Kenapa Kapal Selam Berwarna Hitam?

11,245

https://bit.ky/kombowww

Pernah terfikir tak kenapa kapal selam warna hitam kenapa tak merah ke putih ke biru ke kuning ke tak pun pink. Ada sebab kenapa Kapal Selam tempur dicat sebegitu rupa.

Tidak semua kapal selam berwarna hitam. Korang harus tahu bahawa hanya bahagian atas kapal selam yang dicat hitam. Bahagian bawah kapal selam dicat oren. Dengan itu, ada kapal selam juga warna keseluruhannya adalah hitam.

Tidak semua kapal selam berwarna hitam. Korang harus tahu bahawa hanya bahagian atas kapal selam yang dicat hitam. Bahagian bawah kapal selam dicat oren. Dengan itu, ada kapal selam juga warna keseluruhannya adalah hitam.

Kena tahu juga, tidak semua kapal selam tentera laut dicat hitam. Bagaimanapun, ada juga kapal selam yang berwarna hijau. Contoh negara itu adalah Korea Utara, Iran, dan Israel yang menggunakan warna kapal selam mereka hijau.

Kerana kebanyakannya kapal selam ini bekerja di perairan pantai yang jernih, dangkal, dan warna hijau memudahkan penyamarannya ke dasar laut yang ditutupi rumput dari udara dan dikenali anti-kapal selam udara. Ia juga bagi mengelak pesawat udara utk memantau keberadaan kapal selam melalui udara. Hebat tak?

Sebenarnya, kapal selam moden ditutup dengan Neoprena untuk mengalahkan isyarat sonar. Tetapi penyamaran atau halimunan adalah sebab kapal selam moden berwarna hitam dan bagi mengelak daripada diketahui pihak musuh melalui radar sonar.

Tetapi, didapati kapal selam yang digunakan semasa pada WWII adalah warna Kelabu dan bukannya hitam. Tentera laut Nazi adalah contoh pengguna kapal selam berwarna kelabu.

Warna hitam memantulkan jumlah cahaya yang paling sedikit dan oleh itu ia membantu penyamarannya sebagai teknologi yang yang terbaik, sebahagian terendam atau dekat pada permukaannya.

Sonar merupakan sebuah teknik yang menggunakan penyerakan bunyi untuk mengemudi, berkomunikasi atau mengesan objek di atas atau bawah permukaan air, seperti kapal-kapal lain yang tenggelam.

Kapal selam dicat hitam untuk membantu menyembunyikannya, kerana sangat penting untuk kapal selam bersembunyi ketika melakukan tugasnya. Warna hitam terbukti dapat membantu kapal selam bersembunyi di lautan.

Warna oren pada sesetengah kapal adalah kerana ia menggunakan cat anti cemar untuk mengelakkan lambung kapal menjadi habitat teritip. Ia juga bertindak melindungi keluli dari karat dan hakisan akibat pergerakan kapal dlm air. Walaubagaimanapun ada juga cat jenis ini berwarna hitam

Walaubagaimanapun, ada negara yang menggunakan dua tona warna pada kapal mereka, mirip haiwan laut yang mempunyai tona warna gelap pd bahagian atas dan warna lebih cerah seperti kelabu pada bahagian bawah. Ini adalah satu bentuk penyamaran optik, agar sukar dikesan pesawat udara.

Artikel dinaikkan selepas mendapatkan kebenaran asal penulis, @Marchfoward di Twitter beliau. 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.