Kenapa Jersi EPL Ada Logo Bunga Semalam?

905

Peminat-peminat bola sepak Inggeris pastinya kerap nampak bunga popi merah ni tersemat di jersi ketika perlawanan antara kelab berlaku sekitar november, saban tahun. Bunga popi merah tu tak lain bermaksud sebagai peringatan, sebagai ingatan semula – pada semua yang telah terkorban akibat p3rang, sejak 101 tahun yang lepas.

Ya, kerajaan UK khasnya dan negara-negara komanwel amnya meraikan ‘Remembrance Day’ pada setiap 11 November, sejak tamatnya p3rang dunia pertama (WW1) sehinggalah sekarang. Popi merah melambangkan pengorbanan dan pertumpahan darah mereka yang terlibat ketika p3rang tersebut, dengan harapan bahawa itulah p3rang yang terakhir dunia hadapi, tetapi sejarah membuktikan sebaliknya.

Popi merah dilambangkan sebagai pengingat keamanan kerana banyaknya bungaan liar ini tumbuh di sekitar perancis dan belgium, tempat berlakunya WW1 di antara Kuasa Pusat (Jerman & Austria-Hungary) dan Pihak Bersekutu (British & Perancis).

Bukan sikit rakyat antara dua pihak yang terkorban ketika p3rang tersebut, melebihi kebanyakan p3rang lain. Tapi peringatan sebegini tak cukup untuk menghentikan p3rang-p3rang selepasnya, malah tetap berlaku juga.

Malaysia juga punya hari peringatan sebegini, dipanggil Hari Pahlawan yang disambut setiap 31 Julai. Juga disambut demi memperingati pengorbanan setiap rakyatnya yang sanggup mencekah senjata, melawan musuh durjana, tidak kira anasir luar mahupun kitol dalaman yang berleluasa.

Sama-sama kita hargai pengorbanan mereka yang telah tiada. Tanpa mereka, keamanan hari ni takkan dirasai kita bersama.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.