Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) baru sajaisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik, lambat seminggu daripada Jerman. Kalau baca kat media antarabangsa kena kecam teruk WHO ni.

Ada satu komen yang aku baca best: “WHO dulu bagitau benda yang orang tak tahu, WHO sekarang bagitau benda yang orang dah lama tahu”.

Dulu bila orang bersiap siaga, membawa pulang rakyat masing-masing dari Wuhan, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, “WHO does not recommend the evacuation of nationals” (28 Januari). Sekatan penerbangan ke dan dari China? “WHO does not recommend any travel or trade restriction” (30 Januari).

Then bila dah jadi pandemik, apa pula Tedros cakap tadi? “We’re deeply concerned by the alarming levels of inaction”. Maksudnya, “kenapa korang rileks sangat?” Hok aloh, dia yang suruh orang jangan “overreact” dulu (ye memang dia sebut macam tu). Apa lah bala dapat ketua WHO macam ni.

Jumlah orang yang menandatangani petition minta Tedros resign pun dah cecah 460,000. Nak faham kenapa orang bengang dengan Tedros dan kenapa Tedros tak konsisten u-turn sini sana, boleh baca ni: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10212683319797516. Tapi kat Malaysia jangan lah berani persoalkan WHO, nanti kena label “palatau” oleh “public health experts”, aku tak tanggung oh.

Keadaan di China dah reda. Xi Jinping pun dah berani jejak kaki ke Wuhan. China basically dah boleh “cuci tangan” daripada penularan COVID. China will comeback stlonger. Giliran China pula marah orang luar “bawak masuk” virus. Pulak doh, dunia dah terbalik.

Negara yang menjadi pusat penularan baharu ialah Itali, Iran dan Korea Selatan. Tiga-tiga baru kena black list dengan Malaysia semalam. Sehingga kini, 12462 kes dah dilaporkan di Itali, 827 maut. 9000 kes di Iran, 354 maut. 7869 di Korea Selatan, 66 maut. Sementara itu Perancis (2281 kes), Sepanyol (2277) dan Jerman (1966) ikut rapat di belakang.

Malah dari segi “severity”, tiga negara ni lagi teruk berbanding China. Jumlah jangkitan di China 80796, kalau dibanding dengan jumlah penduduknya, “hanya” 56 daripada 1 juta orang terjangkit. Angka itu kalau di Itali akan jadi 206, di Iran 107, di Korea 153. China “lockdown” bandarnya, Itali terpaksa lockdown seluruh negara bermula 9 Mac.

Tapi kenapa tiga negara ini? Kenapa bukan Vietnam, bukan Taiwan, bukan Mongolia? Malah kes di Vietnam dan Taiwan tak sampai 50, kat Mongolia baru 1 kes, padahal tiga-tiga negara ni negara jiran China yang berkongsi sempadan dengan China.

“Public health” tak dapat memberi jawapan sepenuhnya. Faktor-faktor macam budaya orang Itali yang degil tak nak pakai mask dan suka lepak di coffee bar terbuka di waktu wabak tengah menular menambah teruk keadaan, tapi apa yang lebih fundamental ialah hubungan negara-negara ini dengan China, epicenter COVID yang asal.

Kawasan Itali yang paling teruk kena COVID ialah Lombardy di utara Itali. Apa yang special pasal Lombardy ni ialah ia tempat terletaknya Milan, bandar fesyen tersohor dunia yang terkenal dengan jenama-jenama glamer macam Armani, Prada, Versace dan Zegna. Milan Fashion Week 2020 pun baru je diadakan pada 21-24 Februari, ngam-ngam sebelum penularan COVID jadi kritikal.

Dan mungkin ramai tak tau, kilang-kilang jenama fesyen ni banyak pakai pengilang dan pekerja China. Dan kebanyakan golongan ni berasal dari Wenzhou, China. Rom pun ada ramai Cina, tapi Cina kat Rom kebanyakannya imigran tetap (rakyat Itali), bukan macam Cina Lombardy yang merupakan imigran sementara yang masuk Itali untuk bekerja. Itali selatan “selamat” sebab tak ramai warga China.

Disebabkan tak ada kes di Itali, kerajaan Itali pun tak ada nak sekat pergerakan warga China ni. So masa CNY (25-26 Januari), sempat lah pekerja-pekerja Wenzhou ni balik kampung diorang kat Wenzhou. Selepas diorang balik ke Wenzhou dan pulang ke Itali, baru kerajaan China lockdown Wenzhou pada 2 Februari. Damn.

Pada 30 Januari, kes pertama dikesan di Itali. Pada 31 Januari, baru Itali umum sekatan penerbangan ke dan dari China. Tapi dah terlambat lah kot, orang-orang Wenzhou ni pun dah balik ke Lombardy. Untuk selama 3 minggu, jumlah kes dapat maintain kat angka 3. Tapi selepas Milan Fashion Week, terus wabak mengamuk.

23 Februari, 79 kes. 26 Februari, 400, 29 Februari, 1128. 6 Mac, 4636.

Sama juga dengan Iran. Penularan COVID bermula di Qom, dan menurut Minou Mohrez, pegawai Kementerian Kesihatan Iran, ia berpunca daripada pekerja China di situ. Qom ialah salah satu hab penting dalam perancangan “Belt and Road” China, dan pekerja China di situ diupah untuk projek pembinaan HSR yang menghubungkan Tehran, Qom dan Isfahan. HSR belum siap, virus dah sampai dulu ke tiga-tiga bandar ni.

Disebabkan China ialah rakan terpenting Iran, lagi-lagi selepas US mengenakan sekatan ke atas Iran pada tahun 2018, jadi Iran memang lambat bertindak dalam membawa pulang warga Iran di China dan menyekat penerbangan dari dan ke China. Sama macam Itali, 31 Januari. Tapi orang dah selamat pergi selamat pulang.

Pada 19 Februari, 2 kes pertama disahkan di Qom. 25 Februari, 95. 27 Februari, 245. 1 Mac, 593. 4 Mac, 2922.

Di Korea, everything nampak under control pada mula-mula. Setakat 27 Januari pun hanya 4 kes saja yang dilaporkan. Tambahan pula Presiden Moon Jae-in memang seorang yang pro-China yang memang tak menggalakkan sekatan penerbangan dari dan ke China. Tu satu hal.

Satu lagi yang buat hal ialah Gereja Shincheonji. Shincheonji ni gereja Kristian yang bukan ortodoks (kalau Kristian mainstream panggil diorang sesat) yang berpusat kat Daegu. Ada ahlinya yang pernah pergi ke Wuhan, tapi pihak gereja kata jangan bimbang dan teruskan dakwah. Maka dengan itu virus disebarkan ke seluruh Daegu dan dari Daegu ke seluruh Korea Selatan.

21 Februari, 204 kes. 23 Februari, 602. 25 Februari, 893. 29 Februari, 2931.

Sementara itu pendirian anti-China negara-negara macam Vietnam dan Taiwan tetiba jadi “blessing in disguise” dalam pandemik kali ini. Disebabkan hubungan tegang diorang dengan China, diorang tak banyak kerjasama ekonomi dengan China, tak ada beban dari segi takut menyinggung perasaan China, jadi lebih berani mengambil tindakan yang lebih tegas menyekat kemasukan warga China dari awal-awal untuk mencegah penularan virus.

Tapi sekarang nak cakap apa pun tak guna dah. China dah out of the picture, sekarang virus dah disebarkan melalui tiga negara ini ke negara-negara lain. 108 daripada 193 negara anggota PBB dah disahkan ada kes COVID, tidak termasuk Hong Kong, Macao, Taiwan, Palestin dan Vatican yang bukan negara PBB.

Di dunia tanpa tembok kita ni, tak ada tempat lah yang korang boleh lari daripada benda-benda macam ni. Dan selepas kes ni reda, kita akan menyaksikan sentimen anti-globalisasi yang lebih hebat.

Penularan COVID di tiga negara ni berlaku pada time kita semua tengah sibuk siapa jadi PM. Lepas settle baru semua buat-buat terkejut kenapa kes tiba-tiba naik. Semua orang nak kaitkan drama seminggu tu dengan cerita Game of Thrones konon. Betul lah macam GOT: sementara semua House sibuk merebut Iron Throne, “the army of the d3ad” dah bermara ke Westeros. The army of the d3ad tu COVID lah. Nak sangat GOT kan.

So cukup-cukup lah dengan politicking yang tak akan selesai, prioritizekan survival. Berikan kerjasama sepenuhnya kepada KKM, mematuhi arahan dari semasa ke semasa. Kurangkan juga status angkuh yang konon COVID ni balasan kepada orang kafir yang perlekehkan cara hidup Islam (konon). Tengok sekarang even Tabligh pun kena.

Time-time macam ni lebih baik aware, beware and be prepared. Tak terlalu panik dan paranoid, dan juga tak terlalu sambil lewa, rileks dan ketawakan orang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.