Demikian hari ada seorang penceramah mengkritik fakta saintifik kononnya Matahari mengelilingi Bumi. Logik penceramah tersebut, jika Bumi mengelilingi Matahari, mesti satelit pakat tertinggal belakang.

Kenyataan ini dibuat kerana penceramah tersebut tidak ambil peduli tentang hukum graviti. NASA sudah menjawab bahawa “satelit akan mengelilingi Bumi jika kelajuannya seimbang dengan tarikan gravity”.

Tanpa imbangan ini, satelit akan terbang jauh daripada Bumi (atau terhempas balik).

Graviti menjadi penentu utama dalam alam angkasa. Bumi boleh menarik sebuah asteroid jika semua syarat – kelajuan, saiz dan kecondongan – kena pada cara (EarthSky, 2010).

Bukan opening Armageddon.

Jika tiga syarat ini tidak kena pada cara, maka asteroid takkan sesekali menghentam. Sebelum ulas panjang, kena cakap dengan jelas: syarat-syarat ini hanyalah kriteria objektif untuk faham tentang angkasa. Kira tidak semestinya perlu tepati semua syarat baru boleh kena Bumi. Tiada apa yang terjamin dalam dunia ini.

Namun saintis bersetuju tentang kriteria syarat selepas mengkaji beribu-ribu “near-Earth collisions”. Sekarang ini pun ada meteoroid dan asteroid sedang melintasi Bumi. Kadangkala objek ini boleh dilihat dengan mata kasar (atau bantuan teknologi teleskop).

Kejadian Ngeri Pada Tahun 2014

Sekali-sekala batu-batu angkasa akan masuk menembusi atmosfera Bumi. Pada masa ini, udara akan memainkan peranan sebagai pelindung utama. Penggeseran (friction) udara akan membakar batu angkasa. Sebab itu kadangkala langit akan ada “shooting star”.

Contoh shooting star.

Nampak cantik. Padahal itu sebenarnya batu tengah kena bakar sampai rentung. Perkara ini terjadi pada 8 Januari 2014, apabila batu angkasa bersaiz 45 sentimeter lebar menembusi lapisan angkasa.

Batu ini menyala begitu terang, dengan kelajuan dijangka mencecah 210,000 kilometer sejam. Kelajuan ini mengejutkan Amerika Syarikat sebenarnya.

Kenapa terkejut? Sebab ia terlalu laju. Bayangkan batu angkasa ini macam seekor cheetah. Manakala batu-batu angkasa di Sistem Suria kita pula macam kalian yang sedang baca artikel ini. Kira tidak wajar dibandinglah. Sebab tidak adil.

Jadi apa kerajaan Amerika Syarikat buat? Tutup cerita. Semua data pasal batu angkasa ini dirahsiakan (classified). Sesiapa yang bocor boleh kena tindakan undang-undang sangat tegas.

Inilah sebab kenapa tiada siapa tahu pasal batu angkasa tersebut. Malah sampai hari ini, nama pun tidak diberikan.

Kerana kerajaan Amerika Syarikat dibawah pentadbiran Barack Obama berpendapat batu angkasa ini perlu dikaji secara mendalam. Sama ada mereka mempertimbang misil daripada kapal makhluk asing, itu tidak pastilah.

Macam Mana Kami Tahu Kalau Classified?

Sebelum ada yang melompat cakap kami agen CIA, kami kena beritahu awal-awal. Kerajaan Amerika Syarikat sudah menarik balik perintah kerahsiaan (declassified) pada tahun 2019.

Dan pihak Universiti Harvard mula menghidu tentangnya barangkali sebelum pembatalan perintah lagi. Kerana pada tahun yang sama, Universiti Harvard menerbitkan sebuah kajian tentang “sebuah batu angkasa yang dibakar langit Bumi dengan kelajuan luar biasa” (Ferreira, 2022).

Kajian Universiti Harvard masalahnya tidak dinilai mana-mana pihak. Tanpa “peer review”, kajian ini dianggap benar. Menurut dapatan Harvard, batu angkasa ini mengunjungi orbit Bumi daripada sistem berplanet lain. Maksudnya, ia adalah “makhluk asing” daripada luar lingkaran Sistem Suria.

Faham begini. Batu angkasa tersebut menembusi Bumi pada tahun 2014. Padahal empat tahun sebelumnya, ia baru melintasi orbit Pluto. Jarak antara Bumi dan Pluto adalah 7.5 bilion kilometer. Dalam masa empat tahun, ia sampai orbit Bumi. Betapa lajunya objek ini.

Dapatan Universiti Harvard dijulang sebagai fakta hari ini kerana mendapat pengesahan daripada United States Space Command. Menurut Leftenan Jeneral John Shaw, mereka mempunyai data analisis sangat cukup untuk mengesahkan “ini adalah perjalanan antarabintang” (Specktor, 2022).

Berbalik kepada pembuka bicara…. Seandainya Bumi ini pegun dan tidak mengelilingi Matahari – jangankan satu objek ini, beribu-ribu batu angkasa selamba akan menghentam Bumi.

Punca Bumi masih selamat adalah kerana kelajuan, saiz dan kecondongan batu angkasa tersebut yang sangat susah untuk menimpa ketika Bumi sendiri sedang bergerak.

RUJUKAN:

EarthSky. (2010, Januari 25). Could Earth’s gravity capture an asteroid?

Ferreira, B. (2022, April 8). Secret Government Into Confirms First Known Interstellar Object on Earth, Scientists Say. Vice.

 Specktor, B. (2022, April 4). An interstellar object exploded over Earth in 2014, declassified government data reveal. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply