Kadangkala jalan mudah sesak (jammed) walaupun di depan tiada kemalangan, tiada kereta masuk dari lorong lain atau tidak hujan. Apabila jalan mula tak sesak, kita pelik kenapa awal² tadi boleh sesak sedangkan tak ada apa-apa pun.

Ini fenomena “phantom jam” disebabkan hanya kereta terlalu banyak.

Apabila kereta banyak, satu cara untuk pastikan kereta berjalan lancar ialah dengan memastikan setiap kereta kekalkan kelajuan yang sama dan berada dalam jarak optimum (tak terlalu dekat atau jauh) antara kereta lain.

Kalau kereta semua ikut rapat², dan satu kereta mula perlahan tiba², akan mengakibatkan kereta² di belakang pun akan ikut perlahan, lalu mengakibatkan kesesakan. Lebih kurang macam kesan domino.

Memperlahan kereta tiba-tiba boleh berlaku disebabkan oleh banyak faktor seperti memotong, ada orang nak masuk lorong dan sebagainya. Kalau kereta banyak, tak sesuai sebenarnya memotong kerana akan bertambah sesak dan berlakunya “phantom jam”.
Ada kemalangan di seberang jalan pun boleh akibatkan “phantom jam”. Lorong anda tak ada kemalangan, tapi lorong sebelah sana ada kemalangan. Mesti ada yang perlahankan kereta tiba-tiba sebab nak ambil gambar. Macam gampang.

Baru satu kereta. Kalau banyak kereta macam ini? Bertambah teruk kesesakannya.
Menariknya, ada kajian dibuat, cuma semut sahaja yang dapat elakkan “phantom jam” ini. Dalam satu lorong kecil, semut dapat bergerak dengan lancar walaupun mereka banyak.
Sebabnya apa? Sebab mereka mempunyai tujuan yang sama, mereka bekerjasama dan ada koordinasi.

Manusia tak sebegitu. Setiap individu di atas jalan raya mempunyai tujuan masing², mempunyai kecemasan masing² dan kita berkecenderungan mementingkan diri sendiri di atas jalan raya.

Yang penting urusan aku selesai dulu, urusan orang lain boleh pergi mampus.
Ada orang cakap, kalau semut pandu kereta, kesesakan pun berlaku. Tak betul kerana manusia yang tak pandu kereta pun boleh sesak macam nak keluar stadium dan keluar masjid waktu solat Jumaat. Asasnya pandu tak pandu, kalau perangan pentingkan diri, memang sesak gamaknya.

Maka, nak selesaikan masalah trafik ini sebenarnya semudah mengurangkan penggunaan kenderaan peribadi dan banyak gunakan pengangkutan awam terutamanya kereta api. Sebab apa?

Sebab kereta api dapat bawa individu² pentingkan diri ini dalam satu koordinat yang tersusun.

Kau nak cepat ke, kau ada kecemasan ke, kau nak rilek ke, pergi mampus sebab semua orang bergerak dalam satu kelajuan yang sama.

Tapi itulah, pengangkutan awam kita pun tak efisyen seperti di Jepun. Nak tunggu pun sampai 30 minit. Bergerak pun paling laju 30 km/j.

Sebab itulah ramai lebih suka naik kenderaan sendiri. Tapi kalau efisyen, kesesakan jalan raya dapat dikurangkan sebab orang akan prefer kenderaan awam. Kenderaan atas jalan raya makin kurang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.