Sesetengah tempat di negara kita ini ada nama asal yang diberi oleh pribumi Melayu sebelum zaman kolonial. Contohnya George Town yang nama asalnya Tanjong, Butterworth yang nama asalnya Bagan Tuan Kecil serta Bukit St. Paul yang nama asalnya Bukit Melaka.

Ada tempat yang sudah ditukar setelah penjajah berambus seperti Teluk Anson (asalnya Teluk Intan), Port Weld (Kuala Sepetang) dan sebagainya.

Nama-nama yang diberi penjajah ni, tukar aje sebab penjajah dah tak kisah dah, takdenye dia ancam bom negara kita kalau kita tukar nama yang dia sesukahati letak dulu. Kita dah merdeka dan sepatutnya kita yang tentukan cara mana kita urus negara kita.

Seperti kes Bukit Melaka yang kini namanya diletak penjajah sebagai ‘Bukit St. Paul’ itu. Bukit ni asalnya tapak istana Kesultanan Melaka. Portugis pergi musnahkan istana itu. Kemudian Belanda, kemudian British yang ambik alih bukit itu, bina apa-apa ntah binaan dia. Zaman Belanda siap buat jirat atas tu.

Sekarang Malaysia yang dipimpin oleh orang Melayu perlulah tukar nama bukit itu selari dengan semangat kemerdekaan kita. Bulan depan kan dah Bulan Kemerdekaan. Nama bukit sendiri pun takut nak tukar. Penjajah dah lama berdiam di alam barzakh. Tak perlu takut.

Walaupun penjajah dah selamat dalam lubang neraka, tapi dia tinggalkan saka dia. Saka penjajah ni lah yang marah benar kalau nama bukit itu ditukar kepada Bukit Melaka. Saka penjajah ni takut kalau sejarah Kesultanan Melaka akan membangkitkan jatidiri dan semangat untuk maju anak-anak Melayu.

Apakah sihir penjajah? Ada orang kata sihir penjajah ni macam mantera bagai. Ada yang pergi ke tepi pantai cucuk keris, katanya ini akan kebahkan sihir penjajah.

Bukan…bukan macam tu. Sihir penjajah ni salah satunya…

Tugu. Dia pacak tugu, dan bila penjajah berambus, kita pulak kena jaga tugu dia. Tugu dia yang melambangkan dia pernah jadi ‘master’ di sini menjajah pribumi. Umpama budak-budak sekolah melakarkan kat dinding, kat lantai, kat meja kelas, “____ was here!”

Tugu dia ada, kesan dia ada tapi kesan nenek moyang kita, kesan sultan-sultan kita takde pulak. 100 tahun akan datang, anak cucu kita sangka kita ni orang utan yang ditamadunkan orang lain. Sebab bukti arkeologi, tugu, batu bersurat bagai yillek.


Dalam buku terbaru Srikandi, Beruratkan Dawai Berdarahkan Raksa, pada topik Taktik VII ada disebutkan bahawa penjajah buat semua ini adalah untuk menimbulkan sikap rendah diri (inferior) ke dalam jiwa pribumi. Sebab itu senibina Melayu dimusnahkan dan diganti binaan dia. Dia pacak tugu. Kemudian dia tulis karangan merendah-rendahkan pribumi.

Saka penjajah ni memanglah wujud, sebab itu artikel Srikandi pasal Bukit Melaka ni dihapuskan sebab tular dekat 3 ribu perkongsian dan beratus-ratus ribu ‘views’ dia.

Srikandi pun senyumlah sebab semua tindakan saka penjajah ini memang sudah dijangka dan Srikandi dah tulis pun dalam buku terbaru itu. Memang mereka akan gelabah dan koyak punyer.

Sebab, sekiranya anak-anak Melayu berjaya membuang perasaan ‘inferiority complex’ dalam dirinya, saka penjajah pula akan dilanda perasaan ‘inferior’ itu.

Tanahair kita satu saja. Kita pun dah bebas merdeka. Sepatutnya kita bebas menentukan cara mana kita mengurus negara kita, bukannya takut dengan orang lain. Nenek moyang kita telah berjuang dan bertahan dengan para penjajah yang bersilihganti. Biarlah orang Melayu yang tentukan nama bukit yang sejarahnya jauh lebih awal berbanding sebelum penjajah tiba.

Tapak-tapak sejarah kita banyak tak diekskavasi lagi. Kapal Sungai Batu pun tak naik-naik. Kapal Flor de la Mar ada, kapal Mendam Berahi, Lancang Kuning takde pulak. Tapak-tapak sejarah, istana-istana Melayu terbiar saja macam Istana Sepachendera tapi yang peliknya bangunan penjajah dijaga rapi bagaikan menatang minyak yang penuh.

Mengapa kita tidak benar-benar merdeka seperti orang lain yang merdeka?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.