Moving Forward As One

Kenapa Jepun Ketegaq Nak Buat Olimpik Juga?

6,406

Olimpik Tokyo 2020 asalnya dijadualkan pada 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tapi ditundakan atas sebab penularan COVID. Setahun dah berlalu, COVID masih belum reda, malah Jepun tengah mengalami gelombang ke-4.

Jangkitan juga berlaku di kalangan rombongan atlet (106 kes), dikhuatiri akan mencetuskan gelombang jangkitan baharu selepas rombongan ni pulang ke negara masing-masing (naudzubillah).

Habis tu kenapa tak cancel atau tangguh lagi?

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Hanya Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ada kuasa cancel Sukan Olimpik. Kalau negara penganjur nak cancel secara unilateral, itu dikira melanggari perjanjian dan semua kerugian akan ditanggung oleh negara penganjur sendiri.

Dalam sejarah, Olimpik hanya pernah cancel pada 1916, 1940 dan 1944, semua semasa P.erang Dunia Pertama (1914-1918) dan Kedua (1939-1945).

Dan untuk kali ini, IOC ketegaq tak nak cancel sebab COVID dianggap tak sebahaya p.erang. Ini menjadikan Thomas Bach, pengerusi IOC sebagai orang yang paling dibenci di Jepun pada saat ini.

Sebenarnya IOC pun ada pertimbangan dia juga. Dari segi kebajikan atlet, cancel atau tunda akan menjejaskan karier berpuluh ribu atlet. Selagi boleh buat, memang kena buat.

Kerajaan Jepun sendiri pun tak ada “political will” untik cancel atau tunda. Penundaan dari 2020 ke 2021 dah mendatangkan berbilion-bilion kos tambahan. Ketiadaan penonton asing bermaksud sektor rantaian seperti penerbangan, perhotelan dan pelancongan tak akan dapat untung.

Dah sah rugi, takkan nak tanggung lagi kos tambahan. Alang-alang dah invest, buat je lah.

Jadi dari sudut pandang kerajaan Jepun, ditelan pahit dibuang sayang. The show must go on.

Dalam kajian ekonomi, ini dipanggil “sunk cost fallacy”.

Perseturuan geopolitik antara Jepun-China juga mempengaruhi pertimbangan kerajaan Jepun. Olimpik Musim Sejuk akan diadakan pada tahun depan di Beijing. Jadi Jepun tak kan nak nampak lemah di depan China, walaupun memang nampak kelam-kabut dan tak terurus Olimpik kali ini.

Niat asal Jepun nak jadi tuan rumah Olimpik 2020 adalah untuk menunjukkan “Japan Is Back”, selepas 20 tahun (1993-2013) ketidakstabilan politik dan ekonomi yang dikenali sebagai “Lost 20 Years” atau 失われた二十年 (Ushinawareta Nijuunen).

Jepun mula menampakkan pemulihan di bawah pemerintahan Shinzo Abe (2012-2020). Jadi Abe cuba nak guna Olimpik untuk mewujudkan “feel-good factor” di kalangan orang Jepun.

Orang Jepun masih bernostalgia dengan Olimpik Tokyo 1964. Waktu tu Jepun menjadi negara Asia pertama yang menganjurkan Olimpik, dan Olimpik kali itu adalah satu kejayaan yang dipuji dunia. Itu membantu Jepun pulih daripada trauma WW2.

4 tahun selepas Olimpik 1964, Jepun memintas Jerman Barat menjadi ekonomi kedua besar selepas US.

Jadi Abe nak guna Olimpik 2020 untuk membolehkan Jepun “bangkit” sekali lagi. Tapi siapa pun tak sangka COVID melanda tepat pada 2020. Ekonomi kembali negatif, Abe pun stress sampai letak jawatan.

Dalam metafizik Asia Timur, ada sesuatu dipanggil 国運 (“kokuun”), yang boleh diterjemahkan sebagai “fortune” negara. Apabila kokuun tengah 隆盛 (“ryūsei”, mengembang), buat apa pun boleh berjaya.

Tapi kalau kokuun tengah 衰退 (“suitai”, merosot), berusaha keras macam mana pun akan gagal. Keadaan Jepun sekarang membuat orang hairan adakah ia telah kehabisan kokuun.

Ruangan komen telah ditutup.