Moving Forward As One

Kenapa Mendiang Stephen Hawking Duduk Atas Kerusi Roda?

2,238

Peminat ilmu fizik dan bidang angkasa tentu sekali pernah dengar pasal Stephen Hawking. Nama beliau takkan mungkin ditelan zaman.

Beliau dianugerahkan dengan minda begitu cerdas, yakni seorang saintis cerdik yang meninggalkan dunia ini dengan teorem singulariti graviti. Hawking juga menubuhkan suatu ramalan teori bahawa lohong hitam mengeluarkan radiasi, yang pada awalnya mengundang kritikan (Ferguson, 2011).

Namun ada sesuatu yang menarik pasal Hawking. Semasa muda, beliau kelihatan seperti mana-mana budak sains dalam makmal – senyuman lebar, gigi cangkul, cermin mata besar dan rambut sikat tepi.

Tetapi semakin lanjut usia, Hawking mengalami masalah yang mengehadkan pergerakan fizikalnya. Sebelum meninggal dunia, ini keadaan Hawking:

Apa yang terjadi padanya?

Kekangan Fizikal

Masalah Stephen Hawking bermula dengan simtom-simtom kecil seperti mudah jatuh tangga dan tidak mampu mendayung semasa bersukan di Oxford (Wood, 2018). Simtom ini pada mulanya tidak dipandang serius.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Doktor menyuruh Hawking kurang minum αrακ. Tetapi semakin lama, keadaan Hawking bertambah pαrαh. Keluarga terdekat mula cam apabila Hawking pulang menyambut Krismas pada tahun 1962.

Dan setahun kemudian, baru mereka sedar apa yang sedang berlaku. Dan Hawking dijangka mampu hidup selama dua tahun sahaja (Larsen, 2005).

Jangkaan ini tidak menjadi realiti. Namun Hawking kehilangan daya upaya fizikalnya sedikit demi sedikit. Pada penghujung 1960-an, Hawking terpaksa menggunakan tongkat atau topang untuk bergerak.

Hawking tidak mampu menulis pun. Untuk mengganti keupayaan yang hilang, beliau menajamkan mindanya hingga ke tahap mampu menjawab soalan geometri rumit (sekali dengan jalan kerja) dengan hanya menggunakan penglihatan dan imaginasi (White & Gribbin, 2002).

Contoh Jalan Kerja Geometri.

Walau degil pada mulanya, Hawking terpaksa akur – beliau perlu kerusi roda bermotor yang memudahkan pergerakannya. Sekitar 1990-an, nikmat tangannya ditarik. Beliau tidak dapat menggerakkan kerusi bermotor ini (menggunakan jari).

Itu berkenaan dengan fizikal. Pada masa ini, beliau sudah tidak mampu bercakap. Beliau berkomunikasi pun dengan menggunakan kad abjad. Seorang pembantu perlu menunjukkan kad abjad. Dan setiap abjad dipilih Hawking dengan cara naikkan kening.

Pada tahun 1986, Hawking mendapat program Equalizer daripada CEO Words Plus. Beliau hanya perlu pilih abjad yang diimbas dalam komputer. Equalizer turut mengimbas perkataan-perkataan yang biasa digunakan ahli bidang.

Jadi ia banyak membantu. Sekitar 2005, Hawking tidak mampu guna tangan. Jadi beliau berkomunikasi dengan cara sama (tetapi teknologi lebih maju), cuma menggunakan otot pipi yang menghasilkan satu perkataan setiap minit (de Lange, 2011).

Apa Sebenarnya Terjadi Padanya?

Dugaan besar Stephen Hawking ini berlaku kerana penyακit berkaitan otot dan saraf. Situasinya, sel saraf kehilangan struktur dan fungsi secara berperingkat. Simtom awal adalah otot kejang – dan tidak semestinya otot anggota saja.

Ada yang tidak dapat berkunyah dengan baik (pada peringkat awal). Ramai orang sudah kena penyακit ini sebelum Hawking. Contohnya Lou Gehrig yang merupakan seorang pemain besbol untuk New York Yankees.

Halangan ini tidak menjadi benteng untuk Stephen Hawking. Pihak universiti asalnya begitu kedekut. Mereka enggan bayar untuk infrastruktur kegunaan Hawking, padahal bukannya mahal pun.

Pengalaman Hawking merangsangkan kempen pro-disability yang semakin panas di Cambridge ketika itu.

Tetapi Hawking enggan menjulang dirinya sebagai pejµαng golongan kelainan upaya. Pada tahun 1938, beliau tiba-tiba akan menjadi letih. Semasa berlatih, beliau siap jatuh entah kenapa. Lariannya pula semakin perlahan, apatah lagi pµkµlan bola.

Permainan besbol guna kiraan “batting” (pµkµlan). Kalau kena pada bola, dikira 1 mata. Untuk kiraan musim, besbol guna “batting average”.

Bagi musim Gehrig yang teruk, “batting average” beliau hanya 0.143 sahaja (maksudnya dalam tujuh balingan, satu saja beliau boleh pµkµl dengan kayu besbol). Punca prestasinya merosot bukan kerana usia. Sebaliknya, beliau sedang menghιdαρι ρenyακit otot dan saraf. Pada masa itu, mereka tidak tahu pun ρenyακit apa. Jadi Gehrig menjadi “pesakit pertama”.

Sampai sekarang saintis tidak tahu punca kejadian. 90-95 peratus terkena tanpa sebarang sebab pun. Manakala 5-10 peratus sahaja diisytihar kerana genetik. Secara rasmi, ρenyακit ini dipanggil amyotrophic lateral sclerosis (ALS) atau motor neurone dιseαse (MND).

Inilah dugaan paling besar sepanjang hidup Stephen Hawking.

RUJUKAN:

de Lange, C. (2011, Disember 30). The man who saves Stephen Hawking’s voice. New Scientist.

Larsen, K. (2005). Stephen Hawking: a biography. Greenwood Publishing Group. Halaman 18-19.

Ferguson, K. (2011). Stephen Hawking: His Life and Work. Transworld. Halaman 70-74.

White, M., & Gribbin, J. (2002). Stephen Hawking: A Life in Science. National Academies Press. Halaman 124-125.

Wood, A. (2018). Stephen Hawking. Rosen Publishing. Halaman 11.

Ruangan komen telah ditutup.