Pada suatu yang sibuk, anda sedang mempunyai banyak perkara yang dilakukan, tapi semua job-list itu hanya berada dalam kepala anda. Terasa berat dan ingin berehat sebentar, anda mencapai handphhone dan mula scroll Facebook, Instagram, Twitter, dan kemudian Tik-Tok.

Kemudian apabila ditengok pada jam, sudah 3 jam berlalu! Pantas masa bergerak tanpa anda sedari.

Jika anda pernah mengalaminya, mungkin anda adalah seorang yang sudah mula ketagih media sosial.

Namun apakah kenapakah boleh tertagih dengan media sosial ini? Apa yang membuatkannya begitu menarik sampaikan kita sendiri tidak sedar. Sehinggakan dikatakan media sosial ini terkenal dengan istilah “dadah digital”.

Seorang ahli psikologi yang terkenal, B. F. Skinner telah menjalankan satu eksperiment ke atas burung merpati beliau. Beberapa ekor burung merpati dibiarkan kelaparan sehingga 75% daripada berat badan asalnya. Kemudian burung tersebut diletakkan di dalam kotak eksperimen.

Burung tersebut diajar untuk mematuk butang plexiglass  jika ingin mendapatkan makanan. Jadi setiap kali butang itu dipatuk, makanan akan keluar.

Sekarang Skinner cuba untuk memberikan sedikit “cabaran” kepada merpatinya. Kali ini,  makanan akan keluar secara rawak pula.

Jadi jika sebelum ini satu patukan keluarkan satu makanan,kali ini mungkin, katakan : 2 kali patuk satu makanan,3 kali patuk satu makanan, atau 5 kali patuk satu makanan.

Kali ini Skinner terkejut kerana semua merpatinya menjadi tidak betul! Semua merpati tersebut tidak berhenti untuk mematuk.

Bahkan ada merpati yang mematuk 2.5 kali sesaat untuk tempoh 16 jam!

Ada juga yang mematuk sehingga 87,000 kali dalam tempoh 14 jam.

KENAPA KITA KETAGIH?

Jawapannya berada pada satu bahagian kecil dalam otak kita dipanggil nucleus aacumbens. Atau juga dikenali sebagai pusat sistem ganjaran (Brain’s Pleasure Centre).

Setiap kali anda melakukan aktiviti yang gembira, hormon gembira kana dirembeskan dan bahagian ini akan diaktifkan. Bahagain ini jugalah yang akan diaktifkan dengan makanan, seks, membeli belah, alkohol, rokok, malah dadah.

Bilakah kali terakhir anda perasan masuk ke apps Facebook, kononnya mahu melihat feeds untuk 10 minit sahaja, kemudiannya terkunci dalam apps tersebut selama berjam -jam? Sungguh ketagih bukan?

Soalan saya, kenapa perkara ini terjadi?

Jawapannya kerana design. Ya, kerana cara platform social media itu dibina adalah untuk menyenbakan orang ketagih.

Pertama, fungsi Likes, Comments , dan Share. Ini adalah yang dipanggil stimulus atau rangsangan yang kita akan dapat, sama seperti burung merpati tadi yang mendapat kacang sebagai makanan.

Kita juga akan merasa gembira jika mendapat likes yang banyak atau shares yang banyak. Betul bukan?

Kedua, fungsi scrolling. Skrin paparan handphone kita adalah terhad di bahagian bawah. Kita tidak tahu berita atau feeds apa yang akan keluar dari bawah apabila kita scroll ke atas. Ada feeds yang menyeronokkan dan ada feeds yang kita tidak gemar.

Jika feeds yang membuatkan kita gembira keluar, ia akan merangsang otak kita lagi. Kita tidak boleh jangka feeds apa yang akan keluar, tapi kita boleh scroll semahunya sampai kita letih. Kedengaran serupa?

Ya, di sinilah jawapannya! Sama seperti burung merpati tadi. Dia tahu dengan mematuk butang tersebut, dia akan mendapat makanan.

Tetapi dia tidak tahu pada patukan yang ke berapa dia akan dapat makanan. Jadi apa yang dia buat? Teruskan patuk dan patuk sehinggalah makanan keluar. Walaupun sehinggalah beribu-ribu kali.

Konklusinya, setiap product designer tahu macam mana sistem ini berfungsi, dan mereka mempunyai kuasa untuk memanipulasi fungsi otak kita.

Selain daripada pelbagai benda baik dan bermanfaaat lain yang kita peroleh, tidak salah juga untuk mengetahui sisi buruk yang ada pada benda yang tiap-tiap hari kita gunakan ini.

Apa yang anda dapat simpulkan jika anda ialah Skinner yang menjalankan ujikaji tersebut?

Mudah. Haiwan boleh dimanipulasi jika untuk membuat aktiviti yang tidak berfaedah dalam jangka masa yang lama jika diberikan ganjaran yang secara rawak.

Semoga tidak menjadi merpati ujikaji!

RUJUKAN:

User behaviour – Websites and apps are designed for compulsion, even addiction. Should the net be regulated like drugs or casinos?. https://aeon.co/essays/if-the-internet-is-addictive-why-don-t-we-regulate-it

‘Superstition’ In The Pigeon. https://psychclassics.yorku.ca/Skinner/Pigeon/

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penulis merupakan graduan Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Universiti Manipal, India. Sekarang sedang berkhidmat di salah sebuah hospital di Pantai Timur tanah air. Peminat psikologi, sejarah, dan Hamka.

Comments are closed.