Moving Forward As One

Kenapa Lelaki Tidak Dibenarkan Menangis?

2,122

Melihat kepada statistik tahunan di Malaysia, bilangan kes b.unu.h d.iri di Malaysia melibatkan lelaki adalah sebanyak 60% berbanding perempuan sebanyak 40%. Mengapakah hal ini boleh terjadi?

Pernah dengar ayat-ayat seperti ini yang sering diujarkan pada kenalan atau adik-beradik lelaki kita?

“Adikkan lelaki, janganlah menangis, lelaki kena kuat.”

“Orang lemah je menangis. Kau kan lelaki.”

Hal ini menunjukkan seolah kaum lelaki tidak berhak untuk merasai dan meluah perasaan sedih yang dialaminya. Mereka diminta untuk sentiasa tenang, rational dan juga tidak beremosi. Mereka kononnya perlu untuk menunjukkan sisi maskulinnya setiap masa. Lelaki yang menangis dilihat tidak matang dan lemah. Malah, jika mereka merasa sedih, mereka perlu menutup semua itu dan harus terus berlakon menjadi seorang yang gagah dan kuat.

Namun, bolehkah seorang lelaki menangis sebenarnya?

IKLAN: The Patriots ada menganjurkan PESTA BUKU ALTERNATIF bertempat di SUNWAY PUTRA MALL dari jam 10 pagi sampai 10 malam bermula Jumaat hingga Ahad. Jangan lupa datang!

Jawapannya, ya. Lelaki boleh menangis, ianya tiada masalah untuk menangis jika perlu.

Menangis adalah satu keadaan semulajadi yang berlaku apabila seseorang memberi respons terhadap perasaan sedih, takut, kecewa, malah gembira. Menangis tidak sepatutnya diklasifikasikan mengikut jantina. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, semua manusia berhak untuk melepaskan dan meluahkan perasaan sedih yang dirasainya.

Berdasarkan pensyarah psikologi Universiti California, Stephen Sideroff, beliau mengatakan bahawa, “Menangis dapat mengaktifkan tubuh badan dalam cara yang sihat.” Hal ini kerana apabila kita menahan tangisan, ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan pada badan kerana tubuh kita ingin melepaskannya.

Beliau turut memberi satu analogi, apabila kita lapar, pastinya kita akan makan. Dalam konteks ini, kita akan mencari makanan untuk menyelesaikan masalah lapar tersebut. Sama situasinya ketika kita sedang sedih, sakit atau marah. Kita perlu mencari sesuatu untuk meleraikan perasaan tersebut. Jika tidak, perasaan tersebut akan terpendam dan akan mengakibatkan pelbagai kemungkinan yang tidak diingini seperti memb.un.uh diri atau cenderung untuk melakukan keg.anas.an.

Maka, melihat seorang lelaki menangis tidak menunjukkan bahawa lelaki tersebut seorang yang lemah dan tidak matang. Malah, ianya mempunyai banyak kebaikan yang seterusnya akan memberi kesan pada kestabilan emosi seseorang. Marilah kita mengubah stereotaip ini.

“I would allow myself to cry, that it would be okay to cry if I needed to.”

RUJUKAN:

Kes bu.nu.h diri naik mendadak, melonjak 20 peratus berbanding tahun lepas. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-bu.n.uh-diri-naik-mendadak-melonjak-20-peratus-berbanding-tahun-lepas-272931 

Is Crying Good for You?.
https://www.webmd.com/balance/features/is-crying-good-for-you

Go ahead, have a good cry. It’s good for you, psychiatrists say.
https://edition.cnn.com/2020/07/24/health/benefits-of-crying-wellness/index.html

Artikel dikirimkan oleh Izzah Z untuk The Patriots. 

Ruangan komen telah ditutup.