Moving Forward As One

Kenapa Joseph Stalin Kusyuk Cium Pedang Hadiah Raja Britain?

1,830

Tehran menjadi bandar paling penting di dunia pada 28 November 1943. Ramai berada dalam keadaan tertanya-tanya, hairan dan agak bimbang. Mereka kurang senang melihat angkatan keselamatan begitu ramai di pusat bandar.

Ada benda besar sedang (atau akan) berlaku. Sudah pasti mereka tidak tahu tentang kedatangan seorang pemimpin besar. Beliau tiba di Tehran tiga hari sebelumnya, menjalankan kerja demi negara yang sedang menghadapi ujian paling besar.

Pemimpin ini bernama Joseph Stalin. Dan beliau bertemu dengan Franklin D. Roosevelt dari Amerika Syarikat dan Winston Churchill dari United Kingdom pada hari penting itu.

Dari kiri: Stalin, Roosevelt, dan Churchill.

Tujuan mereka ke Tehran adalah kerana “Eureka”. Banyak benda mereka perlu bincang. Tetapi asasnya, Persidangan Tehran ini menandakan persepakatan antara tiga negara ini untuk menewaskan Jerman.

Perjumpaan ketiga-tiga pemimpin Sekutu ini menjadi kesempatan sangat baik untuk Raja British. George VI mungkin kagum dengan semangat rakyat Soviet.

Lalu baginda memberi amanat kepada Churchill. Tanpa pengetahuan Stalin, pihak British membawa hadiah ke Tehran… khas untuk Stalin daripada baginda sendiri.

Hadiah ini mengandungi ukiran: “Kepada rakyat Stalingrad yang berjiwa besi. Hadiah daripada Raja George VI. Tanda penghormatan daripada rakyat British.”

Ia merupakan sebi.lah ped.ang yang sangat mewah. Pemegangnya dihias dengan emas 18 carat, dengan sebutir batu kristal. Besinya pula dibuat daripada logam Sheffield, dengan hiasan sampingan selayak daripada seorang raja.

Churchill menyerahkan hadiah ini kepada Stalin di hadapan Roosevelt, selepas lagu God Save the King dan The Internationale.

Stalin mengucup sarung pe.dang ini yang diperbuat daripada kulit biri-biri (atau mungkin kulit Morocco), dengan lafaz penghargaan.

Kemudian beliau menghulurkan ped.ang ini untuk diperiksa Roosevelt, secara rasmi.

Jiwa Besi Semangat Waja

Apa yang berlaku di Stalingrad sememangnya tidak dapat dimaafkan. Jerman membawa 1.04 juta anggota dengan 500 kereta kebal dan 1,600 kapal terbang untuk berper.ang dengan sebuah hub perindustrian besar Soviet.

Dalam masa enam bulan, pertembungan Jerman dan Soviet telah menyebabkan kecela.kaan yang tidak terbayang. Bermula 22 Jun 1941, Jerman melancarkan sebuah operasi yang gagal.

Operasi ini sepatutnya menundukkan Kesatuan Soviet sekali jalan. Pihak Soviet berjaya menangkis ser.angan Jerman, tetapi pada awalnya kehilangan Belarus dan Ukraine.

Stalingrad menjadi kiblat besar Jerman. Kota ini mempunyai nama Joseph Stalin. Walaupun bukan Moscow atau Leningrad, kejatuhan kota ini boleh memberi kesan buruk terhadap imej kerajan Soviet.

Jerman mahu membµnµh semua populasi lelaki Stalingrad, selepas menang. Wanita pula akan dihalau keluar, untuk menghilangkan sisa-sisa komunis di bumi tersebut (Burleigh, 2001).

Impian Jerman hanyalah angan-angan sahaja. Stalingrad bangkit menentang pendatang tidak diundang ini. Kerajaan Soviet melancarkan Operasi Uran yang memµtµskan laluan bekalan makanan dan pelµrµ untuk Jerman. Georgy Zhukov membuka ser.angan terhadap angkatan Hungary dan Romania terlebih dahulu. Tanpa dua pelindung ini, angkatan Jerman terdedah habis (Beevor, 1998).

Bermula 23 November 1942, Jerman masih mengepµng Stalingrad… dengan angkatan yang dikepµng Soviet. Mereka tidak boleh berundur, mahupun mara ke Stalingrad.

Mercu tanda di Stalingrad, iaitu sang buaya dikepµng makanan sendiri.

Strategi ini membuahkan hasil dua bulan kemudian. Jerman kehabisan semua bekalan untuk berper.ang. Soviet pun berkali-kali menyatakan syarat kepada

Marsyal Friedrich Paulus: jika serah kalah dalam masa 24 jam, Paulus akan diberikan 1) jaminan keselamatan untuk semua taha.nan, 2) rawatan kepada yang sa.kit dan terce.dera, 3) makanan kepada semua dan 4) penghijrahan ke mana-mana negara yang mereka mahu (selepas peper.angan).

Tetapi Paulus percaya bahawa Soviet akan membµnµh setiap orang yang menyerah kalah.

Paulus tidak menyerah kalah sampai sudah. Sebaliknya, beliau ditang.kap angkatan Soviet pada 31 Januari 1943. Tanpa Paulus sebagai ketua, unit-unit Jerman mula terbµ.rai satu demi satu. Dan akhirnya, Soviet membebaskan Stalingrad daripada ceng.kaman Jerman… dan mula mara ke Barat hinggalah kota Berlin berjaya ditundukkan.

Sempena kemenangan Soviet di bumi sendiri, Raja George VI mengurniakan hadiah sebi.lah ped.ang sebagai tanda penghormatan kepada semua rakyat Stalingrad.

RUJUKAN:

Beevor, A. (1998). Stalingrad. Viking. Halaman 239.

Burleigh, M. (2001). (Tajuk tidak dapat dinyatakan kerana saringan ketat Facebook). Halaman 503.

Ruangan komen telah ditutup.