Kenapa bila kita minum kopi, tetiba rasa macam nak kencing?

Ini adalah soalan lazim bagi peminum kopi. Kenapa bila kita minum kopi, dalam sejam macam tu kita akan rasa nak terkencing walaupun minum sedikit? Dan yang paling penting, kenapa bau kopi dalam kencing tu kuat? Apa kaitan kopi dengan kencing?

Untuk itu, kita kena faham dulu komponen kimia terkenal dalam kopi. Kafein. Tahu tak kafein ni sebenarnya sejenis dadah? Untuk sesuatu itu digelar dadah, komponen kimia itu sepatutnya mempunyai kebolehan untuk masuk campur sistem badan atau sel.

Kafein ialah sejenis bahan psikoaktif yang boleh menganggu sistem kimia otak. Kafein, sebagaimana dadah yang lain, juga boleh menyebabkan ketagihan, cuma ia dadah yang lemah dan boleh dipecahkan hati kita dengan cepat. Apabila ia dipecahkan oleh badan, ia menghasilkan bahan kimia lain seperti polyphenols yang kemudiannya dikumuhkan melalui kencing. Bahan kimia inilah yang buat bau kopi dalam kencing tu.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Selalunya dadah ini bertindak dengan menjadi pengganti atau pengacau bahan biokimia dalam badan kita. Kafein bertindak sebagai dadah dengan menampal dirinya pada reseptor kimia adenosine pada sel saraf. Benda ini terjadi kerana bentuk kimia kafein dan adenosine ni lebih kurang. Dua dua boleh melekat pada reseptor tersebut.

Sebagaimana yang pernah saya cerita dalam artikel adrenalin, setiap sel dalam badan kita mempunyai reseptor untuk tampalan kimia hormon. Tampalan adrenalin pada reseptor otot buat kita jadi kuat. Tampalan kafein pada reseptor saraf buat kimia adenosin tak boleh nak tampal pada reseptor saraf. Adenosine ni lah kimia yang buat kita mengantuk. Sebab itu bila kita minum kopi kita dapat tahan mengantuk.

Tapi, itu tak menjelaskan kenapa kita rasa nak kencing sebab minum kopi. Jadi, kafein ni ada fungsi kimia yang lain ke? Untuk itu, kita kena tengok sistem buah pinggang kita. Jumlah pengeluaran air kencing kita dikawal oleh hormon bernama ADH (anti diuretic hormone). Selalunya apabila kandungan air dalam darah sedikit, ADH akan dirembeskan, melekat pada reseptor sel buah pinggang dan air yang ditapis keluar oleh buah pinggang akan diserap kembali ke dalam darah.

Walau bagaimanapun, kafein menghalang penghasilan ADH ini, menyebabkan air berterusan ditapis keluar oleh buah pinggang menjadi air kencing. Fenomena ini kita panggil sebagai diuresis. Juga, kafein menyebabkan garam dalam pundi kencing tak mampu diserap kembali ke dalam darah. Apabila kandungan garam menjadi tinggi dalam air kencing, air dalam darah akan menjadi semakin galak diserap oleh buah pinggang untuk menstabilkan kepekatan garam dalam pundi kencing.

Fenomena ini kita panggil sebagai natriuresis dan mekanismenya sama macam nak buat ikan masin. Apabila garam ditabur pada permukaan ikan, air dalam ikan akan keluar daripada sel sel untuk menstabilkan kepekatan garam di luar. Air akan sentiasa bergerak ke arah tempat yang pekat dengan garam dan bahan terlarut.

Disebabkan ini, air kencing kita menjadi banyak dan berbau kopi.


Kalau korang berminat nak tahu lagi banyak pasal manusia, jemput baca buku GENESIS II yang meluaskan pasal asal-usul dan potensi manusia: https://bit.ly/3e1Er20

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply