Sebelum ini, aku sudah tulis artikel berkenaan tajuk di atas. Malangnya, artikel tu penuh dengan jargon dan terma berat. Jadi aku nak tulis balik versi baru tentang perihal mulut busuk ni dengan ringkas dan mudah difahami.

Perkara ni berlaku semasa aku lihat video terbaru aku oleh ML Studio. Tentang kenapa kita suka makan makanan pedas. Apa perasan yang pipi aku makin tebal. Jadi, aku selongkar balik video lama aku, dan ya, aku makin gemuk. Bermula daripada hari tersebut, aku mula mengamalkan diet keto dengan memakan sayur dan daging sahaja.

Aku perasan bau mulut aku macam orang puasa walaupun aku makan je macam biasa. Yang lebih menarik ialah kawan kawan aku yang bekerja di hospital pun menyebut pesakit diabetes mempunyai bau mulut yang sama seperti orang berpuasa. Perkara ini mencetuskan persoalan kepada aku. Kenapa mulut mereka berbau macam orang berpuasa walaupun mereka makan?

Untuk memahami perkara ini, aku kena terangkan dahulu bagaimana manusia mendapatkan tenaga. Bahan api tenaga bagi setiap sel ialah glukosa, sejenis gula ringkas. Untuk mendapatkan glukosa, sumbernya boleh diperoleh daripada karbohidrat, lemak dan juga protein. Karbohidrat dan lemak ni sebenarnya lebih kurang je struktur kimianya, cuma lemak lebih padat dan tepu. Sebab itu lemak ada lagi banyak tenaga berbanding karbohidrat seperti gandum dan beras. Protein pula struktur mereka lain, tapi badan kita boleh proses untuk dapatkan glukosa daripada protein.

Memandangkan kita masuk perihal regulasi darah, baik aku cerita je terus punca penyakit diabetes. Diabetes ni ada banyak jenis tapi secara kasarnya ditakrifkan sebagai kegagalan hormone dalam mengawal kadar gula darah. Apabila badan kita terlalu banyak gula, organ pankreas akan rembeskan hormon insulin untuk simpan gula jadi glikogen dan lipid. Yang pesakit diabetes cucuk ubat tu, insulin lah. Bila badan kita kurang gula, pankreas akan rembeskan glukagon untuk bebaskan glukosa daripada glikogen. Tengok gambar rajah di bawah untuk lagi senang faham.

Bila dah dapat glukosa, sel kita akan gunakannya untuk beroperasi. Serupa macam kilang la yang perlukan elektrik untuk buat kerja. Bagaimana kalau kita ada banyak sangat glukosa?

Badan kita akan simpan dalam badan sama ada sebagai gula padat bernama glikogen ataupun lipid. Glikogen ni juga dipanggil sebagai lemak haiwan dan akan disimpan di hati kita, walaupun dia ni bukanlah lemak betul pun.

Pernah tengok tak makanan Perancis bernama foie gras? Ia adalah hati angsa yang berlemak. Untuk hasilkan hati ini, angsa itu akan diberi makan sampai gemuk. Yang lemak lemak tu glikogen lah. Lipid tu pula disimpan dalam badan sebagai lemak betul di kulit dan otot.

Macam aku dah cerita tadi, bila kita tak cukup glukosa, badan kita akan pecahkan lemak dan glikogen ni menjadi glukosa balik. Kalau glikogen tu dipecahkan jadi glukosa, ia tak membawa sebarang perubahan pelik. Namun, pemecahan lemak jadi glukosa tu ada kesan sampingan sebab dia terpaksa gunakan jalan alternatif untuk pemecahan tu.

Kedua duanya menghasilkan glukosa, tapi pemecahan lemak akan menghasilkan bahan kimia bernama jasad ketone. Memandangkan ketone ni sejenis kompoun organik, maka dia boleh tembus ke semua sel dalam badan. Sebab itu bau mulut kita berbau busuk, sebab jasad ketone ni melimpah ke mulut kita.

Jadi, apa kaitan diabetes, puasa dan diet keto dengan bau mulut busuk. Pertamanya, ingat tak jasad ketone ni cuma terhasil bila tiada gula? Ya, ia cuma terhasil bila kita lapar. Diabetes pula sebab ada masalah hormon, jadi nak tak nak badan dia akan tetap hasilkan jasad ketone sebab salah tafsir badan tengah lapar.

Kalau diabetes dan puasa tu faham la, tapi kenapa diet keto yang orangnya makan seperti biasa pun bau mulut busuk? Puncanya ialah diet yang dimakan mereka. Pengamal diet keto atau Atkins hanya memakan makanan berprotein dan berminyak sahaja. Makanan berkanji atau berkarbohidrat campak tepi. Jadi kita cuma ada lemak sahaja sebagai sumber glukosa, seterusnya menyebabkan penghasilan jasad ketone.

Oh ya, pernah tak bau penanggal pewarna kuku? Kalau perasan, baunya sama macam bau mulut cuma lebih kuat.

Penanggal perwarna kuku tu sebenarnya ialah sejenis ketone.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.