Dalam banyak-banyak negara, Singapura merupakan yang paling tegas dalam melaksanakan undang-undang. Mungkin kerana rakyatnya yang berdisiplin, atau pemimpinnya agak keras.

Mungkin juga kerana negaranya kecil, sekali gus lebih mudah dan terurus. Tetapi apa yang pasti, pengharaman gula-gula getah di Singapura seharusnya diteliti.

Cadangan ini dibawa Menteri Pembangunan Kebangsaan kepada Lee Kuan Yew pada tahun 1983.

Pembentangan Teh Cheang Wan menekankan bagaimana gula-gula getah menjadi masalah penyelenggaraan dalam apartmen-apartmen perumahan awam.

Ada juga anasir yang membuang gula-gula getah dalam peti surat, lubang kunci dan butang lif. Ini belum lagi dikira dengan sisa di lantai, tangga dan laluan jalan kaki, yang menelankan perbelanjaan tinggi untuk dibersihkan.

Tetapi Kuan Yew berpendapat bahawa pengharaman ialah suatu tindakan yang terlalu drastik (Coupland, 2013). Sebelum Kuan Yew meninggalkan Sri Temasek, pentadbiran beliau menyiapkan sebuah projek bernilai SG$5 bilion.

Mass Rapid Transit (MRT) menghubungkan banyak lokasi dalam Singapura untuk merancakkan lagi perhubungan dan ekonomi. Sekali lagi segelintir dalam kalangan rakyat Singapura tidak bertanggungjawab. Dulu mereka menampalkan sisa dibawah kerusi bas.

Sekarang ini kerusi MRT pula.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga gatal tangan melekatkan sisa pada sensor pintu, menyebabkan gangguan perkhidmatan terus. Jarang sekali perkara sebegini berlaku.

Tetapi sekali berlaku, kosnya terlalu tinggi – dan pelaku pula sukar dicari. Maka pada tahun 1992, pentadbiran Singapura sekarang ini dibawah Goh Chok Tong membawa semula usul Cheang Wan. Gula-gula getah perlu diharamkan.

Dibawah Akta Kawalan Pengeluaran, Singapura mengembangkan sekatan daripada hanya t3mb4kau dan minuman keras kepada gula-gula getah (Metz, 2015).

Chok Tong membenarkan “tempoh peralihan” untuk memudahkan urusniaga tempatan. Semua kedai dikehendaki menghabiskan stok sehingga suatu tarikh, yang gula-gula getah diharamkan terus.

Seperti yang boleh dibayangkan, ramai yang tidak berpuas hati. Ada yang pergi ke Johor Bahru semata-mata untuk membeli gula-gula getah.

Tetapi kerajaan tidak membuat pusingan semula, siap menamakan terus sesiapa yang terlibat dalam jen4y4h gula-gula getah. Cara ini mengekang pengimportan dalam pasaran gelap pun.

Pihak antarabangsa pun terkejut, lebih-lebih lagi selepas seorang remaja Amerika Syarikat berdepan dengan masalah undang-undang di Singapura. Pada tahun 1994, mahkamah Singapura menjatuhkan hvkvman terhadap Michael P. Fay kerana vandalisme.

Tetapi beliau sebenarnya menyembur cat, bukannya makan gula-gula getah. Cuma biasalah – pihak media juga membuat pendedahan undang-undang ketat Singapura yang lain seperti “gula-gula getah” dan “wajib mengepam tandas awam selepas guna”.

Gula-gula getah katanya boleh merancakkan kreativiti dalam minda (Tumonis, 2018). Apabila ditanya BBC jika sekatan ini boleh mengekang kreativiti, Kuan Yew membalas, “kalau kalian tidak boleh berfikir kerana tidak dapat mengunyah, pergi beli pisang.” (Day, 2000).

Dan Singapura mempertahankan sekatan ini sehingga tahun 1999, apabila Bill Clinton membawa perjanjian perdagangan bebas (FTA) untuk Singapura.

Nilai perdagangan dalam FTA ini sememangnya tinggi, yang manfaatnya pula kelihatan tergantung sekejap angkara gula-gula getah. Dibawah FTA, semua perdagangan harus bebas tariff dan halangan.

Tiada unsur berat sebelah boleh dibuat mana-mana kerajaan atas dasar memelihara industri tempatan. Jadi kerajaan Singapura menghadapi kesukaran. Syarikat Wrigley juga mengupah lobi Phil Crane dari Illinois untuk memastikan gula-gula getah agenda utama FTA.

Dan akhirnya Singapura membenarkan pasaran kecil, yakni gula-gula getah boleh membawa manfaat kesihatan sahaja.

RUJUKAN:

Coupland, D. (2013). Worst. Person. Ever. Random House. Halaman 121.

Day, P. (2000, Julai 5). Singapore’s elder statesman. BBC News.

Metz, E. (2015, Mac 28). Why Singapore banned chewing gum. BBC News.

Tumonis, W. (2018, November 16). How Gum Chewing Can Enhance Creative Thinking. Tumonis Post.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.