Kenapa Kerandut Zakar Berada Di Luar Badan?

6,604

Jangan tanya kenapa soalan ni boleh muncul tiba tiba dalam kepala otak aku. Aku pun tak tahu kenapa dan mengapa. Ia…tiba tiba muncul. Tapi, itulah…benda ni misteri juga bagi aku.

Bendanya berpunca daripada… Ok, begini. Kalau perasan, mamalia jantan rata ratanya mempunyai kerandut z4k4r di luar kecuali untuk beberapa spesis seperti gajah. Sebagai ilmu tambahan untuk perempuan, kerandut z4k4r ini juga akan berubah bentuk mengikut suhu. Apabila sejuk, kerandut ini menjadi tegang. Apabila panas, ia menjadi longgar. Jadi, kenapa kerandut ni berada di luar? Tak rasa macam bahaya ke sebab terdedah di luar?

Jawapannya terletak pada suhu penghasilan sel sperma.

Umum diketahui, proses penghasilan sperma ini memerlukan suhu yang lebih rendah, yakni sekitar 34 Celsius berbanding suhu badan normal, 37 Celsius. Hal ini boleh difahami satu tindak balas untuk melindungi bahan genetik dalam sperma. Ya lah, cuba bayangkan apa akan jadi kalau bahan genetik tersebut rosak? Kalau sel somatik, sel biasa seperti kulit dan perut paling teruk pun jadi tumor dan kanser, tapi sel sperma kalau rosak anak boleh jadi cacat. Tak pun mandul. Jadi, sel sperma adalah sangat sensitif.

Menurut Gallup, seorang penyelidik psikologi evolusi, beliau mempunyai teori yang lebih mendalam mengenai sifat aneh kerandut z4k4r ini. Oleh kerana sperma memerlukan suhu yang lebih rendah untuk dihasilkan, maka kerandut z4k4r yang asalnya dalam badan manusia mula bergerak ke bawah abdomen hinggalah terhasilnya kerandut z4k4r sekarang. Apabila ia berada di luar badan, haba lagi senang terbebas ke luar.

Ini bahagian paling menarik tentang kerandut z4k4r. Ingat tak pasal perubahan bentuk kerandut z4k4r mengikut suhu? Ya, ia untuk mengekalkan suhu optimum tersebut. Apabila cuaca atau suhu panas, kerandut menjadi longgar untuk bebaskan suhu melalui urat darah. Apabila cuaca menjadi sejuk, kerandut z4k4r menjadi tegang untuk elakkan haba kernadut daripada terbebas keluar. Juga, kedudukan ‘telur jantan’ atau testis jugatak simetri. Kedudukan mereka adalah berbeza ketinggian. Kalau yang kanan naik atas, yang kiri akan turun ke bawah. Kalau kanan turun bawah, yang kiri pula naik atas.

Pergerakan ‘telur’ ini membantu testis untuk mengawal haba di sekelilingnya. Dia ibarat air teh yang dikacau. Kalau tak dikacau air tu akan kekal panas untuk masa yang lama. Apabila dikacau, air tersebut jadi cepat sejuk. Juga, pergerakan ini membantu haba dalam kerandut z4k4r untuk bergerak dan terbebas, bukan setakat terkumpul setempat. Fakta ini juga disokong apabila kita memerhati kerandut z4k4r haiwan lain. Dalam kebanyakan kes, kerandut z4k4r mamalia adalah kurang berbulu dan berwarna lebih gelap. Benda ini akan membuatkan haba senang keluar.

Dalam teori lain, asbab kenapa kerandut z4k4r ni berada di luar badan ialah untuk menarik perhatian golongan lain jantina. Sebagaimana burung merak jantan yang menayangkan bulu pelepah indah miliknya, maka mamalia jantan menayangkan kerandut z4k4r mereka. Kiranya, kalau lagi besar, lagi subur begitu. Macam lelaki lah yang senang tertarik kalau dada dan pinggul perempuan besar.

Sebabnya, otak kita akan automatik menafsirkan perkara tersebut sebagai calon pasangan yang sihat dan mampu melahirkan zuriat yang kuat. Mungkin bunyinya agak lucah, tapi itulah bagaimana biologi bertindak. Kadangkala, penjelasannya adalah ringkas dan lurus. Namun, pandangan ini dilihat agak lemah kerana kalau nak tarik perhatian golongan lain jantina, kerandut z4k4r ni tak estetik langsung. Aku tak tahulah kalau orang lain punya ada warna warni ke, boleh cabut buat cash voucher ke apa, tapi selalunya semua hodoh.

Promosi Buku DTT

Walau bagaimanapun, tak rasa macam bahaya ke letak benda penting dekat luar? Memang tiada mekanisme untuk lindungi benda inikah? Ada, kita panggil benda tu sebagai kesakitan. Mungkin bunyinya agak remeh, tapi faktor kesakitan lah yang menyebabkan lelaki menjadi sangat berjaga jaga apabila melibatkan z4k4r mereka.

Apabila ditendang, sakitnya tak terperi dan sebab itulah kalau lelaki dapat tahan sakit apabila ditendang telurnya, dia dianggap sebagai anak jantan sejati. Tapi aku cakap benda ni jangan pulak korang buat tournament tendang telur kawan, sebab lelaki ni suka buat kerja bangang. Macam aku sebut sebelum ni, z4k4r dan testis ni sensitif. Silap hari bulan mahu tak mandul anak orang sebab ditendang.

Jadi…ya, aku sampai sekarang masih bingung kenapa aku tulis artikel ini, tapi harapnya ia dapat menjelaskan kenapa kerandut z4k4r berada di luar badan.

RUJUKAN:

Ivell R. (2007). Lifestyle impact and the biology of the human scrotum. Reproductive biology and endocrinology : RB&E5, 15. doi:10.1186/1477-7827-5-15

Kleisner, K., Ivell, R., & Flegr, J. (2010). The evolutionary history of testicular externalization and the origin of the scrotum. Journal of biosciences35(1), 27-37.

Gallup Jr, G. G., & Frederick, D. A. (2010). The science of sex appeal: An evolutionary perspective. Review of General Psychology14(3), 240-250.

Werdelin, L., & Nilsonne, Å. (1999). The evolution of the scrotum and testicular descent in mammals: a phylogenetic view. Journal of theoretical biology196(1), 61-72.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.