Kenapa Gambar Sultan Ni Sinonim Di Negeri Utara?

1,792

https://bit.ky/kombowww

Kalau gambar Raja Thai boleh jumpa merata, macam mana dengan gambar sultan ni? Anak utara mesti biasa nampak. Baginda ialah Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukkaram Shah. Sultan Kedah yang ke-25. Siapakah beliau sampai dipuja sedemikian rupa? Jom hayati 6 fakta mengenai sultan ini.

1. Baginda merupakan ayahanda kepada Bapa Kemerdekaan kita iaitu Tunku Abdul Rahman. Semasa hayatnya baginda terkenal dengan sifat yang warak. Institusi pondok semakin subur bak cendawan tumbuh selepas hujan ketika pemerintahannya.

Ada cerita ketika baginda baru mula nak belajar ilmu agama dengan seorang tok guru.m baginda datang dengan menunggang gajah. Tetapi telah dihalau oleh gurunya sebab baginda datang sebagai seorang raja bukan sebagai seorang penuntut ilmu. Baginda ‘u-turn’ balik dengan berjalan kaki.

2. Gambar Sultan ni banyak digantung kat kedai-kedai. Tak kira Cina atau Melayu. Kenapa? Kerana selepas baginda melawat sebuah kedai cina di Alor Setar, tempat tu tak putus dipenuhi pelanggan. Bermula dari peristiwa ni depa buat gambar baginda sebagai pelaris. Kebanyakan orang percaya bahawa foto baginda membawa ong.

3. Sultan Abdul Hamid juga digelar sebagai Wali Allah atau Sultan Keramat. Ketika British bina titi konkrit, macam biasalah mat salleh dengan angkuh cakap titi ni kukuh. Baginda pijak titi tu dengan sebelah kaki saja, terus senget/runtuh sebelah. Titi ni masih wujud dan ramai yang saksi kejadian tersebut berlaku.

4. Sultan Abdul Hamid memiliki gelaran Thai terpanjang. Chao Phraya Ritthisongkhram Ramabhakdi Sri Sultan Mahamad Ratanarajamunindra Surindravivongsephadung Danubamrungkehdanagara Amornradananakhetu Pradesharajrajaisvariyadhibodi Vikramasiha Chao Phraya Sai Buri ialah gelaran Thai untuk baginda.

5. India ada Taj Mahal. Kita ada Istana Sepachendera! Istana ini dibina bagi membuktikan kecintaan baginda kepada isterinya Che Manjalara/Neang Nara Burirak. Ia simbolik lambang kasih seperti mana Taj Mahal dibina.

6, Perkahwinan baginda bernilai 3 juta pada 1906. Majlis perkahwinan mengambil masa selama 3 bulan. Kos ditanggung oleh Thai (Kedah bawah Thai masa ni). Ini telah mengakibatkan Thai ‘muflis’ dan terpaksa lepaskan Kedah. Kononnya ini merupakan helah Sultan untuk lepaskan Kedah dari kekuasaan Thai.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.