https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kenapa Monyet Minum Seekor Diri?

1,746

Asal-usul sikap murah hati dan tidak mementingkan diri secara biologinya telah menarik perhatian saintis-neuro.

Sebagai makhluk yang bersosial, kita banyak bergantung pada Kerjasama. Namun, pada waktu getir ataupun kejar status sosial, kepentingan diri selalu menjadi pilihan.

Sebuah kajian dibuat untuk melihat keputusan yang dilakukan oleh monyet sama ada untuk berkongsi jus buah dengan monyet lain. Aktiviti neuro antara dua kawasan otak monyet tersebut diperiksa.

Dalam satu senario, monyet mampu membuat keputusan sama ada untuk memberi ataupun buang jus tersebut. Dalam senario lain, monyet hanya mampu untuk minum jus itu untuk dia seorang ataupun sama-sama berkongsi.

Hasilnya mendapati monyet lebih suka habiskan jus buah itu seorang diri. Dalam kedua-dua senario, kajian mendapati corak interaksi berbeza pada aktiviti neuro antara amygdala dan medial frontal cortex.

Apabila monyet menjadi pemurah dan lebih pro-sosial, interaksi antara dua kawasan otak sangat kuat. Apabila monyet menjadi anti-sosial, interaksinya lemah.

Selain itu, apabila haiwan menjadi pro-sosial, interaksi neuro dihantar pada satu frekuensi tertentu. Namun, apabila menjadi anti-sosial, frekuensi lain pula yang digunakan.

RUJUKAN:

  1. Olga Dal Monte, Cheng C. J. Chu, Nicholas A. Fagan, Steve W. C. Chang. Specialized medial prefrontal–amygdala coordination in other-regarding decision preferenceNature Neuroscience, 2020; DOI: 1038/s41593-020-0593-y
  2. Yale University. (2020, February 24). Why monkeys choose to drink alone. ScienceDaily. Retrieved May 28, 2020 from www.sciencedaily.com/releases/2020/02/200224111403.htm
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.