Macam-macam pandangan orang aku baca di FB tentang banjir di Kuala Lumpur tempoh hari. Ada yang berpendapat bahawa ini semua salah kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sejak dulu sebab dulu tahun 1971 banjir besar.

Okay. Tapi banjir besar di Kuala Lumpur bukan sahaja itu, tapi pernah berlaku tahun 1857, 1889, dan 1926. Dari zaman British, zaman Yap Ah Loy lagi kawasan ini memang banjir sokmo.

Kenapa takde sorang pun yang nak salahkan British? But we can go on and on.

Hakikatnya Kuala Lumpur ini dibina di lembangan dua sungai, Sungai Gombak dan Sungai Klang. Kawasan lembangan sungai memang normal lah banjir. New Orleans di kawasan lembangan Sungai Mississippi pun banjir. Beijing di lembangan Sungai Huang He pun banjir.

Mana ada kawasan lembangan sungai yang tak pernah banjir bila hujan lebat?

Aku bukanlah memandang perkara ni dari sudut politik semata-mata, tetapi pada aku, geografi adalah takdir. Pepatah Melayu dulu ada kata, kalau takut dilambung ombak, jangan dirikan rumah di tepi pantai.

Setiap tempat yang kita duduk ada risikonya. Risiko tinggal di Jakarta ialah tenggelam. Risiko tinggal di Bangkok ialah air pasang. Risiko tinggal di Singapura ialah climate change. Kalau dulu mungkin ada ikan todak.
Risiko tinggal di Tokyo ialah gempa bumi, risiko tinggal di Los Angeles ialah kebakaran hutan. Risiko tinggal di London juga banjir.

Sekarang, kita boleh debat back and forth tentang ini semua salah siapa tetapi rakyat kita ni bab menyalahkan orang lain semuanya memang hebat. Tapi tak pernahnya salahkan diri sendiri sebab rasa diri tak pernah salah apa-apa.

Adakah ini salah kerajaan Barisan Nasional sebab dah berapa tahun tadbir negara masih banjir? Mungkin. Tapi pada aku kesalahan paling besar ialah polisi kerajaan yang menumpukan semua benda di Kuala Lumpur.
Itulah pusat kewangan, itulah pusat itu dan ini, mengakibatkan populasi semua duduk di situ untuk peluang pekerjaan.

Orang Penang datang KL, orang Kelantan datang KL, orang Pahang datang KL, orang Johor datang KL, orang Perak datang KL, orang Sarawak datang KL, orang Acheh datang KL, orang Rohingya datang KL, orang Nigeria datang KL, orang England datang KL, orang Amerika datang KL, orang Nicaragua datang KL, orang Portugal datang KL. Segala jenis bangsa orang datang ke Kuala Lumpur.

Akibatnya kawasan ini menjadi padat, jalan raya berlingkaran, bukit dibotakkan demi kediaman mewah, dan kawasan lombong ditambak untuk perumahan orang ramai.

Tetapi semua ini dilakukan atas desakan ekonomi. Ekonomi dan GDP naik maka ekonomi kita maju. Bila ekonomi maju maka Malaysia makmur. Tapi semua benda dalam dunia ini ada pro and cons. Ada yin and yang.

Ada hitam dan putih.

Bila kita terlebih dan membatasi keseimbangan itu, maka kita menempah bencana.

Dulu aku masih ingat masa Tun M jadi PM, sekitar awal 90an ada berkata nak mensasarkan penduduk Malaysia 70 juta orang. Sekarang baru dalam 34 juta, dah macam-macam malapetaka. Bayangkan 70 juta, agaknya banjir kita nanti teruk macam di Bangladesh agaknya.

Dah nama pun Kuala Lumpur, kuala yang berlumpur, maka kawasan itu memang keraplah banjir. Boleh je buat teknologi SMART korek terowong dan buat lencongan air, macam-macam. Tapi sejauh mana kita manusia mampu mengatasi kuasa alam?

Pada pendapat aku, ada baiknya peluang ekonomi diagihkan ke bandar-bandar yang lain, supaya ekonomi sekata dan Kuala Lumpur tidak overpopulated dan terlalu tepu.

Mungkin pendapat aku ada orang tak setuju, tapi pada aku, inilah cara supaya Kuala Lumpur tak dibebani lagi.
Jangan sampai jadi macam Jakarta – overpopulated sampai ada 30 juta penduduk sampai mendap ke bawah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.