Lagi 2 episod, drama Korea sohor kini “Vincenzo” akan melabuhkan tirai.

Nak tahu kenapa ramai kata cerita ni best, memang kena tengok sendiri. Dulu aku pun skeptik dengan cerita ni, ingat cerita acah-acah cool perasan mafia. Sekali layan, terus lekat.

Orang yang suka tengok aksi dan lawak tak ada masalah untuk layan drama ni. Bagi orang yang acah thinker (macam aku), drama ni pun menyediakan banyak ruang untuk berfikir tentang persoalan yang deep-deep belaka.

Cerita ini mengisarkan tentang watak Vincenzo Cassano (yang dilakonkan oleh Song Joong-ki), seorang ahli mafia Itali (lahir Korea, tapi jadi anak angkat orang Itali) yang kembali ke Korea dan terjebak dalam konflik dengan Syarikat Babel yang diketuai oleh Jang Han-seok (dilakonkan oleh Ok Taecyeon).

Babel ni syarikat tak beretika yang buat kerja macam jual ubat palsu (yang sebenarnya dadah), pastu merasuah polis, hakim, pendakwa raya dan sebagainya demi menutup jenayahnya.

Nak lawan orang macam ni, kaedah undang-undang adalah tak berkesan. Seluruh sistem telah pun dikorup oleh Babel, malah Babel ni sanggup membunoh saksi dan peguam yang cuba mencabar diorang. Maka Vincenzo kena pakai cara di luar batas undang-undang (“cara mafia”) untuk melawan Babel. Baru buku bertemu ruas.

Babel dalam drama ni adalah sindiran kepada chaebol di Korea dalam real life. Chaebol tu kumpulan syarikat besar yang dikuasai oleh keluarga, macam Samsung, Hyundai, LG, Lotte. In fact, kes saman terhadap Babel atas penggunaan bahan beracun yang menyebabkan ramai pekerja mengidap penyakit kronik tu nampak sama dengan kes saman terhadap Samsung pada tahun 2007, di mana lebih 200 pekerja Samsung Electronics mengidap kanser (lebih 70 terkorban) akibat terdedah kepada bahan beracun dalam proses pengeluaran.

Tapi disebabkan Samsung ada pengaruh dalam kerajaan (dua bekas presiden Korea iaitu Lee Myung-bak dan Park Geun-hye menerima suapan Samsung) dan juga media (dalam drama ni pun ada tunjuk bagaimana media duk bekap Babel), keluarga mangsa perlu fight lebih 10 tahun baru Samsung mengakui kesalahan dan buat pampasan.

Sebelum ni pun ada banyak drama yang kritik chaebol macam “Secret Forest” dan “Partners for Justice”. Tapi protagonis drama-drama ni selalunya penjawat awam berintegriti macam Pendakwaraya Hwang Si-mok (Secret Forest) atau Dr. Baek Beom (Partners for Justice). Vincenzo bukan orang yang berintegriti, malah sanggup mungkir janji, ugut, menipu untuk mencapai tujuannya.

Jadi drama ni ada tagline “only evil can punish evil” (악은 악으로 처단한다, ag-eun ag-eulo cheodanhanda), yang diilhamkan oleh pepatah Itali “un diavolo scaccia l’altro” (it takes a devil to drive out another devil). Boleh nampak penulis skrip drama ni agak ambitious. Dia bukan saja nak hasilkan satu cerita beraksi tapi cuba mendalami falsafah etika tentang kebaikan/kejahatan: apa punca kejahatan, dan bagaimana manusia bertindak balas terhadap kejahatan.

Nama syarikat Babel pun bukan sebarang nama. Sesiapa yang ada ilmu asas tentang Bible Kristian mesti tau Babel tu merujuk kepada sebuah kota di Mesopotamia (Iraq) purba yang diperintah oleh Nimrod (Namrud dalam tradisi Islam). Nimrod cuba membina sebuah menara pencakar langit bagi mengagungkan kuasanya dan mencabar kuasa Tuhan. Akhirnya Tuhan menggagalkan pembinaan menara tersebut, yang kemudian dikenali sebagai Tower of Babel.

Seperti Nimrod the King of Babel, Jang Han-seok the King of Babel juga memiliki sifat takabbur (sampai tahap dia melihat diri setaraf tuhan sebab boleh kawal kehidupan orang) yang membuat dia tak serik-serik dengan jenayah sendiri. Malah dalam drama ni Jang Han-seok pun nak bina bangunan bernama Babel Tower, yang bertujuan untuk merasuah semua orang yang berpengaruh dalam masyarakat (siapa yang membantu bisnes Babel akan diberi satu lot dalam menara).

Sementara itu, firma guaman yang membantu Babel buat kerja-kerja jahat diberi nama Wusang. Dalam Bahasa Korea, perkataan Wusang (우상) juga membawa maksud “berhala” (Hanja: 偶像). Penyembah berhala ni bukan betul-betul beriman kepada “tuhan” yang disembahnya tapi lebih kepada kekayaan dan pulangan kebendaan yang dijanjikan. Sebab tu peguam-peguam di Wusang ni cuma anggap undang-undang tu sebagai alat untuk mencapai kekayaan dan kuasa, sanggup bersubahat dengan Babel.

Balik kepada ayat “only evil can punish evil”, adakah Vincenzo boleh disifatkan sebagai “evil” atau seorang “devil”? Kalau bukan, maka ayat tu memberi petanda bahawa pada akhir cerita nanti, orang yang akan menjatuhkan Babel pun semestinya seorang penjahat.

Sebelum ni aku ingat “devil” tu Jang Han-seo (adik Jang Han-seok yang kena buli dan menaruh rasa ingin memberontak), tapi selepas tengok preview Episod 19, nampaknya bukan. Sebab nampaknya Han-seo pun akan jadi mangsa Han-seok.

Sekiranya betul, Vincenzo lah “devil” yang dimaksudkan, adakah keadilan yang dicapai oleh seorang devil tu kira keadilan yang hakiki? Itu semua dilema moral yang penulis skrip (Park Jae-beom, yang juga pernah hasilkan drama deep macam “Chief Kim” dan “The Fiery Priest”) cuba sajikan kepada penonton.
Apa pun kena tunggu hujung minggu ni untuk merungkai semua persoalan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.