Terfikir sekali sekala kenapa haiwan selalu jilat luka. Apakah pada lidah ada penawar semulajadi? Mungkin sesuatu mekanisme pembunuh kuman untuk memastikan luka tidak kena jangkitan?

Tetapi kalau betul – kenapa sesetengah haiwan mesti diserang kulat seperti Sporothrix yang boleh mematahkan anggota-anggota badan haiwan?

Banyak persoalan bermain dalam minda – macam pelik jika haiwan ‘saja-saja’ jilat luka, padahal benda ini diamalkan dalam kalangan anjing, serigala dan tikus. Sampai semut dibawa perangai pelik ini.

Kalau semut lagi unik. Puak semut hidup macam dalam sebuah kerajaan. Kadang ada serangga (atau semut kerajaan lain) akan masuk dalam sarang. Jadi kalangan semut akan bertempur untuk mempertahan ratu mereka. Apabila bertempur, logiknya mesti ada yang tercedera.

Semut dibulatkan terputus dua kaki semasa melindungi sarang daripada anai-anai. Ia diangkat rakan semut lain.

Semut-semut ini akan diusung keluar daripada medan… dan dirawat semut lain yang menggunakan lidah (jilat) untuk tutup luka sahabat. Kadar kesembuhan dalam kalangan semut tercedera boleh kata tinggi juga – dalam lingkungan 20 hingga 90 peratus (Frank, et al., 2018).

Jika haiwan sekalian alam (tidak kira spesis) jilat luka, mesti ada kesan-kesan unik di sebaliknya. Maka Dr. Benjamin Hart daripada Universiti California cuba merungkaikan misteri melalui penyelidikan beliau yang merangkumi haiwan sebanyak mungkin.

Dan beliau mendapati banyak benda berkaitan dengan penjilatan luka yang tidak semestinya merawat. Pertama sekali, haiwan sebenarnya sedang menenangkan diri secara psikologi (Day, 2019). Kaedah ini didapati mempercepat proses penyembuhan. Kira kekuatan imun badan masih memainkan peranan utama.

Pintasan Antara Serigala Dan Anjing

Amalan jilat luka nampak saja macam kecil. Tetapi kalau bandingkan serigala dan anjing, boleh nampak laluan evolusi yang menghubungkan dua spesis ini.

Umumnya, anjing berevolusi daripada satu spesis serigala. Proses evolusi ini mengambil masa sangat lama, iaitu barangkali 130,000 ribu tahun. Serigala sangat liar menjadi anjing yang liar, yang dijinakkan sekitar 12,000 tahun lalu.

Ada pendapat cakap bahawasanya anjing adalah sub-spesis pada serigala.

Serigala menjilat luka untuk buang debu dan habuk yang terkumpul pada luka basah. Ikut pada fisiologi serigala, amalan ini meringankan rasa sakit dan sengal akibat luka tersebut. Analoginya sama macam manusia kalau tersepak sesuatu… atau anggota tersentuh bahagian panas.

Apa guna sebenarnya pegang dan sapu-sapu bahagian badan yang sakit? Bukan ada punca perawat pun. Tetapi rasa sakit ibaratkan ringan.

Maka apabila serigala berevolusi menjadi anjing, perbuatan ini turut diwarisi sekali. Memang itu yang Charles Darwin cakap: “perubahan pada spesis yang diwarisi daripada generasi sebelumnya untuk menyesuaikan diri supaya dapat hidup dalam persekitaran baharu”.

Apabila anjing menjilat luka, lidah mereka didapati membunuh kuman Streptococcus canis dan Escheria coli (Sanguansermsri, et al., 2018).

Ada Manfaat, Ada Bala

Berbalik pada kenyataan tadi: “tidak semestinya merawat”. Sebab itulah haiwan tercedera tidak boleh dibiar begitu sahaja. Ini adalah kerana mulut merupakan sarang bakteria paling baik.

Air liur melembapkan lidah dan pipi, sekali gus memudahkan pembiakan bakteria yang boleh mati begitu sahaja jika ditelan. Tetapi seandainya bakteria mulut dibawa ke bahagian luka, lain pula jadinya.

Maka haiwan menjilat luka sebenarnya untuk 1) menenangkan diri dan 2) mendapat sedikit manfaat melaluinya. Tetapi haiwan tiada akal. Mereka tidak dapat membezakan antara baik dan buruk.

Maka mereka terdedah pada masalah lebih besar. Jangkitan kuman seperti Staphylococcus boleh merumitkan keadaan, sampai luka tidak sembuh dan badan semakin uzur.

RUJUKAN:

Day, B.J. (2019). The science of licking your wounds: Function of oxidants in the innate immune system. Biochem Pharmacol. 163: 451-457.

Frank, E., et al. (2018, Februari 14). Wound treatment and selective help in a termite-hunting ant. Proceedings of the Royal Society of Biological Sciences. 285 (1872).

Sanguansermsri, P., et al. (2018, Disember 4). Comparative proteomic study of dog and human saliva. PLOS ONE.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply