Suatu ketika dahulu, K-drama sangat dikenali kerana elemen romance yang terlalu kuat. Dengan plot hanya berkisar tentang dua orang tidak sejantina tinggal satu rumah sehinggalah terbit rasa cinta, ianya sudah mampu menarik ramai orang untuk menonton K-drama.

Walau bagaimanapun, hari ini K-drama sudah jauh berubah dengan pelbagai variasi jalan cerita yang menarik. Antaranya, hal-hal berkaitan korupsi seringkali dipapar dalam K-drama sehingga mendapat rating tertinggi untuk tontonan. Sebagai contoh drama Vincenzo dan Squid Game menjadi fenomena

Persoalannya sekarang kenapa K-drama banyak bercerita tentang Korupsi?

Kita ambil contoh drama Vincenzo. Secara asasnya Vincenzo berkisarkan tentang seorang consigliere Korea-Italy yang kembali ke Korea Selatan untuk mendapatkan emas dan secara tidak sengaja terlibat dalam konflik menentang konglomerat gergasi iaitu Babel Group.

Dalam drama tersebut, kita melihat Babel Group menguasai hampir kesemua perkara di Korea Selatan seperti sistem perundangan dan ahli politik. Ada ke benda seumpama itu di Korea Selatan?

Jawapannya ada iaitu melalui menguasaan chaebol terhadap Korea Selatan. Buat pengetahuan anda semua, Chaebol merupakan syarikat yang dikawal oleh keluarga-keluarga tertentu dan miliki beberapa anak syarikat. Salah satunya adalah Samsung yang dimiliki keluarga Lee dan terdapat beberapa anak syarikat bernaung dibawahnya iaitu Samsung Electronic, Samsung Heavy Industries dan Samsung Life Insurance.

Chaebol juga bertanggungjawab mengubah kadar eksport Korea daripada 4% kepada 40% hingga menyebabkan purata pendapatan rakyat Korea meningkat dengan mendadak. Walau bagaimanapun, semua ini perlu dibayar dengan mahal kerana chaebol menjadi terlalu berkuasa. Buktinya, mendiang Lee Kun-Hee semasa mememang jawatan pengerusi Samsung pernah disabitkan kesalahan atas tuduhan rasuah dan dikenakan hukuman penjara. Namun tidak sampai setahun dipenjarakan, dia telah dibebaskan setelah presiden Korea ketika itu Lee Myung-bak memberi kemampunan.

Perkara seumpama ini kita dapat lihat dalam drama Vincenzo, apabila pengerusi Babel yang banyak lakukan kejahatan masih tidak ditangkap. Dia hanya ditangkap atas kesalahan yang remeh dan kembali dibebaskan tidak lama selepas itu.

Di samping itu,  kita boleh lihat pertempuran antara firma guaman Jipuragi dan Wusang. Dalam babak awal drama itu, kita melihat Jipuragi sering kali kalah dengan Wusang di mahkamah ekoran cara kotor yang dimainkan.

Situasi ini sebenarnya sedang terjadi di Korea melalui simbolisme Jipuragi sebagai perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta Wusang sebagai chaebol. Hal ini dapat dibuktikan dengan kesukaran SME untuk bersaing terutamanya dalam sektor yang dikuasai oleh Chaebol. Bayangkan sahajalah, chaebol sanggup menawarkan produk dengan harga cukup murah untuk pastikan SME terus terkubur. SME pula tidak mampu melawan dalam peperangan harga sehingga akhirnya terpaksa mengalah.

Selain itu, perkara berkaitan korupsi juga kita boleh lihat dalam drama Squid Game. Secara asasnya Squid Game bercerita tentang seorang lelaki yang miliki banyak hutang pergi menyertai permainan tradisional Korea untuk mendapatkan wang kemenangan.

Benda paling penting yang dipaparkan oleh drama ini adalah kos sara hidup di Korea begitu tinggi. Buktinya, watak utama bersama emaknya terpaksa tinggal di rumah yang sungguh kecil dan hanya bergantung kepada jualan sayur-sayuran sebagai pendapatan sampingan.

Secara realitinya purata kos hidup di Korea untuk seorang adalah sekitar $1411 sahaja. Kalau duduk berdua seperti dalam drama Squid Game pasti jumlahnya akan jadi dua kali ganda. Rumah paling murah yang boleh disewa pula berharga sekitar $265.60 dengan apartment kecil satu bilik.

Dengan kadar sewaan yang agak tinggi menyebabkan rakyat Korea terpaksa menanggung bebanan hutang. Sebagai contoh watak utama dalam Squid Game menanggung jumlah hutang yang tidak masuk akal.

Apa yang dipaparkan itu benar kerana rakyat Korea hari ini menanggung hutang yang melebihi keluaran dalam negara kasar (KDNK). Kenapa rakyat Korea suka berhutang?

Sebenarnya nak dapatkan pinjaman bank di Korea amatlah mudah tetapi perlu membayar bunga setinggi 4%. Apa yang menjadi masalahnya adalah ramai rakyat Korea membuat hutang di atas hutang. Bermakna mereka bikin hutang baru untuk bayar hutang lama. Jadi masalah hutang ini tidak akan pernah selesai.

Tambahan pula watak orang kaya yang ditonjolkan dalam drama Squid Game cukup memberitahu pengagihan kekayaan adalah tidak seimbang. Mereka sepatutnya boleh gunakan wang itu untuk membantu golongan marhaen. Namun mereka lagi gemar melihat marhaen tersiksa untuk mendapatkan wang itu sebagai hiburan.

Kesimpulannya, bolehkah kita katakan masalah korupsi di Korea sangat teruk dan mencapai tahap kleptokrasi di sebuah negara Asia Tenggara?

Kalau benar korupsi di Malaysia paling teruk di dunia, kenapa industri seni kita tidak hasilkan lebih banyak karya yang mengkritik korupsi?

RUJUKAN:

90 Day Korean. (2021, November 9). What is the cost of living in Korea? – Seoul & other cities. Dipetik daripada https://www.90daykorean.com/cost-of-living-in-korea/

Mccury, J. (2021, Oktober 8). Squid Game lays bare South Korea’s real-life personal debt crisis. The Guardian. Dipetik daripada https://www.theguardian.com/world/2021/oct/08/squid-game-lays-bare-south-koreas-real-life-personal-debt-crisis

Mohamad Azim. (2021, Julai 10). Siapa cakap negara Korea tak korup? The Outlook. Dipetik daripada https://theoutlook.asia/siapa-cakap-negara-korea-tak-korup/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.