Seorang presiden mempertimbangkan sekatan ekonomi terhadap Korea Utara. Pada 30 Mac 2010, beliau membuat keputusan. Rang undang-undang untuk melaksanakan sekatan ini sudah lama disediakan.

Jadi beliau sekadar menurunkan tanda tangan sahaja, selaras dengan permintaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Presiden ini tidak berpuas hati dengan pelan pelaksaan program nuklear Pyongyang.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Jadi sekatan ekonomi ini adalah untuk membebaskan negaranya daripada capaian apa-apa organisasi seperti bank pelaburan, pejabat kerajaan dan perusahaan perniagaan yang bersangkut-paut dengan Pyongyang.

Malah latihan asas pun diharamkan.

Mungkin bunyinya seperti Presiden Barack Obama. Tetapi sebenarnya, presiden tersebut ialah Dmitry Medvedev. Keputusan ini pula dibuat Vladimir Putin, yang kembali berkuasa dua tahun kemudian.

Beliau mempertimbangkan semula perintah eksekutif Medvedev tetapi akhirnya bersetuju untuk menyekat ekonomi Korea Utara dengan tindakan lebih ketat pada Disember 2013.

Putin semasa perhubungan khas antara Rusia dan Korea Utara di Vladivostok

Jika Rusia sendiri boleh naik meluat dengan Korea Utara, apatah lagi Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Korea Selatan.

Sejak pentadbiran Harry S. Truman (1945-1953) lagi, Amerika Syarikat telah melarang sebarang perdagangan dwi-hala secara terbuka. Barack Obama mungkin memperbaharui larangan ini… tetapi beliau menetapkan akta baharu yang jauh lebih terperinci.

Senang kata, Korea Utara sudah biasa dengan sekatan. Semuanya menjadi sebahagian dengan fitrah kenegaraan, daripada ekonomi ke politik.

Dengan sebuah kepimpinan yang berkµkµ besi, ideologi republik mudah menular dan mendidik masyarakat. Korea Utara pula telah membangunkan sebuah rangkaian antarabangsa sebagai jalan pintas.

Memperkenalkan Mun Chol Myong

Seorang peniaga Korea Utara bernama Mun Chol Myong menjadi perantara bagi republik tersebut dengan dunia. Beliau menetap di Malaysia lebih daripada 10 tahun, menjalankan kerja di rantau Asia Tenggara.

Pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berpendapat Chol Myong telah memimpin sekumpulan penje.nayah untuk memintas sekatan ekonomi.

Larangan menjadi benteng menahan Korea Utara… Chol Myong menyediakan tangga untuk laluan perdagangan. Beliau juga memutihkan wang sebagai pembayaran (AFP, 2021).

Tetapi pada tahun 2019, Chol Myong ditahan pihak berkuasa kerana bantu mengeksport barangan bernilai daripada Singapura ke Korea Utara.

Kejatuhan Chol Myong sebenarnya mencetuskan perbalahan dalam pentas antarabangsa.

Mun Chol Myong bersama peguam yang mewakili beliau.

Mun Chol Myong bersama peguam yang mewakili beliau.

Pyongyang menuduh Amerika Syarikat sebagai dalang utama yang mengganggu di sebalik tabir (dalam kes beliau). Dan Pyongyang berkata, Washington, D.C., akan menanggung segalanya.

Walau bagaimanapun, masalah antara Washington, D.C. dan Pyonyang melibatkan Kuala Lumpur.

Kerana mahkamah menjatuhi hµkµman yang Chol Myong perlu diusir ke Amerika Syarikat untuk berdepan dengan tuduhan susulan. Malaysia menjadi negara pertama yang selamba menghalau orang Korea Utara ke Amerika Syarikat (Bartlett, 2021).

Keputusan tentang Chol Myong saja menjulang nama Malaysia ke persada dunia, sebagai negara yang berkomited memelihara integriti sistem kewangan global. Memang lama Malaysia menjadi medan sebagai “medan pintasan sekatan”.

Tahu saja tentang keputusan Malaysia, Korea Utara terus bertindak untuk memµtµskan hubungan diplomatik.

Kehilangan pejabat kedutaan Korea Utara bermakna Malaysia turut diheret dalam kancah pergolakan diplomatik global. Sama ada suka atau tidak, undang-undang negara harus dimutlakkan.

Dan Malaysia bukan satu-satunya negara (selain Barat) tanpa pejabat kedutaan Korea Utara. Kuwait juga mengusir keluar Duta Besar Korea Utara atas keengganan republik tersebut untuk mematuhi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Sang-Hun, 2021).

Sejujurnya, pendapat Pyongyang tidak penting. Kerana mana-mana negara mesti memartabatkan integriti. Dalam hal ini, pendirian Malaysia memang tepat. Tiada guna mencari pasal dengan seluruh dunia untuk menjaga hati Korea Utara.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Tambah pula Malaysia tidak tentu pasal menjadi tempat pembµnµhan Kim Jong-Nam pada tahun 2017. Dalam masa beberapa minggu pula, Joe Biden akan menyatakan pendirian White House tentang Korea Utara.

Semestinya beliau berkongsi pendapat pentadbiran Barack Obama antara 2009 hingga 2016. Washington, D.C. sedang cuba membuat hubungan diplomatik sejak Februari 2021… tetapi Pyongyang pula jual mahal.

Amerika Syarikat mempunyai banyak sebab untuk menjauhi Korea Utara. Sebelum ini seorang pelajar bernama Otto Warmbier dihµkµm teruk hanya kerana cuba mengambil poster propaganda kerajaan.

Otto Warmbier semasa merayu.

Warmbier akhirnya meninggal dunia atas punca yang masih belum boleh disahkan.

Otto Warmbier semasa dikembalikan ke Amerika Syarikat

Inilah nasib yang menimpa anak muda Barat di Korea Utara.

RUJUKAN:

AFP. (2021, Mac 9). North Korean in Malaysia loses final appeal against US extradition. The Malay Mail.

Bartlett, J. (2021, Mac 10). Mun Chol Myong: The First-Ever North Korean (ditapiskan) Facing Extradition to the US. The Diplomat.

Sang-Hun, C. (2021, Mac 19). North Korea Cuts Diplomatic Ties With Malaysia Over U.S. Extradition. The New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.