Setiap negara yang wujud pada hari ini pasti memiliki rizab USD bagi memudahkan mereka menjalankan global trade. Malaysia sebagai contoh menggunakan USD untuk urusan eksport dan import. Malah kesemua komoditi yang wujud didagangkan mengikut nilai USD. Bermakna mana-mana negara yang ingin berjual beli perlu menggunakan USD.

Kenapa semua ini terjadi dan kenapa tak guna mata wang tempatan sahaja?

Semuanya bermula pada tahun 1944 apabila negara-negara maju bersetuju dengan menubuhkan International Monetary Fund dan World Bank. Ketika itu jugalah sistem kadar pertukaran telah diwujudkan di mana semua negara boleh menambat mata wangnya kepada USD. Mata wang USD pula boleh ditukar terus kepada emas dengan nilai $35 untuk 1auns. Hal ini dilakukan bagi mengelakkan negara-negara lain menurunkan nilai mata wang mereka secara mendadak untuk mendapatkan keuntungan daripada eksport.

Advertisements

Tapi malang menjelang era 1960 an, kuasa USD sebagai raja mata wang dunia seakan tampak tergugat apabila rizab emas Amerika Syarikat semakin berkurangan. Hal ini membawa maksud, mata wang USD yang sedang didagangkan di luar Amerika Syarikat tidak bernilai. Secara tidak langsung, banyak negara akan menukarkan rizab USD mereka kepada mata wang yang lebih kukuh. Ditambah pula inflasi semakin meningkat ekoran penyertaan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam yang memakan belanja yang amat tinggi. Ternyata hasrat Amerika Syarikat untuk menjadi polis dunia hampir meranapkan ekonomi mereka.

Masalah itu selesai apabila Amerika Syarikat telah meminta Arab Saudi untuk menjalankan aktiviti jual beli minyak dalam mata wang USD. Sebagai gantinya Amerika Syarikat perlu memberikan bantuan ketenteraan kepada Arab Saudi apabila diperlukan. Bermula sejak itu, transaksi minyak mentah dunia perlu menggunakan USD. Jadi mahu tak mahu, setiap negara perlu memiliki rizab simpanan USD bagi membeli minyak daripada Arab Saudi.

Selain itu, USD merupakan mata wang paling kuat di dunia dan penyumbang terbesar adalah ekonomi Amerika Syarikat itu sendiri. Dengan saiz negara, bilangan rakyat dan kekuatan ekonomi, tidak pelik mengapa USD menjadi mata wang paling stabil di dunia. Malah kita jarang mendengar huru-hara berlaku di Amerika Syarikat biarpun mereka mengamalkan kebebasan bersuara pada tahap hardcore. Kalau ada pun, Amerika Syarikat akan atasinya dengan cepat. Kestabilan ini memberikan keyakinan kepada negara lain bahawa USD tidak akan melemah.

Ditambah pula, sebanyak $2.04 bilion telah digunakan dalam transaksi di seluruh dunia. Lebih memeranjatkan lagi separuh daripada nilai itu digunakan di luar Amerika Syarikat. Bermakna banyak negara selesa menggunakan USD untuk aktiviti perdagangan antarabangsa.

Di samping itu, kemelesetan ekonomi juga membuatkan global trade wajib menggunakan USD. Macam mana kejadiannya? Apabila kemelesetan ekonomi berlaku, bank-bank di beberapa buah negara akan meningkatkan rizab USD mereka bagi mengelakkan kerugian apabila mata wang tempatan menurun.

Ada ke mata wang yang boleh mengganggu gugat USD?

Jawapannya ada iaiu mata wang EURO dan Yuan. Setakat hari ini EURO memegang 20% rizab mata wang global. Kesatuan Eropah (EU) yang terdiri daripada beberapa negara Eropah yang miliki kekuatan ekonomi tersendiri sebenarnya mampu menyaingi Amerika Syarikat. Penggunaan satu mata wang yang khusus iaitu EURO dalam EU membuatkan ia semakin kuat dan stabil. Tapi sayangnya, kekuatan itu juga menjadi kelemahan kerana gagal membuatkan negara bikin EURO sebagai rizab mereka.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Yuan pula semakin mendapat tempat di persada antarabangsa apabila China mula bangkit sebagai kuasa ekonomi yang mampu menyaingi Amerika Syarikat. Namun setakat hari ini, China melalui yuan hanya memegang 2% sahaja rizab mata wang dunia. Ditambah pula, China semakin ingin kembali menyendiri angkara Covid-19 yang tidak pernah tamat.

RUJUKAN:

Amadeo, K. (2022, Mac 16). Why the US dollar is the global currency. The Balance. Dipetik daripada https://www.thebalance.com/world-currency-3305931

Siripurapu, A. (2020, September 29). The dollar: The world’s currency. Backgrounder. Dipetik daripada https://www.cfr.org/backgrounder/dollar-worlds-currency

Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply