Kenapa Greenland Berais Dan Iceland Menghijau?

9,123

https://bit.ky/kombowww

Susulan artikel sebelum ini yang membedah asal usul dan bagaimana negara China mendapat namanya, ada pembaca yang tertarik dengan sejarah nama Greenland dan Iceland yang pernah dipetik secara ringkas oleh penulis.

Pernahkah anda terfikir mengapa Greenland, yang tiga perempat geografi pulaunya diliputi oleh satu-satunya lapisan ais kekal di luar Antartika, tetapi nmemiliki nama yang jelas mengandungi perkataan adjektif “hijau” Sebaliknya, Iceland pula yang namanya terdiri dari perkataan “ais” dan “tanah,” kelihatannya lebih subur dan menghijau, tidak ada langsung ciri-ciri iklim sejuk seperti namanya sendiri.

Baik, untuk versi yang paling popular, namun ceritanya tak pasti samada mitos mahu pun fakta, tetapi terdapat satu teori internet mendakwa bahawa kekeliruan ini memang disengajakan. Bangsa Viking yang membuka penempatan di Iceland mendapati pulau itu tempat yang sesuai untuk dihuni makhluk hidup, oleh itu mereka menamakannya sebagai Iceland.Kenapa Iceland? Dikatakan ia dinamakan sedemikian dengan harapan nama itu tidak akan menarik minat dan mencegah orang-orang Eropah yang berusaha meneroka benua baru dan membina penempatan atau koloni mereka sendiri.

Manakala, Greenland dinamakan sedemikian oleh mereka untuk tujuan yang sebaliknya, kerana mereka tidak kisah langsung jika ada sesiapa yang berminat dan mahu menjajah sekeping aisberg besar di tengah lautan yang membeku. Walau bagaimanapun, teori ini hampir tidak masuk akal, terutamanya apabila melibatkan elemen linguistik, dan pasti ada sebab mengapa mereka mahu orang lain tertarik dengan tempat itu.

Untuk menggali misteri paradoks ini hingga ke akarnya, satu penyelidikan dilaksanakan oleh pakar dan penyelidik dari National Geographic, di mana mereka membahas sejarah dan kronikel yang berbeza, sambil bersandarkan kepada fakta ilmiah moden untuk membongkar mitologi.

Pertama sekali, toponim bangsa Viking agak mudah; wilayah yang baru ditemui kebiasaan lazimnya akan dinamakan dengan menggabungkan perkataan “tanah” dengan elemen pertama yang ditemui semasa mereka kali pertama mendarat di tanah itu.

Contohnya, Leif Eriksson pernah menamakan pantai timur Kanada sebagai Vinland semasa penemuan tanah itu, ia dinamakan Vinland setelah dia melihat banyak buah anggur liar tumbuh di kawasan pantai.

Iceland adalah sebuah pulau yang terletak di Lautan Atlantik Utara, meliputi kawasan seluas 102,775 kilometer persegi (39,682 batu persegi). Permukaannya dicirikan oleh padang pasir dan lava yang dikelilingi oleh gunung dan glasier.

Tanah ini dihangatkan oleh Arus Teluk (Gulf Stream) dan memiliki iklim yang sederhana. Iceland adalah negara yang paling rendah populasi penduduknya di Eropah dengan kira-kira 332,329 orang. Pusat pentadbiran sekarang dan juga penempatan bagi lebih daripada dua pertiga rakyatnya dipanggil Reykjavik.

Greenland adalah pulau terbesar di dunia. Walaupun secara geografi lokasinya terletak berhampiran Amerika Utara, Greenland secara pentadbiran dan politik lebih dekat dengan dengan Eropah.

Meliputi 2,166,086 kilometer persegi (836,330 meter persegi), pulau ini hanya menempatkan 56,480 orang sahaja, dan menjadikannya negara paling sedikit populasi penduduknya di dunia.Populasi yang rendah disebabkan oleh fakta bahawa tiga perempat pulau itu tidak boleh dihuni kerana penuh dengan lapisan ais yang padat. Ibu kotanya adalah di Nuuk di mana lebih daripada satu pertiga rakyatnya tinggal. Penduduk pribuminya adalah orang Inuit yang merupakan keturunan pendatang dari Kanada pada abad ke-13.

Mitos Penamaan Iceland dan Greenland

Terdapat sebuah hikayat diceritakan mengenai pert3ngkaran di kalangan bangsa Viking Norway yang membawa kepada peper4ngan. Salah satu kumpulan melarikan diri dengan berlayar dengan kapal. Mereka akhirnya mendarat di sebuah pulau  hijau atau ‘Greenland’ yang sebenar.

Merasa bimbang mereka akan terus diburu dan dikejar oleh mvsuh, mereka mengirimkan berita ke Norway bahawa pulau itu sebenarnya diliputi ais dan tidak boleh dihuni. Mereka juga menambah bahawa ada sebuah lagi pulau lain yang lebih hijau dan sesuai untuk penempatan manusia.

Itulah kisah yang paling popular tentang bagaimana pulau berais itu diberi nama Greenland dan pulau yang subur menghijau pula dinamakan Iceland. Walau bagaimanapun, kisah ini tidak semestinya benar kerana ia adalah mitos.

Penamaan Iceland

Iceland pada asalnya adalah sebuah tanah yang kosong. Penduduk pertama yang berhijrah ke sana pada abad kesembilan diketuai oleh seorang Norse dari Norway yang bernama Naddador (Naddodd).

Mnurut Sagas Of Icelanders, teks yang menceritakan sejarah negara itu dari abad ke-9 hingga ke-11, Naddodd menamakan tempat itu dengan nama Snæland/Snowland (Tanah Salji) kerana terdapat salji ketika dia tiba ke pulau itu. Penghijrahan kedua yang direkodkan adalah Garoar Svavarsson, kemudian diikuti oleh seorang Viking bernama Floki Vilgeroarson.

Garðar Svavarosson lebih gemar menamakan tanah itu bersempena nama dirinya sendiri, ini mungkin menjadi titik permulaan tradisi dan budaya meneroka yang berlanjutan di sana. Oleh itu, Garðarshólmur (Garðar’s Isle) menjadi nama seterusnya bagi tanah yang dikenali sebagai Iceland hari ini.

Tetapi asas kepada bagaimana Iceland mendapat namanya hari ini adalah bermula dengan Flóki Vilgerðarson. Pengembaraan Flóki dari daratan dimulakan dengan kehilangan anak perempuannya, yang terjatuh dari kapal dan l3mas di lautan dalam. Sejurus tiba, semua haiwan-haiwan ternakan yang dibawanya pula m4ti.

Menurut lagenda, siri peristiwa malang ini ditamatkan apabila Flóki Vilgerðarson memanjat puncak gunung yang berdekatan dari mana dia melihat terdapat aisberg yang mengelilingi pulau itu. Fakta ini bertentangan dengan hikayat mitos Viking.

Dalam keadaan yang tertekan dan amat marah, dia membaptiskan negara itu sebagai Iceland – sebuah nama yang masih kekal bertahan hingga hari ini, dengan harapan agar orang asing tidak akan tertarik dan cuba meneroka atau membuka penempatan di tanah yang semakin subur itu.

Walaupun dengan usaha Flóki untuk mencegah sebarang cubaan kolonisasi ke atas pulau itu, setelah kembali ke Norway, khabar angin disebarkan oleh salah seorang pelautnya yang hanya dikenali sebagai Thorólf bahawa negara itu sangat subur dan kaya, dan hanya menunggu ketibaan peneroka. Penghijrahan besar-besaran ke Iceland bermula tidak lama kemudian.

Catatan arkeologi mengatakan bahawa para pendeta Celtic telah tiba di Iceland jauh sebelum penghijrahan orang Skandinavia. Pada tahun 870, penjelajah Sweden yang pertama telah mengelilingi seluruh wilayah itu dan mencatatkan bahawa sebenarnya ia adalah sebuah pulau.

Salah seorang pembantunya yang bernama Nattfari yang dia tinggalkan merupakan antara peneroka pertama yang berjaya di pulau itu. Bidang pertanian dan ladang ternakan juga semakin berkembang. Namun para peneroka ini tidak pernah mengubah nama Iceland.

Walaupun dengan nama Iceland, suhu setinggi hingga 30.5 ° C (86.9 ° F) dicatat pada bulan Jun 1939 di wilayah Teigarhorn. Di wilayah Reykjavik, suhu setinggi 26.2 ° C (79.2 ° F) dicatat pada 30 Julai 2008. Terdapat keadaan iklim yang berbeza dengan pantai selatan adalah lebih panas dan basah berbanding di utara.

Penamaan GreenlandNama Greenland pertama kali diberikan oleh orang Norway bernama Erik the Red, bapa kepada Leif Eriksson pada 982 Masehi. Dia dihukvm buang negeri akibat tuduhan membvnuh dengan membawa anggota keluarganya bersama. Dia mula menjelajah ke kawasan berais yang diketahui wujud di barat laut.

Setibanya di sana, dia memikirkan nama yang mampu menarik minat orang lain untuk datang menetap bersamanya. Dia menamakan pulau itu “Greenland”. Peneroka yang tiba berturut-turut terus memanggil pulau itu dengan nama Greenland. Pendatang yang berhijrah merangkumi orang dari Iceland dan orang Norway.

Walaupun namanya adalah Greenland, suhu yang lazim berada di bawah -17 ° C (1.4 ° F) semasa musim sejuk.

Sebuah hikayat yang mencatat perjalanan dan penemuan tokoh separa mitos ini dalam tradisi Norse merujuk kepada anekdot yang membawa kepada penamaan tanah yang baru ditemui:

“Pada musim panas, Erik pergi untuk menetap di negara yang dia temui, yang dinamakannya sebagai Greenland, kerana dia percaya orang lain akan tertarik untuk pergi ke sana jika ia memiliki nama yang baik.”Sudah tentu lah negara ini sudah dihuni oleh penduduk pribumi kaum Inuit, yang memanggil pulau itu dengan nama Kalaallit Nunaat, yang bermaksud “Tanah Rakyat”. Nama itu masih digunakan di kalangan penduduk Inuit di Greenland.Oleh itu, pada dasarnya, nama itu adalah sebahagian daripada strategi pemasaran Erik di mana dia berharap dapat mengumpulkan peneroka pada masa akan datang dan menjadi pelopor kepada penemuan dunia baru.

Apa yang menariknya, terdapat beberapa ramalan mengenai perubahan iklim global yang menunjukkan bahawa tidak lama lagi perubahan iklim bakal menyebabkan penurunan suhu secara radikal di Iceland, sementara Greenland bakal mengalami peningkatan suhu.

Perubahan iklim itu dijangka boleh berlaku dalam jangka masa 200 tahun dari sekarang. Tidak pasti jika ia tepat atau tidak, namun sekiranya ia benar-benar berlaku, maka nama yang diberikan kepada Greenland lebih dari 1,000 tahun yang lalu bakal memenuhi spesifikasinya.

Dan pada hari ini juga pakar dapat menentukan melalui analisis data kerak ais dan fosil cengkerang moluska bahawa pada tahun di sekitar antara 800 hingga 1300 M, rata-rata suhu cuaca di Greenland sebenarnya jauh lebih tinggi daripada hari ini.Kesimpulannya, apa yang ditulis di atas adalah versi hikayat yang lebih meyakinkan untuk asal usul nama kedua-dua buah tempat ini. Ini bermakna, teori tentang tanah yang dipenuhi ais dinamakan Greenland kerana strategi pemasaran bagi menarik penghijrahan yang lebih besar itu tidak semestinya tepat kerana terdapat bukti saintifik yang memberi kemungkinan besar bahawa Greenland sememangnya pernah subur berabad-abad yang lalu.

RUJUKAN:

National Geographic: Is Iceland Really Green and Greenland Really Icy?. https://www.nationalgeographic.com/distribution/public/amp/news/2016/06/iceland-greenland-name-swap

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.