Kenapa Kerajaan Banyak Bantu B40?

39,354

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Liquidity Trap – bila duit ada banyak dipasaran tapi ianya tidak digunakan untuk berbelanja/melabur.

Untuk golongan peniaga yang complain kenapa diorang tak dapat apa buat masa ni, jawapan dia sebab Liquidity Trap.

Golongan B40 ni, golongan yang kecenderungan dia untuk berbelanja sangat tinggi. Yalah, duit sebelum ni selalu tak cukup, kalau dapat duit extra confirm digunakan semuanya untuk berbelanja.

Jadi ada liquidity dalam market.

Golongan peniaga ni, kecenderungan dia untuk berbelanja tidak begitu tinggi. Sebab diorang hidup cukup pakai dan makan. Tiada urgency untuk diorang gunakan sebarang cash handout untuk berbelanja. Jadi duit tidak berlegar dalam market dan terjadilah Liquidity Trap atau duit tu terperangkap .

Lagi satu kalau ada argument pasal kenapa tiada bantuan untuk pelaburan, sebenarnya memang ada. Kan ada bantuan credit untuk SME tu yuang disediakan oleh kerajaan?

Gunalah benda tu, takkan expect helicopter money untuk dijadikan modal?

Lagi satu liquidity untuk SME ni kalau diberi begitu sahaja, ada kemungkinan berlaku Liquidity Trap.

Kenapa?

Sebab peluang pelaburan dimasa sekarang hampir tiada, jadi kalau duit tu diberi ada kemungkinan duit tu dimasukkan dahulu dalam cash reserve untuk digunakan dikemudian hari bila keadaan kembali reda.

Tapi nak redakan keadaan ekonomi kena ada kecairan atau liquidity dalam pasaran dahulu.
Kalau SME simpan cash tu dalam cash reserve sementara menunggu keadaan reda, akan tercetus masalah berkaitan inflasi pula (inflation, disinflation, deflation dan stagflation).

Jadi atas alasan itulah, kerajaan bagi banyak bagi dekat B40 dulu, supaya kecairan tu sentiasa ada, bila keadaan reda barulah rasanya SME apa semua tu akan dapat.

Kita sekarang tengah hadap demand shock dan supply shock serentak. Govt nak selesaikan demand tu dulu.

Say’s law yang mengatakan supply akan create dia punya own demand ni dah lama Keynes buktikan salah. The truth is demand akan create dia punya own supply.

So selesaikan masalah demand, supply akan selesai dengan sendirinya.

Jadi M40, T20 dan para penguasaha SME, bersabar sekejap jer tau. Ada masalah lain pada ekonomi yang kerajaan kena selesaikan. Cara nak selesaikan adalah dengan memberikan B40 wang berbelanja.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.