Teknologi vaksinologi sudah berkembang maju bagaikan memasuki zaman keemasan. Sekarang ini sebuah vaksin boleh diperolehi dalam masa yang singkat.

Beguk memiliki vaksin hanya dalam tempoh empat tahun. Dana beratus juta membolehkan Pfizer sediakan vaksin COVID-19 dalam masa sembilan bulan. Jadi persoalannya – kenapa Human Immunodeficiency Virus (HIV) masih tiada vaksin?

Persoalan ini memang benar. HIV sudah dikenalpasti sejak 18 Mei 1981. Kes-kes terawal terdiri dariapda sebuah kluster pen4g1h d4d4h dan lelaki yang pernah mengamalkan hubungan h0m0s3ksu4l.

Keratan akhbar yang melaporkan HIV.

Ketika itu nama untuk HIV pun tiada – sampai media menyebut GRID (g4y-related immune deficiency) untuk memahami virus baru ini (Altman, 1982).

Kemudian CDC menukar nama “Peny4k1t 4H” kerana empat kategori cenderung terkena GRID – H0m0s3ksu4l, pengguna Her01n, pengh1d4p Hemofilia dan bangsa Haiti.

Masa pun berlalu. Daripada GRID ke 4H, akhirnya nama HIV diberikan. Jika dibiar lama, HIV menyebabkan AIDS. Itulah lumrah yang masih kekal pada hari ini, tanpa vaksin atau ubat untuk mencegah dan merawat.

Persepsi negatif HIV hari ini sudah beralih. Kerana seorang isteri yang setia pun boleh dij4ngk1t1 HIV, jika suaminya menerima d4r4h daripada seorang pengh1d4p.

Untuk pengetahuan semua, HIV sebenarnya merupakan sebuah virus yang mempunyai kepelbagaian dari segi genetik.

Apabila dij4ngk1t1 daripada orang lain, HIV mampu bermutasi dan menjalankan kerja dalam masa 24 jam sahaja (Cichocki, 2020).

Hari ini saintis mengenalpasti 60 jenis (strain) HIV di dunia. Jadi misi untuk membuat sebuah vaksin untuk mencegah 60 jenis HIV sememangnya mustahil (buat masa sekarang).

Gambaran jenis HIV.

Perlu ingat – vaksin mencegah, bukan merawat. Dan pencegahan pula boleh dibuat dengan cara rawatan. Sebagai contoh, tozinameran ialah vaksin COVID-19 yang dibuat gandingan Pfizer dan BioNTech. COVID-19 boleh dij4ngk1ti dan juga dirawat. Tetapi HIV masih belum boleh dirawat.

Untuk menjalankan sebuah eksperimen bagi memperolehi vaksin buat 60 jenis HIV memanglah berisiko tinggi – kerana sukarelawan perlu disuntik calon vaksin dan kemudian didedahkan pada HIV. Kalau berjaya, breakthrough. Kalau gagal, mana boleh rawat.

Dan sememangnya misi pembuatan vaksin ini akan gagal. Sesuatu vaksin memerlukan sebuah sistem imunisasi yang baik untuk bertindakbalas. Dalam kes HIV, imunisasi sendiri sudah teruk terjejas.

Asasnya, sejenis sel bernama Sel-T akan rangsangkan antibodi untuk melawan peny4k1t. HIV pula meny3r4ng Sel-T dan membvnvh sebarang potensi untuk mengeluarkan antibodi.

Kemudian masalah paling besar sekali. HIV sukar dih4pvskan daripada badan. COVID-19 mempunyai waktu menunggu selama 14 hari untuk menunjukkan simtom.

HIV pula mampu bersarang selama bertahun dan berdekad (Rockerfeller University, 2015). Jadi HIV selamba menjejaskan tubuh badan… tetapi masih belum boleh dikesan.

Jadi perkaitan dengan COVID-19 sememangnya tidak sesuai. Kerana ciri-ciri HIV jauh berlainan. Vaksin COVID-19 mudah diperolehi. Saintis tidak perlu berdepan dengan halangan serumit HIV:

  1. Perlu membvnvh berbagai jenis HIV.
  2. Perlu mencetuskan tindakbalas imunisasi.
  3. Perlu mengekalkan kekukuhan imunisasi.
  4. Perlu membvnvh HIV yang bersarang.

Dakwaan bahawa pihak kapitalis sengaja melambatkan pengeluaran vaksin HIV untuk mengaut keuntungan ialah suatu tuduhan agak dangkal. Kerana dunia ini mempunyai hampir 200 buah negara.

20 daripada 200 negara ini berbelanja sebanyak AS$1.876 trilion tanpa perlu mendapat restu atau izin antara satu sama lain. Amerika Syarikat tidak memerlukan izin China untuk mengeluarkan vaksin COVID-19. Begitu juga sebaliknya.

Jadi kenapa satu dunia perlu akur pada “pihak kapitalis” semata-mata untuk mengaut untung dengan HIV? Padahal saintis yang berjaya buat vaksin HIV boleh mendapat Anugerah Nobel. Dan ramai saintis di dunia ini tidak bekerja dengan mana-mana kerajaan.

RUJUKAN:

Altman, L.K. (1982, Mei 11). New (ditapiskan) disorder worries health officials. The New York Times.

Cichocki, M. (2020, Jun 23). Understanding the HIV Life Cycle. Verywell Health.

Rockefeller University. (2015, Januari 30). Latent HIV may lurk in ‘quiet’ immune cells, research suggests. Science Daily.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.