Kenapa Malaysia Hantar Tentera Naik Pesawat Komersial?

3432
views

Ada lagi malaun politik yang nampak gaya tak ada modal untuk menyerang lawan politik mereka menggunakan pasukan keselamatan sebagai political bullet.

Baru ni ada pihak mempersoal kenapa pasukan pengaman kita di Lubnan dihantar kesana dengan pesawat komersial.

Penggunaan pesawat komersial bagi menghantar pasukan keselamatan bukan benda baru. Ia adalah praktis yang biasa dilaksana oleh kebanyakan angkatan tentera termasuk Malaysia.

Sewaktu Perang Teluk, Amerika Syarikat sendiri mengatur gerak battalion infantri mereka di Saudi dengan pesawat komersial. Mereka ditempatkan di Saudi sebelum menceroboh masuk ke Iraq dimana waktu itu sempadan Saudi Iraq dijadikan staging point manakala lapangan terbang domestik berhampiran dan pangkalan udara milik Saudi dibuka untuk mendaratkan pesawat komersial tersebut yang membawa sejumlah besar anggota tentera yang akan terlibat dengan perang di Iraq.

Situasi sama berlaku apabila pihak Ethiopia juga menyewa khas pesawat komersial untuk menghantar pasukan pengaman mereka ke Eritrea.

Sewaktu insiden Lahad Datu, satu rejimen Askar Melayu diterbangkan terus dari Pengkalan Chepa ke lapangan terbang Lahad Datu untuk meningkatkan jumlah pasukan keselamatan kita dalam masa singkat.

Kenapa pesawat komersial?

Ia lebih ekonomikal dan boleh membawa lebih ramai anggota pasukan keselamatan. Biasanya pesawat komersial digunakan untuk menempatkan pasukan di tempat berhimpun jauh dari garisan hadapan. Ia lebih pantas dan dari aspek Malaysia, kebanyakan lapangan terbang awam terletak berhampiran dengan pangkalan tentera jadi proses atur gerak menjadi lebih pantas.

Untuk operasi jauh didalam kawasan takluk musuh atau hampir dengan garisan hadapan konflik barulah pesawat pengangkut tentera digunakan. Biasanya ia melibatkan lintasan udara dengan menurunkan pasukan dengan payung terjun dan ini dilaksana oleh pasukan khusus seperti Briged Para atau Grup Gerak Khas atau Pasukan Khas Laut yang mana operasi mereka memerlukan penghantaran dibuat jauh didalam kawasan taklukan pasukan musuh dan keupayaan pesawat pengangkut tentera udara yang dilengkapi penderia dan perlindungan dari serangan udara memberikan kelebihan berbanding pesawat komersial.

Secara mudah apabila ada operasi khusus atau penghantaran pasukan digarisan hadapan maka pesawat tentera akan digunakan tetapi bilamana adanya keperluan untuk mengaturgerak sejumlah besar pasukan tentera dalam masa singkat maka penggunaan pesawat komersial juga diambil kira.

Sewaktu OPS Piramid, kebanyakan pejalar di Mesir dibawa keluar dengan pesawat C130H milik TUDM. Mereka kemudiannya diterbangkan dari Saudi dengan pesawat komersial.

Kenapa?

Walaupun kapasitinya tidak sepadan dengan pasawat B747 atau A330 ia lebih sesuai memandangkan keadaan konflik yang berbahaya kepada keselamatan pesawat komersial.

Pemindahan pasukan dari low intensity area to high intensity area biasanya akan menggunakan pesawat tentera.

Dalam kes Lubnan, pasukan pengaman kita mendarat di lapangan terbang Beirut, jauh dari kawasan operasi mereka jadi ia tidak memerlukan pesawat tentera. Lagipun pangkalan hadapan pasukan pengaman kita tak ada pangkalan udara. Hatta Peranchis sendiri yang juga antara pasukan pengaman yang ada disana juga menghantar tentera mereka dengan pesawat komersial.

Apa yang pelik.

Yang pelik bila ada orang bangsat jadikan perkara ini isu politik.

Dalam keadaan konflik, penggunaan pesawat tentera dan komersial adalah seiring. Pengerahan aset komersial bagi membantu jentera perang bukan benda baharu.

Material perang seperti bekalan persenjataan, peluru dan makanan, modul modul perintah bagi markas medan,kenderaan tempur,set artileri, kontena dan jentera berat adalah kargo biasa yang dibawa pesawat pengangkut tentera. Kargo ini pula dibawa bergantung kepada saiz pesawat samada pesawat tersebut pesawat pengangkut taktikal atau pengangkut strategik.

Benda ni bukan baru dan pengerahan atau penggunaan aset awam atau swasta ini, ia tidak terhad dengan angkatan udara semata mata.

Sewaktu Konflik Falklands, UK membuat kerahan keatas kapal kapal milik awam untuk menyokong operasi armada Royal Navy. Sejumlah hampir 100 buah kapal pelbagai saiz, dari kapal kontena hingga bot tunda diaturgerak bersama sama kapal perang UK untuk Operation Corporate.

Soviet Union sendiri melalui sistem penerbangan mereka iaitu Aeroflot menerbangkan sejumlah jet penumpang yang mempunyai asas rekabentuk yang sama dengan pesawat pengangkut dan pesawat pengebom angkatan udara Soviet dengam tujuan – ia boleh dikerah dan diatur gerak untuk sokongan logistik dan mengangkut material serta pasukan tentera bilamana perang tercetus dalam masa singkat.

Malaysia melalui polisi Pertahanan Menyeluruh atau HANRUH juga menetapkan aturgerak aset awam dan swasta bagi membantu operasi Angkatan Tentera Malaysia jika negara terjun ke kancah konflik bersenjata.

Jangan tak tahu, agensi seperti JKR dan KTM serta pemilik lebuhraya, pelabuhan,syarikat perkapalan serta rangkaian logistik darat dan udara pada waktu konflik boleh dikerah dan diletakkan dibawah tadbir urus tentera untuk melicinkan aliran logisitik tentera.

Polisi ni dah lama wujud dan ramai orang tak tahu sebab sibuk layan politikbodoh dan membaca bahan picisan dimedia sosial yang entah isi apa pun tak ada.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here