Air, Tanah, Api, Angin.
Dahulu, keempat-empat bangsa hidup bersama dengan aman. Tetapi, segala berubah kerana Bangsa Api menyerang. Hanya Avatar, penguasa empat unsur, mampu mengalahkan mereka. Bila dunia memerlukannya, dia menghilang.
Seratus Tahun Berlalu, saya dan abang saya telah menemui Avatar yang baharu. Seorang Pelentur Angin yang bernama Aang. Walaupun kemahiran Lenturan Anginnya hebat, dia tetap perlu belajar dengan gigih sebelum bersedia menyelamatkan orang lain.
Tetapi saya percaya yang Aang boleh selamatkan dunia.
(2)
Tanah, Api, Angin, Air.
Semasa kecil, ayah saya, Avatar Aang telah memberitahu saya akan bagaimana dia dan kawannya menamatkan Perang Seratus Tahun. Avatar Aang dan Dewa Api Zuko telah menukarkan Koloni Bangsa Api kepada Republik Bangsa Bersatu, tempat di mana pelentur dan bukan pelentur seluruh dunia boleh hidup aman dan damai.
Mereka menamakan tempat tersebut sebagai Bandar Republik. Avatar Aang telah melakukan banyak jasa dalam hidupnya. Namun sayangnya, masanya di dunia telah pun tamat. Sebagaimana kitaran musim, kitaran Avatar bermula kepada yang baharu.
PENGENALAN
Sesiapa yang mengikuti rancangan “Avatar: Pelentur Angin Terakhir (ATLA)” dan “Avatar: Legenda Korra (LOK)”, pastinya anda masih mengingati kedua-dua ayat tersebut. Kedua-dua ayat tersebut masing-masing dimainkan dalam ATLA dan LOK.
Ayat (1) diucapkan oleh Katara, salah seorang watak dalam ATLA manakala Ayat (2) diucapkan oleh Tenzin, salah seorang watak dalam LOK. Untuk pengetahuan, Tenzin adalah anak lelaki kepada Katara dan Aang.
ATLA mula ditayangkan dari 21hb Februari 2005 sehingga 19hb Julai 2008 manakala LOK dari 14hb April 2012 sehingga 19hb Disember 2014. Sepanjang tayangannya, siri tersebut mempunyai peminatnya di seluruh dunia. Tidak kurang juga yang bersitikamlidah kerananya.
Szeto, Yangchen, Kuruk, Kyoshi, Roku, Aang, Korra. Itu adalah kitaran Avatar yang diketahui setakat ini. Kitaran tersebut masing-masing adalah Api, Angin, Air, Tanah, Api, Angin, Air. Kewujudannya daripada Wan-Raava pada 9829 tahun Sebelum Pembersihan Nomad Angin (9829 BG).
Dalam banyak-banyak Avatar yang ada, sesungguhnya kami iaitu penulis sangat meminati Avatar Kyoshi. Persoalannya, mengapa kami meminati Avatar Kyoshi? Artikel ini akan menjawab sedikit persoalan kita.
LATAR BELAKANG KYOSHI
Kyoshi dilahirkan pada tahun 312 BG di sekitar Kerajaan Tanah. Beliau adalah anak kepada Jesa dan Hark. Untuk pengetahuan semua, Jesa dan Hark masing-masing adalah rahib Nomad Angin dan pencuri dari Kerajaan Tanah. Justeru, Kyoshi adalah anak kacukan Tanah-Angin.
ANTARA YANG TERKUAT
Antara sebab kenapa kami meminati Avatar Kyoshi adalah beliau seorang yang kuat. Barangkali beliau adalah antara yang terkuat dalam kalangan Avatar.
Ketika zaman Avatar Kyoshi, Maharaja Chin berusaha untuk meluaskan kuasanya. Kecuali Ba Sing Se, satu persatu kawasan dalam Kerajaan Tanah telah jatuh ke tangan Maharaja Chin.
Apabila tiba di Yokoyan, Maharaja Chin menyuruh penduduk menyerah kalah. Avatar Kyoshi tidak akan berganjak dari tempat beliau dibesarkan. Dengan bantuan Raava, Kyoshi berpisah dari tanah besar Kerajaan Tanah.
Avatar Kyoshi menggunakan Lenturan Tanah untuk membelah tanah. Menggunakan Lenturan Api dan Tanah yakni Lenturan Lahar untuk meleburkan tanah. Menggunakan Lenturan Angin untuk menolak Yokoyan menjauhi tanah besar Kerajaan Tanah.
Pulau Kyoshi berjaya dibentuk untuk menyelamatkan penduduk Yokoyan daripada penceroboh.
KYOSHI SEORANG PEREMPUAN
Antara sebab kenapa kami meminati Avatar Kyoshi adalah beliau seorang perempuan. Setakat ini, Kyoshi adalah antara beberapa Avatar yang dilantik dalam kalangan orang perempuan.
Menjadi sebati dalam kalangan SEGELINTIR masyarakat yang perempuan itu seorang yang lemah. Mereka dianggap sebagai di sebalik tabir dalam sepanjang lipatan sejarah, baik dunia animasi mahupun dunia sebenar.
Kyoshi berjaya keluar daripada stigma tersebut. Kekuatan beliau dihormati dan digeruni oleh segenap pihak, baik atasan dan bawahan, lelaki dan perempuan serta sebagainya.
KYOSHI SEORANG YANG NASIONALIS
Antara sebab kenapa kami meminati Avatar Kyoshi adalah beliau seorang yang Nasionalis. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “nasionalis” ditakrifkan sebagai “orang yang mencintai nusa dan bangsanya”.
Avatar Kyoshi sangat mencintai leluhurnya sebagai warga Kerajaan Tanah. Avatar Kyoshi hidup pada zaman pemberontakan rakyat Ba Sing Se terhadap Raja Tanah. Pemberontakan tersebut berjaya diselesaikan.
Avatar Kyoshi membuat satu perjanjian dengan Raja Tanah. Perjanjian Raja Tanah adalah baginda harus mendengar suara rakyat sepanjang pemerintahannya. Perjanjian Kyoshi adalah beliau bersetuju untuk melindungi budaya Ba Sing Se daripada kerosakan.
Avatar Kyoshi telah melatih sekumpulan elit Pelentur Tanah. Akhirnya, mereka berjaya menjadi seorang yang tangkas, licik dan banyak lagi. Kumpulan tersebut dikenali sebagai “Dai Li”. Dai Li pada asalnya diamanahkan untuk menjaga budaya ibu negara Kerajaan Tanah itu.
AVATAR PALING KEJAM
Antara sebab kenapa kami meminati Avatar Kyoshi adalah beliau seorang yang sangat kejam. Kyoshi barangkali adalah Avatar yang paling kejam dalam sejarah Avatar.
Pada hakikatnya, Avatar Kyoshi sanggup membuat apa sahaja supaya dunia menjadi aman. Walaupun terpaksa mengeluarkan roh pihak lawan daripada badannya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Ini terbukti dengan Maharaja Chin. Sang penakluk Kerajaan Tanah dan penjatuh Raja Tanah. Avatar Kyoshi dianggap berjaya menyebabkan pemergian Maharaja Chin untuk selama-lamanya.
Dakwaan Avatar Kyoshi disanggah oleh penerusnya, Avatar Aang. Maharaja Chin pergi buat selamanya kerana kedegilannya dalam menjauhi kawasan yang tidak kukuh. Avatar Kyoshi menyanggahnya balik, beliau tetap akan mengeluarkan rohnya dengan paksaan walau apa cara sekalipun.
AKHIR KATA
Kesimpulannya, itu adalah antara sebab kenapa kami sangat meminati Avatar Kyoshi. Avatar Kyoshi akhirnya pergi buat selama-lamanya pda tahun 82 BG. Avatar Kyoshi berjaya hidup selama 230 tahun.
Kepada peminat Avatar Kyoshi, kenapa anda meminatinya? Kepada peminat Avatar lain, apakah sebab pilihan anda? Harap berikan ulasan anda di dalam ruangan ulasan di bawah.
RUJUKAN
Opening Sequence. Dicapai pada 23hb Julai 2020 dari https://avatar.fandom.com/
Avatar: The Last Airbender. Dicapai pada 23hb Julai 2020 dari https://avatar.fandom.com/
The Legend of Korra. Dicapai pada 23hb Julai 2020 dari https://avatar.fandom.com/
Kyoshi. Dicapai pada 23hb Julai 2020 dari https://avatar.fandom.com/
Dewan Bahasa Dan Pustaka: Nasionalis. Dicapai pada 23hb Julai 2020 dari http://prpm.dbp.gov.my/