Rileks, harga minyak mentah sedunia memang jatuh teruk, tapi yang jatuh 306% jadi $-37.63 setong tu cuma harga bagi “West Texas Intermediate” (WTI) keluaran US.

Untuk minyak Brent (keluaran Shell UK), harga masih positif, dalam $25. Harga minyak “Tapis” keluaran Malaysia pun masih $28, jatuh 1.7% je.

Minyak mentah ni macam kurma juga. Lain tempat lain keluaran, walaupun semua dikenali sebagai kurma. Ajwa tu keluaran Madinah, Deglet Noor Algeria, Medjool dari Morocco. Kualiti pun lain-lain.

Minyak mentah selain WTI & Brent, ada juga ESPO (Rusia), Maya (Mexico), Minas (Indonesia) dan macam-macam. Keluaran Malaysia selain “Tapis” ada juga “Bintulu Condensate”, “Miri” & lain-lain. Kualiti berbeza-beza ikut kandungan sulfur (“sweet” vs “sour”) & graviti (“heavy” vs “light”).

Minyak WTI ni “sweet” dan “light”, ramai suka beli, sebab tu harganya dijadikan “benchmark” dan dilaporkan dalam berita setiap hari bersama-sama Brent. Tapi harga WTI tak mewakili semua minyak yang ada di pasaran.

Yang lebih penting, kita kena faham minyak mentah ni didagang pakai “futures” atau kontrak ke hadapan. Katakan kau nak stok minyak pada Mei 2020, kau kena order semasa April. Tempat jual beli kontrak ni macam New York Mercantile Exchange (untuk WTI).

Minyak mentah ni pembeli dia adalah syarikat-syarikat pemprosesan minyak. Diorang tak beli on the spot tapi beli in advance pakai “futures” supaya boleh manage risiko perubahan harga.

Yang jadi negatif ni adalah kontrak untuk penghantaran Mei. WTI ni bersifat “physical delivery”, kau order untuk Mei, minyak tu secara fizikal sampai kat kau selaku pemegang kontrak Mei.

Gila apa, time-time ni siapa nak pakai minyak. Stok minyak masih berlambak sebab hampir satu dunia masih dalam lockdown. Kereta tak leh jalan, kapal terbang tak leh terbang, nak buat masak pun tak boleh walaupun “sweet” konon.

Jadi, disebabkan kontrak untuk Mei 2020 akan expire pada esok waktu tempatan US (21 April 2020), orang just lepaskan kontrak tu tak kisah apa harga. Better rugi duit kontrak dari minyak tu hantar kat kilang kau. Sebab tu harga jatuh ke negatif.

Kalau Brent tak jadi macam tu sebab dia boleh “roll over”, tak nak kontrak Mei boleh jual ganti dengan kontrak Jun. Sebab tu tak ada masalah yang sama.

Harga WTI untuk Jun masih OK, masih di paras $20, & akan naik sebab minggu lepas negara OPEC (yang diketuai Saudi) & bukan OPEC (seperti Rusia & US) dah capai persetujuan potong bekalan sebanyak 9.7 juta tong sehari (10% daripada jumlah keluaran dunia) bagi bulan Mei dan Jun.

Harga minyak ditentukan oleh supply dan demand, kalau harga jatuh sebab demand jatuh, maka negara-negara pengeluar minyak volunteer untuk cut supply supaya naikkan harga balik. Macam yang aku ulas dulu: https://thepatriots.asia/kenapa-harga-minyak-turun/

Tapi apa pun, berita minyak negatif ni adalah good reminder bahawa “the era of oil is coming to an end”. Untuk tahun2 akan datang, “cheap oil” akan jadi “new normal”. Akan ada banyak syarikat-syarikat minyak kecil yang lingkup setahun dua ni dan dibeli oleh syarikat-syarikat besar.

Macam dulu pasaran minyak dikuasai oleh “Seven Sisters” (BP, Shell, SoCal, Gulf Oil, Texaco, Exxon, Mobil). Kejatuhan harga minyak 1980-an buat jadi Four Sisters saja: SoCal, Gulf & Texaco gabung jadi Chevron (pemilik Caltex), Exxon & Mobil gabung jadi ExxonMobil (pemilik Esso).

Dulu harga minyak mahal sebab minyak dulu scarce resources. US sampai nak berperang dengan Iraq untuk dapatkan stok minyak. Now korang bagi minyak free kat US pun belum tentu diorang nak. Lambakan minyak tu yang jadi harga negatif tu.

Di zaman Obama, US mula hasilkan shale oil untuk ganti pergantungan kepada petroleum, now US adalah pengeluar minyak terbesar di dunia. Shale oil punya supply almost limitless, tak macam petroleum sekali gali habis. So harga minyak tak akan kembali ke zaman kegemilangan lagi.

Sebab tu Saudi semua kena longgarkan cara hidup konservatif diorang, buat Vision 2030 untuk tarik pelaburan asing. Brunei pun mula kena berfikir pasal “diversification” (pempelbagaian) ekonomi.

“Oil is a curse”. Kebergantungan kepada minyak bukan saja lambatkan negara jadi negara industri jadi negara maju, malah ia akan menggugat kelangsungan hidup negara di zaman new normal.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.