Pada awal suku pertama tahun 2021 menyaksikan vaksin-vaksin sudah mula siap dan diedarkan ke seluruh dunia. Ada negara yang pada mulanya merupakan antara negara terteruk yang dilanda Covid-19, kini mencatatkan penyembuhan yang ketara setelah vaksin diterima oleh penduduk-penduduk negara terbabit seperti Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Namun, keadaannya lain pula di Jepun. Kerajaan yang dipimpin oleh Yoshihide Suga sering mendapat tekanan dari orang awam berkenaan sistem pemberian vaksin yang agak lambat. Kerajaan Jepun juga sering melaksanakan darurat atau perintah kawalan yang tidak berkesudahan atas alasan untuk mengekang wa.bak ini, ( macam kena dengan situasi negara di Isketambola).

Tambahan pula, pada tahun ini, Jepun bakal menjadi tuan rumah bagi sukan Olimpik 2021. Oleh itu, semestinya vaksin amat diperlukan untuk membentuk imuniti kelompok sebelum Olimpik berlangsung kerana dianggarkan, seramai 30 ribu orang bakal berkampung di Jepun semasa temasya itu nanti.

Pihak pembangkang mula mendesak agar kerajaan Jepun menarik diri dari menjadi tuan rumah untuk mengelakkan “kluster global” muncul selepas temasya itu nanti.

Mengapa Jepun begitu lambat menerima vaksin?

Jepun merupakan antara negara yang membeli vaksin jenis Pfizer. Selepas ujian klinikal vaksin Pfizer sudah diluluskan dan bersedia untuk dihantar keluar, negara Jepun masih sangsi dengan kemampuan vaksin tersebut. Jadi, mereka meminta agar pihak syarikat vaksin Pfizer ini untuk adakan lagi ujian klinikal sebelum dibawa ke Jepun.

Penghantaran pertama vaksin Pfizer ke Jepun

Semasa ujian klinikal vaksin Pfizer diadakan dari Julai hingga November, pihak syarikat Pfizer menawarkan sukarelawan kepada seluruh dunia, termasuklah 2000 orang dari Asia. Namun, pihak Jepun hanya menghantar 160 orang sahaja.

Pihak kesihatan di Jepun mengatakan bahawa, tindakan kerajaan Jepun menghantar 160 orang itu amat tepat. Namun, bagi pihak pembangkang, tindakan ini sengaja dilakukan oleh Suga agar beliau boleh melaksanakan Perintah Kawalan.

Dari segi masyarakat Jepun pula, walaupun mereka terkenal dengan budaya disiplin mereka yang tinggi, kebanyakan mereka masih sangsi dengan vaksin yang sedia ada. Boleh juga dikatakan, sesetengah dari mereka ini merupakan anti vaksin yang menyebabkan imuniti berkelompok sukar untuk dicapai. Di Jepun juga, hanya doktor sahaja yang dibenarkan untuk mencucuk vaksin.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Mereka juga kekurangan khidmat pasukan perubatan untuk melaksanakan program ini. Walaupun doktor-doktor gigi bersedia untuk membantu para doktor di hospital, namun mereka langsung tidak dipanggil oleh pihak berkuasa untuk membantu dalam program vaksin ini.

Terdapat juga ura-ura mengatakan syarikat perubatan di Jepun sedang menghasilkan vaksin mereka sendiri. Sebuah syarikat dari Jepun, iaitu Shionogi berkata bahawa vaksin mereka dijangka akan siap pada akhir tahun ini dan kini sedang berada di dalam fasa ujian klinikal.  Tapi, ini seakan mustahil kerana penciptaan vaksin bukan suatu perkara yang popular di Jepun dan pihak pelabur di sana jarang untuk melabur bagi tujuan vaksin.

Setakat hari ini, hanya 3.9 juta sahaja rakyat Jepun yang sudah mendapatkan vaksin, ataupun 3.1% dari jumlah penduduknya. Untuk mengelakkan pembaziran, khabarnya Jepun akan memberi vaksin ke negara-negara lain seperti Taiwan,Vietnam, Malaysia dan India.

Vaksin yang akan dihantar ke Taiwan

Mungkin Jepun perlu belajar bagaimana negara kita menghadapi Covid-19 ini. Selama ini, Malaysia selalu mencontohi Jepun dalam kebanyakan hal sehinggakan wujud Dasar Pandang Ke Jepun. Mungkin di era Covid-19 ini, Jepun pula patut mencontohi Malaysia dan mewujudkan Dasar Pandang Ke Tanah Melayu.

RUJUKAN:

EXPLAINER: Why Japan has been slow to roll out vaccinations. The Asahi Shimbun. (2021, May 14). http://www.asahi.com/ajw/articles/14349720.

DEFINE_ME. (n.d.). https://www.thelancet.com/journals/lancet/article/PIIS0140-6736(21)01220-4/fulltext.

Japan plans to give jabs to Vietnam, Malaysia; Indian states ease lockdowns. South China Morning Post. (2021, June 5). https://www.scmp.com/news/asia/east-asia/article/3136185/coronavirus-japan-plans-give-vaccines-vietnam-malaysia-indian.

Ap. (2021, June 1). Slow Japan Vaccination Rate Is Elevating Risk For Tokyo Olympics. HuffPost. https://www.huffpost.com/entry/japan-vaccine-tokyo-olympics_n_60b66b64e4b01de8b7884b8f.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.