Kehamilan merupakan asbab paling utama di sebalik kemandirian setiap spesis. Bukan manusia sahaja yang mengharapkan keistimewaan ini. Daripada seorang manusia, proses kehamilan dalam tempoh jutaan tahun telah menyebabkan tebaran yang sangat besar. Anggaran daripada Biro Rujukan Populasi menetapkan jumlah manusia secara keseluruhan ialah 107 bilion (Stephenson, 2012). 7.7 bilion daripadanya masih hidup pada hari ini.

107 bilion merupakan angka yang sangat-sangat besar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa Bumi hanya boleh menampung seramai 11.2 bilion orang sahaja (Geo Editor, 2017). Jumlah tersebut bakal dicecah pada tahun 2100, berdasarkan congakan daripada purata kadar kelahiran. Bermakna, jika difitrahkan hidup keabadian, manusia memerlukan 10 planet seperti Bumi.

Begitu besarnya pengaruh kehamilan. Dan pengaruh inilah yang telah menjadi sebahagian daripada naluri manusia. Bayi-bayi telah dikurniakan keupayaan untuk menghasilkan benih jantina masing-masing, kecuali jika tidak berupaya. Wanita pula jika dibenarkan akan mengeluarkan susu sendiri. Dan hasil daripadanya wujudlah pengalaman bersalin yang diserahkan secara turun-temurun.

Dalam zaman yang moden ini, ilmu turun-temurun tidak semestinya tepat. Antara masalah kerap dihadapi ibu-ibu muda ialah tidak lain tidak bukan pengaruh kehamilan yang dijelaskan. Sifat tidak mahu mengalah serta falasi “aku makan garam dulu” berkali-kali menyukarkan keadaan. Dua perkara yang acapkali berlaku ialah (1) memberikan bayi air masak dan (2) urutan uri, hanya berdasarkan asas ilmu orang dulu-dulu. 

Kedatangan sains tidak menolak ilmu-ilmu ini. Sebaliknya sains membetulkan tanggapan salah pada jalan yang benar. Malaysia merupakan negara yang penuh keberkatan kerana berupaya untuk memberikan rakyatnya penjagaan kesihatan universal. Bermakna rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang berpatutan pada harga yang tidak masuk akal.

Apabila disebutkan dengan “tidak masuk akal”, gambaran paling mudah ialah mendapat konsultansi dan ubat-ubatan mahal hanya pada harga RM1. Proses pembedahan yang menelan belanja ribuan ringgit hanya perlu dibayar puluhan ataupun ratusan sahaja.

Salah satu kebaikan penjagaan kesihatan universal ialah adanya jururawat-jururawat yang sedia berikan nasihat sekali lagi secara percuma.

Dengar Nasihat Jururawat Atau Petua Kampung?

Bayi tidak sama sekali boleh diberikan air masak kecuali pada umur enam bulan keatas. Sudah menjadi perkara biasa bagi generasi lepas menasihati ibu bapa muda supaya memberikan air masak. Bayi-bayi yang minum susu formula katanya memerlukannya. Ada yang siap berikan skala 2:1 lagi.

Tanggapan ini TIDAK BENAR dan MEMBAHAYAKAN. Menurut Deborah Malkoff-Cohen MS, RD, CDN, CDE, bayi tidak perlukan apa-apa air selain susu walaupun semasa musim panas (Schumacker, 2018). Air sangatlah tidak sesuai untuk bayi bawah umur enam bulan walaupun pada isipadu sekecil mana pun. Air boleh menyerap zat-zat penting daripada susu dalam usus halus bayi. Sengaja mencairkan susu dengan lebihan air tanpa nasihat profesional pun boleh menyebabkan keracunan air.

Antara bahaya yang digeruni pihak kesihatan ialah sawan, atas gangguan imbangan elektrolit bayi. Lebih-lebih lagi apabila ginjal bayi tidak begitu berkemampuan lagi untuk menapis air masak. Walaupun jika bayi tidak sihat, sememangnya tidak boleh berikan apa-apa cecair melainkan susu. Di Barat, sudah menjadi kebiasaan untuk berikan jus ketika bayi tidak sihat. Gula dalam jus tersebut hanya akan mengeruhkan keadaan, belum lagi dikira dengan air sekali.

Perkara yang sama diulangi pakar-pakar kanak-kanak di Pusat Kanak-Kanak John Hopkins di Baltimore. Air boleh menyebabkan badan kumuhkan sodium. Kekurangan sodium akan mengganggu aktiviti otak dan menurunkan suhu badan, sekaligus menyebabkan muka bengkak dan akhirnya sawan (Harding, 2008). Satu lagi, bayi juga tidak perlukannya kerana 80% daripada susu ialah air.

RUJUKAN:

Harding, A. (2008). Drinking water can be harmful to smallest babies. [online] Reuters. Available at: https://www.reuters.com/article/us-water-babies/drinking-water-can-be-harmful-to-smallest-babies-idUSCOL16728820080521 [Accessed 22 May 2008].

Schumacker, L. (2018). You shouldn’t be giving your baby water — here’s why. [online] INSIDER. Available at: https://www.insider.com/can-babies-drink-water-2018-2 [Accessed 14 Feb. 2018].

Stephenson, W. (2012). Do the dead outnumber the living?. [online] BBC News. Available at: https://www.bbc.com/news/magazine-16870579 [Accessed 4 Feb. 2012].


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.