Sebut sahaja McDonald’s pasti semua mengenali patung tinggi lampai dengan rambut berwarna merah yang dikenali Ronald McDonald. Membawa karakter sebagai seorang badut dan merupakan maskot rasmi francais makanan segera itu.

McDonald’s memiliki lebih 37,000 francais di 120 buah negara. Selain itu, francais McDonald’s memang diketahui mendominasi pasaran makanan segera dengan kedudukan nombor satu dalam ranking dunia.

Namun, tidak ramai yang tahu bahawa Mcdonald’s tidak mampu mencapai kejayaan yang besar di Filipina seperti di negara lain.

Dikhabarkan McDonald’s sudah mencuba hampir 40 tahun untuk menerombos pasaran makanan segera di Filipina tetapi masih gagal menjadi pilihan nombor satu rakyat Filipina.

Berikut adalah beberapa faktor yang menyumbang kepada kegagalan francais McDonald’s di Filipina.

1. Persaingan daripada syarikat tempatan iaitu Jollibee

Jollibee Foods Corp (JFC) merupakan syarikat milik warga tempatan Filipina yang juga menguasai beberapa rangkaian restoran makanan segera di Filipina. Antara restoran makanan segera milik JFC ini ialah Chowking, Greenwich Pizza, dan Red Ribbon.

Kesemua rangkaian francais milik JFC ini dikatakan sebagai makanan segera paling popular yang terdapat di Filipina.

Oleh itu, boleh dikatakan JFC berjaya mendominasi pasaran makanan segera di Filipina bahkan turut menjadi pemilik kepada syarikat pesaingnya seperti Burger King.

2. Harga yang berbeza tetapi menu yang sama

Fraincas Jollibee ini sudah ditubuhkan pada tahun 1987 dan kehadiran perusahaan makanan segera mereka ini dengan pantas disedari oleh rakyat Filipina.

Tanpa disedari Jollibee ini berjaya menawan pasaran makanan segera di Filipina dengan mengalahkan nama-nama besar seperti McDonald’s dan KFC.

Di samping itu harga hidangan juga turut memainkan peranan dalam menjadikan Jollibee pilihan rakyat Filipina.

Hal ini demikian kerana setiap hidangan yang terdapat di Jollibee mempunyai harga yang jauh lebih murah dengan perbezaan harga 50 sen untuk setiap hidangan.

Mungkin bagi sesetengah golongan ianya tidak jauh beza, namun tidak salah jika rakyat Filipina memilih hidangan yang sama dan juga jauh lebih murah serta hasil produk keluaran tempatan.

Jollibee juga mempunyai target sasaran mereka dan konsisten dalam mensasarkan kepada pasaran kelas pertengahan bagi rakyat Filipina.

3. Citarasa yang jauh lebih menepati selera rakyat Filipina

Seterusnya bukan sahaja hidangan di Jollibee jauh lebih murah tetapi setiap hidangan di Jollibee ini lebih menepati citarasa rakyat Filipina.

Sesungguhnya, rakyat Filipina amat sukakan makanan dari Amerika namun tidak menepati citarasa mereka yang lebih sukakan makanan manis.

Antara hidangan yang diubah suai mengikut citarasa rakyat Filipina ialah spaghetti dengan sos yang lebih manis.

Oleh itu, Jollibee menggunakan kelebihan ini dengan menggabungkan citarasa tempatan dan makanan Amerika dalam menu yang disediakan mereka.

Menu tersebut terdiri daripada ayam goreng, kentang goreng, spaghetti dengan sos pisang, sandwich daging ayam manis dan ketulan sosej. Hasil daripada penambahan resepi baru ini membuatkan ianya lebih menepati citarasa warga tempatan.

4. Pengaruh budaya Filipina yang kuat

Kejayaan Jollibee ini juga sebenarnya disumbangkan oleh pengaruh budaya yang dilihat antara faktor mengapa Jollibee menjadi pilihan warga tempatan.  Selain itu, jika dilihat McDonald’s memiliki maskot mereka sendiri, malah Jollibee juga tidak kurang hebatnya.

Jollibee mengeluarkan maskot francais mereka yang mempunyai kaitan dengan budaya Filipina. Maskot yang memakai blazer serta bertopi merah ini memiliki warna kuning dan merah serta bersaiz seperti manusia sebenar.

Hal ini bertujuan bagi melambangkan semangat rakyat Filipina yang sentiasa sibuk dalam kehidupan seharian tetapi tetap ceria.

Di samping itu, Jollibee juga turut dikenali sebagai sebuah francais makanan segera yang sangat berorientasikan kekeluargaan dan benar-benar menghubungkan orang Filipina.

Hal ini dapat dibuktikan melalui iklan-iklan keluaran Jollibee yang banyak memaparkan nilai-nilai kekeluargaan.

Dapat dirumuskan bahawa Jollibee biarpun merupakan sebuah francais makanan segera keluaran tempatan, namun ianya mampu berdiri sama tinggi dan mampu mengatasi sebuah francais yang ternama serta bertaraf antarabangsa.

Malah dikhabarkan juga kini Jollibee giat menjalankan usaha memperluaskan lagi francais mereka ke seluruh dunia dan menerombos pasaran Amerika.

Di samping itu dapat disimpulkan dengan kuasa membeli warga tempatan ia mampu membuatkan sebuah syarikat tempatan berdiri seiring dengan syarikat yang memiliki nama-nama besar dalam sesebuah pasaran.

Kepada rakyat Malaysia, jika anda mahu merasai menu makanan di Jollibee, anda boleh berkunjung ke Kota Kinabalu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.