dan Golan (Syria).

Kegagalan Mesir-Syria-Jordan memberi peluang kepada Saudi untuk jadi pejuang Palestin yang baharu. Saudi menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) pada 1969 untuk mewujudkan perpaduan ummah untuk melawan Israel.’

6 tahun selepas P3rang Enam Hari, negara Arab sekali lagi melancarkan p3rang terhadap Israel pada 1973 (P3rang Yom Kippur). Kali ini Saudi show off power dia. Sekatan minyak terhadap US dan Eropah berjaya memaksa US untuk menekan Israel supaya setuju dengan gencatan senjata.

Tapi Saudi masih kekalkan dasar “Three Nos” (لاءات ثلاثة) – “no peace” (لا صلح), “no recognition” (لا اعتراف), “no negotiation” (لا تفاوض) dengan Israel. La salah, wa la iktiraf wa la tafawud.

Apabila Mesir pergi berunding dengan Israel selepas habis P3rang Yom Kippur untuk dapatkan balik Sinai, Saudi marah dan menggantung keahlian Mesir dalam Liga Arab dan OIC.

Walaupun negara-negara Arab ini bekap Palestin, tapi Arafat melihat kebergantungan Palestin kepada negara-negara yang lebih besar untuk perjuangkan nasibnya sebagai satu masalah, dan Arafat sendiri pun dapat pernah rasa padahnya.

Pada tahun 1990, Iraq di bawah kepimpinan Saddam Hussein menyerang Kuwait. Negara2 Arab terutamanya Negara-Negara Teluk atau GCC (Gulf Cooperation Council) yang merangkumi Saudi, UAE, Oman, Qatar, Bahrain & Kuwait condemn Saddam dan meminta pertolongan US untuk mengusir Saddam.

Tapi PLO dan Arafat tak setuju dan bekap Saddam. Sebab Saddam pun berlagak hero dalam isu Palestin juga, pernah berjanji dia akan t4kluk Israel dan kembalikan Palestin kepada orang Palestin.

Tindakan PLO dan Arafat menyinggung perasaan Saudi dan Kuwait, terutamanya Kuwait. Selepas p3rang dengan Saddam tamat, Kuwait halau pelarian Palestin yang bermastautin dalam Kuwait dan berhentikan bantuan kewangan kepada PLO. Saudi pun anggap PLO dah mengkhianatinya.

Jadi walaupun Perjanjian Oslo nampak merugikan, ia penting bagi Palestin yang berada dalam keadaan tersepit ketika itu. Buruk macam mana pun perjanjian, ia tetap mewujudkan sebuah entiti bernama Palestin.

Dan actually later on Mahmoud Abbas, pengganti Arafat pernah menyalahkan negara-negara Arab tolak Resolusi awal-awal dan menyebabkan Palestin tak dapat dirikan negara.

Saudi juga mengalu-alukan Perjanjian Oslo walaupun perjanjian dirunding tanpa pengetahuan Saudi, sebab Saudi pun anggap dah sampai masa untuk lepaskan beban Palestin. Lagi-lagi Saudi ada masalah yang lebih kritikal iaitu kebangkitan Iran susulan Revolusi tahun 1979.

Antara Israel & Iran, Saudi melihat Iran sebagai ancaman yang lebih besar.

Israel mempunyai matlamatnya yang jelas & terhad: Israel nak tanah. Kalau Israel nak dirikan Israel Raya (Greater Israel) pun, yang rugi adalah Palestin, Jordan, Syria & Iraq, bukan Saudi & negara GCC.

Antara Israel & Iran, Saudi melihat Iran sebagai ancaman yang lebih besar.

Israel mempunyai matlamatnya yang jelas & terhad: Israel nak tanah. Kalau Israel nak dirikan Israel Raya (Greater Israel) pun, yang rugi adalah Palestin, Jordan, Syria & Iraq, bukan Saudi & negara GCC.

Selepas Revolusi 1979, Raja Saudi (Raja Khalid) mengirim ucapan tahniah kepada Khomeini, tapi sekali Khomeini balas: “hang toksah gembira sangat, hangpa pun kami akan gulingkan sekali”.

Of couse Khomeini tak cakap utagha, aku tambah untuk sound effect je.

Sementara itu, untuk mencabar kedudukan Saudi sebagai pemimpin Dunia Islam, Iran turut perjuangkan isu Palestin dan beri sokongan kepada PLO, PIJ dan Hamas. Tapi disebabkan hubungan Arafat dan Saddam, Iran putus hubungan dengan PLO (Saddam menyerang Iran dari 1980-1988).

“Musuh kepada musuh adalah kawan saya”. Maka selepas Perjanjian Oslo, Saudi & negara GCC yang lain mula menjalin hubungan tidak rasmi dengan Israel, walaupun masih tidak iktiraf Israel secara rasmi selagi isu Palestin belum selesai. Yang iktiraf secara rasmi hanya Jordan saja.

Tapi dasar luar Turki dan Iran yang semakin agresif beberapa tahun kebelakangan ini membuat Saudi dan negara GCC rasa dah sampai masa untuk menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Erdogan pun guna isu Palestin sebagai modal untuk memperluaskan pengaruhnya, walaupun Turki sendiri ada hubungan rasmi dengan Israel.

Parti AKP ada pertalian dengan Ikhwanul Muslimin yang juga mencabar monarki GCC. Jadi Saudi melihat pengaruh Turki sebagai ancaman.

Di zaman Obama, Saudi & GCC agak buntu sebab US nak perbaiki hubungan dengan Iran & bersifat dingin terhadap Israel. Sampai Saudi bertimbang nak guna Russia sebagai bekap.

Tapi dengan perlantikan Trump, GCC, US & Israel berada dalam kem yang sama untuk mengimbangi Iran-Turki.

Cuma Saudi masih nak jaga namanya sebagai Penjaga Dua Kota Suci, jadi masih belum mengiktiraf Israel. UAE dan Bahrain bilis tak apa, tapi Saudi sebagai abang long GCC akan hilang keabsahannya sebagai pemimpin OIC, dan justify cabaran Turki dan Iran.

Sebenarnya, pemimpin Palestin pun bertanggungjawab ke atas kesengsaraan rakyat Palestin. bukan salah pemimpin Arab GCC semata-mata.

Hamas dan PIJ tak sokong Perjanjian Oslo sebab diorang menafikan hak kewujudan Israel. Bagi diorang Israel perlu dihapuskan dan seluruh Palestin perlu dikembalikan kepada orang Palestin.

Yahudi Zionis yang right-wing pun tolak Perjanjian Oslo sebab diorang anggap seluruh Palestin tu tanah diorang, tak boleh digadaikan walau seinci. Rabin dibvnuh pada 1995. Parti Likud (di bawah kepimpinan Netanyahu) yang menolak Oslo menang Pilihanraya 1996 & tubuhkan kerajaan.

Tapi atas tekanan US, Netanyahu masih kena berunding dengan Palestin. Ketiadaan progress menyebabkan Netanyahu disingkirkan melalui undi tidak percaya dan digantikan dengan Ehud Barak.

Barak menyambung perundingan. Persidangan Camp David diadakan pada tahun 2000 tapi gagal mencapai sebarang hasil, padahal dah 7 tahun, dah melepasi deadline 5 tahun yang ditetapkan dalam Oslo.

Untuk meningkatkan kuasa tawar-menawar dalam perundingan dengan Israel, Arafat pun nak bekerjasama dengan Hamas dan melancarkan Intifada Kedua pada September 2000.

Israel betul cuak dengan Intifada Kedua, sampai Likud berpecah kepada dua. Geng Ariel Sharon dan Ehud Olmert cadangkan supaya penempatan Yahudi di Gaza dikosongkan supaya perundingan dapat diteruskan. Geng Netanyahu bantah. Maka Sharon & Olmert keluar Likud menubuhkan Kadima.

Kedua-dua Arafat dan Yassin meninggal dunia tahun 2004. Tanpa dua tokoh yang berkarismatik ini, pakatan Fatah-Hamas pun mula meretak dan berpecah selepas kemenangan Hamas dalam PRU Palestin Januari 2006. Hasilnya Fatah kawal Tebing Barat, Hamas kawal Gaza.

Kembalinya Likud dan Netanyahu ke tampuk pemerintahan Israel pada tahun 2009 lagi membuat proses perdamaian Israel-Palestin ke laut. Diplomasi Abbas pun tak se-berkesan seperti Arafat dan kebanyakan masa Abbas kena makan dengan Netanyahu.

Sekarang Israel tidak lagi segan silu untuk mengilhak (annex) kawasan C, membelakangi Perjanjian Oslo. Baru Fatah dan Hamas nak terhegeh-hegeh bergabung untuk halang langkah tersebut.

So cerita panjang2 apa kesimpulan?

Dalam memahami isu Palestin & apa-apa isu politik antarabangsa, kena ambil kira faktor “balance of power” dan “balance of interest” di kalangan player yang terlibat, baru boleh nampak “big picture”. Bukan mencari siapa “hero” dan “villain”.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.