Kenapa Lanun Pakai Penutup Mata Sebelah?

1,004

Pra-tempah hanya di Shopee

Sekitar tahun 1700 dan 1725, Kepulauan Caribbean mengalami zaman yang dikenal sebagai ‘Zaman Emas Lanun’ kerana kepulauan itu meriah dengan kehadiran kapal-kapal dagang yang tidak terikat dengan kerajaan dan mereka yang melanggar undang-undang laut. Mudah kata, Kepulauan Caribbean adalah sarang lanun yang terkenal pada waktu itu.

Sebenarnya kisah-kisah lanun yang biasa kita dengar sebenarnya ada yang benar atau ada yang sekadar mitos saja. Hakikatnya kebanyakan lanun jarang menanam harta karun mereka dan ketua lanun yang berjalan tempang? Hanya mitos semata-mata.

Namun ada satu budaya popular yang kita telah sedia maklum dalam mengetahui dunia lanun. Budaya yang saya maksudkan adalah pemakaian penutup sebelah mata. Kenapa lanun memakai penutup tersebut sehingga menjadi simbolik kewujudan lanun kepada dunia?

Teori pertama sebab lanun memakai penutup sebelah mata adalah mereka kehilangan sebelah mata oleh pertempuran lepas. Teori ini nampak relevan dan ini menjadi sebab mengapa lanun ramai memakai penutup tersebut.

Tetapi teori ini tidak kuat kerana hanya lanun saja berbuat demikian, manakala mereka yang bukan lanun seperti kelasi tidak memakai penutup walaupun matanya cedera.
Teori kedua penutup sebelah mata adalah lanun menggunakannya untuk mengekalkan mata yang beradaptasi dalam gelap (lihat dalam kegelapan).

Mata manusia boleh beradaptasi secara berselang dari penglihatan terang hingga gelap atau separa gelap, dan sebaliknya. Namun pengadaptasian ini mengambil masa selama 25 minit untuk membiasakan mata melihat dalam kegelapan.

Sel Kon (Cone) dan Tangkai (Rod) di bahagian lapisan belakang bebola mata.

Sebab mata mengambil masa sedemikian adalah mata mempunyai dua jenis sel penerimaan cahaya: kon (cones) dan tangkai (rods). Kon adalah sejenis sel penerimaan cahaya untuk penglihatan terang manakala tangkai adalah sel yang sama untuk penglihatan gelap. Kedua-dua sel bertangungjawab atas penglihatan berwarna kita dan mampu beradaptasi dengan pantas dengan keadaan cahaya yang berubah-ubah.

Apabila keadaan cahaya berubah, kon akan beradaptasi pantas manakala tangkai mengambil masa yang lama untuk berbuat demikian. Kon mampu menangkap cahaya dari paras terang yang hinggi hingga rendah namun tidak dapat menangkap apabila paras terang telah tiada.

Maka, mata kita akan mengambil masa yang lama untuk mendapat penglihatan gelap kerana tangkai memerlukan masa untuk menangkap photon (partikel cahaya) yang sedikit dan mengambil alih rod dan menjadi sel penerimaan cahaya yang dominan.

Dengan memakai penutup sebelah mata, lanun mempunyai kelebihan apabila bertempur dalam kegelapan. Apabila tiba masanya merampas kapal musuh atau awam, lanun biasanya pergi ke bahagian dalam dek kapal untuk menangkap penumpang atau kelasi.
Keadaan bahagian dek kapal biasanya tidak berapa terang atau gelap, jadi lanun membuka menutup sebelah mata untuk peroleh penglihatan gelap dan dapat bertempur apabila lawannya mengambil masa untuk peroleh penglihatan gelap.

Maka, teori kedua mempunyai jawapan untuk membenarkannya. Tapi, adakah sebarang kajian santifik membuktikan teori ini?

Secara saintifik, penglihatan gelap boleh dikekalkan apabila memakai penutup sebelah mata. Namun terdapat masalah terhadap penggunaan penutup ini.

Masalahnya adalah tidak ada catatan sejarah bahawa penutup sebelah mata adalah sebahagian budaya lanun atau memakainya untuk tujuan pertempuran dalam gelap. Tidak ada juga bukti arkeologi bahawa wujudnya penutup ini sebagai artifak. Jadi, budaya penggunaan penutup sebelah mata ini masih samar-samar, sama ada benar atau mitos.

Masalah kedua adalah jika benar lanun memakai penutup sebelah mata untuk kelebihan bertempur, sudah semestinya para kelasi melakukan hal yang sama setelah kalah bertempur dengan lanun dalam dek kapal. Namun, tidak ada juga catatan sejarah atau bukti arkeologi akan penggunaannya dalam kalangan kelasi.

Tuntasnya, apakah yang kita peroleh dari budaya lanun ini?

Teori menggunakan penutup sebelah mata untuk mengekalkan penglihatan gelap adalah teori yang menarik dan mampu dibuktikan secara santifik.

Walau bagaimanapun, lipatan sejarah dan dunia arkeologi tidak dapat membuktikan kebenaran budaya penutup ini. Tapi perkara sebegini tidak akan mematikannya kerana penutup sebelah mata telah lama menjadi kepopulariti dalam kalangan warga dunia untuk mengenali dunia lanun.

RUJUKAN:

Strom, C. (19 January 2021). Is This the Real Reason Why Pirates Wore Eyepatches? Ancient History.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.