Jokowi menjadi ketua negara/kerajaan bukan Eropah pertama yang berjumpa dengan kedua-dua Putin dan Zelenskyy sejak permulaan konflik Rusia-Ukraine. Luar biasa? Luar biasa. Dan kenapa Jokowi berbuat demikian?

Dalam perjumpaannya dengan Zelenskyy dan Putin, Jokowi telah mengajak kedua-dua negara melakukan gencatan senjata. Walaupun tidak realistik bagi kedua-dua negara berdamai serta-merta, tapi Rusia memberi respon positif dengan membuka jalan laut bagi eksport gandum Ukraine.

Bukan semua negara mampu buat apa yang Indonesia tengah buat. Kena ada kredibiliti tertentu yang membolehkan kedua-dua Ukraine dan Rusia “bagi muka”. Terutamanya Rusia. Putin akan tanya “kau siapa? Kenapa aku kena layan kau, dengar cakap kau?”

Dan sejak kebelakangan ini Putin ada satu perangai pelik. Masa berjumpa dengan pemimpin negara Barat yang dia tak berapa kenan (macam presiden Perancis), dia akan suruh duduk di hujung meja yang panjang. Ketua UN pun selamba dia layan macam tu.

Putin bersama Macron.

Jokowi tak diberi layanan sebegitu rupa, maksudnya Indonesia ada dalam “good book” Rusia. Indonesia ada dalam “good book” Rusia sebab (1) Indonesia tunjuk neutral dari awal konflik sampai sekarang, dan (2) Indonesia adalah “potential superpower” yang tengah bangkit.

Duduk dekat bersama Jokowi.

Kalau Singapura mungkin tak dapat. Sebab Singapura awal sangat tunjuk pendirian dia dengan kecam dan sekat Rusia, walaupun Singapura coba project imej neutral dalam komuniti antarabangsa. Akhirnya masuk “bad book” Rusia.

Peta “Bad Book” Rusia

Bukan kata Rusia tak patut dikecam atau kita tak patut bersolidariti dengan Ukraine. Cuma politik dunia ini realistik. Kita kena berhikmah dalam berinteraksi dengan kuasa besar kalau kita cuba mempengaruhi kuasa-kuasa besar ini.

Dalam dasar luar Indonesia ada satu prinsip yang dipanggil “mendayung di antara dua karang”. Indonesia ni ibarat orang yang tengah mendayung sampan, cuba elakkan sampan daripada langgar batu karang (kuasa besar) yang timbul di permukaan laut.

Gambaran dasar luar negara Indonesia.

Kena pandai “balance” dalam mendayung, baru Indonesia dapat menjadi negara yang “bebas aktif” dan berupaya menentukan agenda politik dunia. Lawatan Jokowi kali ini pun bukan semata-mata nak “mendonia” atau saja nak tunjuk Indonesia hebat, tapi juga bertujuan untuk menyelamatkan persidangan G20 yang akan diadakan di Bali pada November. G20 adalah persidangan tahunan 20 buah negara/blok yang merupakan ekonomi terbesar dunia. Ada US, China, EU, Jepun, Jerman, India, UK, Perancis, Kanada, Itali, Brazil, Korea Selatan, Australia, Mexico, Indonesia, Saudi, Turki, Argentina, Afrika Selatan dan juga Rusia.

Di peringkat awal konflik, negara-negara blok Barat ni duk beri tekanan kepada Indonesia untuk larang Rusia daripada menghadiri G20 kali ni. Kalau tak ada Rusia, G20 jadi G19 lah. Disebabkan ada 20 buah ahli, satu negara hanya dapat jadi tuan rumah G20 setiap 20 tahun. Kalau Indonesia nak jadi tuan rumah sekali lagi, kena tunggu tahun 2042.

Jokowi pula nak menjadikan G20 ni antara legasinya sebelum penggalnya tamat pada 2024. Pelbagai persediaan dibuat bagi menonjolkan imej Indonesia sebagai kuasa yang tengah bangkit. Jadi Jokowi tak nak konflik ni kacau “once in a lifetime moment” Indonesia. Daripada duk dengar negara Barat ni ajar apa yang Indonesia patut buat, tak patut buat, lebih baik Jokowi ambil inisiatif untuk jadi pendamai antara Ukraine dan Rusia.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Samada Ukraine dan Rusia berdamai atau tidak, itu soal kedua. Yang penting Jokowi telah memberi mesej bahawa Barat tak boleh dictate Indonesia untuk memulaukan Rusia. Malah Jokowi turut menjemput Ukraine ke persidangan G20. Dan selepas 3 bulan konflik, negara-negara Barat ni pun dah mula merasai “fatigue”. Konflik juga membawa kepada inflasi paling teruk sejak 1970an (akibat Revolusi Iran 1978-1979). Jadi diorang pun merestui pendekatan Indonesia.

Untuk masa ini, Ukraine dan Rusia masih sukar untuk berkompromi, tapi keadaan mungkin berubah apabila nak dekat November nanti. Kalau Rusia dan Ukraine berjaya mencapai gencatan senjata by that time dan kedua-dua Rusia dan Ukraine hadir G20 sebagai pertunjukan “goodwill”, memang Indonesia win habis.Kalau tak, Indonesia pun tak rugi apa. Indonesia dah berjaya project imej dan pengaruhnya dalam diplomasi kuasa-kuasa besar.
Dulu masa US baru bangkit sebagai kuasa besar pada awal abad ke-20, US pun cuba project imej negara yang neutral dan boleh go along dengan semua kuasa-kuasa lain, sehingga menjadi pendamai antara Rusia dan Jepun yang berperang dari tahun 1904 hingga 1905.

Gambaran Theodore Roosevelt mendamaikan Meiji dan Nicholas.

Selepas kuasa-kuasa besar tua seperti UK, Jerman dan Perancis terjebak dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua dan musnah sama-sama, baru US mengisi vakum kepimpinan dan muncul sebagai superpower nombor satu dunia.

Adakah Indonesia akan berjaya bangkit sebagai superpower? Nantikan ulasan aku dalam buku ADIKUASA.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply