Kenapa Harry-Meghan Nak Serahkan Title HRH?

6,791

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Beberapa hari sebelum ini, media dunia dikejutkan dengan berita mengenai keluarga Duke of Sussex iaitu Putera Harry dan isteri, Puteri Meghan serta anak lelaki mereka Putera Archie ingin menarik diri dari menjadi sebahagian Kerabat Diraja British yang senior.

Apa maksud senior? Senior bermaksud Kerabat Diraja yakni Putera/Puteri yang lahir dari hubungan susur galur terus dengan Baginda Raja/Ratu yang pernah memerintah United Kingdom dan mereka yang menjadi pasangan yang berkahwin dengan Kerabat Diraja lelaki dari susur galur ini.

Kerabat Diraja ‘senior’ ini dianugerahi oleh Raja/Ratu United Kingdom gelaran HRH melalui satu dokumen rasmi Diraja yang digelar ‘Letter of Patent’. Dokumen ini adalah prerogatif mutlak Baginda Raja/Ratu yang memerintah dan berdaulat United Kingdom (Sovereign) dan dalam kes ‘The Sussex’ ini, Baginda Ratu yang memerintah adalah Ratu Elizabeth ke-2.

HRH atau ‘His/Her Royal Highness’ ini lebih rendah jika dibandingkan dengan ‘His/Her Majesty’ yang digunakan oleh Baginda Raja/Ratu.

Tahukah anda, gelaran DYMM Raja-Raja Melayu kita dalam Bahasa Inggeris adalah ‘His Royal Highness’ dan hanya SPB Yang di-Pertuan Agong adalah ‘His Majesty’. Ingat ini hanya dalam Bahasa Inggeris. Dalam BM semuanya Baginda Raja-Raja membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia (DYMM).

Tetapi untuk Johor, ia agak istimewa apabila menjejak kaki masuk ke Istana Baginda Tuanku Sultan, protokol gelaran yang digunakan sekiranya majlis di dalam Bahasa Inggeris adalah ‘His Majesty’.

Dalam Kerabat Diraja British, seseorang ahli itu boleh memohon untuk tidak menggunakan lagi gelaran HRH dan ianya harus mendapat perkenan Baginda Ratu. Sekiranya diluluskan (approved) oleh Baginda Ratu, ahli Kerabat itu tidak lagi boleh mewakili Baginda Ratu di dalam acara-acara Kerajaan dan tidak lagi menerima bayaran (allowance) dari Baginda Ratu.

The Sussex hari ini berjaya mendapat perkenan Baginda Ratu untuk tidak lagi menjadi sebahagian dari Kerabat Senior dengan gelaran HRH.

Hebat Puteri Meghan kerana berjaya yakinkan Putera Harry yang berada di tempat ke-6 di dalam senarai pengganti Raja keluarga House of Windsor ini. Mungkin sebab beliau adalah orang Amerika. Beliau mungkin lebih agresif dan ‘melawan’ jika dibandingkan dengan Puteri Kate dan Puteri Diana satu ketika dulu. (kedua-dua ini orang British)

Pun begitu, kita jangan ingat Puteri Harry kena ‘buang’ begitu sahaja. Uniknya Kerabat Diraja British ini, Putera Harry dan keluarga tidak akan menerima elaun dari Baginda Ratu secara rasminya. Tetapi Putera Harry boleh menerima lagi elaun dan apa-apa kurniaan dari Elizabeth Windsor secara peribadi bukan sebagai Ratu.

Takkan seorang nenek tak boleh bantu cucunya kan? Sama juga kes untuk elaun bantuan dari Ayah Harry sendiri iaitu Putera Charles.

Walau apapun, aku sebagai peminat Sejarah British dan Kerabat Dirajanya mengucapkan ‘All the Best and Good Luck’ kepada the Sussex. Dari sudut pandang lain, keputusan the Sussex ini bijak kerana mereka memandang jauh di masa depan dan memikirkan apa yang terbaik untuk Archie.

Harry sendiri tidak mahu Meghan dan putera beliau tertekan dengan ‘kegilaan’ paparazzi England dan Eropah. Beliau tidak mahu nasib yang menimpa Ibunya Puteri Diana menjadi risiko pada anaknya.

Alasan beliau mungkin mudah “The Sussex tidak akan menjadi Raja/Ratu, so why bother nak duduk bawah “limelight”.

Gituuuu…

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.