Moving Forward As One

Kenapa Empayar British Dianggap Empayar Terluas Dalam Sejarah?

1,124

PayLater by Grab

Sebuah pemerintahan empayar atau imperialis melibatkan peluasan kuasa dan kedaulatan sebuah negara ke atas wilayah asing dan menguasai sejumlah kumpulan etnik yang berbeza-beza. Empayar adalah sebuah entiti politik yang dianggap sangat besar berdasarkan ciri-ciri mengikut standard yang diterima pada zamannya dan akan meraih sebahagian besar tambahan wilayahnya dengan sama ada melalui penak.lukan, ilhak, atau menjadi kuasa yang menaungi atau melindungi negara lain.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Definisi sebuah negara itu layak untuk menjadi sebuah empayar ditentukan melalui pelbagai macam cara dan kaedah, seperti kajian saintifik, analisis terhadap dokumen dan manuskrip bersejarah, peta-peta kuno, bukti penemuan secara arkeologi, fizikal dan teks atau inskripsi. Jadi, setiap keputusan yang ditentukan sejarawan tidak akan konsisten kerana ia dibuat berdasarkan nilai yang dianggarkan, bukan nilai yang tepat.

Sebelum kita mencari jawapan dan teori, kita perlu tahu ‘empayar terbesar’ dalam konteks apakah yang kita cari. Kita mulakan dengan persoalan tentang empayar mana yang paling besar dalam sejarah, dari segi jumlah ukuran wilayah kawasan tanah yang dikuasainya.

Empayar Terbesar Keseluruhan — British

Jawapannya agak sukar untuk ditentukan kerana sempadan setiap empayar sering menjadi rebutan kuasa-kuasa lain. British menguasai India, tetapi bukan secara keseluruhan dalam satu masa, jadi kita harus menambah atau mengurangkan mana-mana bahagian wilayah India untuk mendapatkan jumlah keseluruhan yang tepat.

Kemudian, saiz ukuran tanah tidak semestinya akan menjadi penanda aras yang baik untuk empayar. Contohnya, sesiapa saja boleh menak.l.uki seluruh gurun Sahara dengan mudah dan menjadikan sebidang padang pasir yang luas sebagai hak miliknya yang berdaulat, tetapi ia akan menjadi sebuah pemerintahan yang tidak membawa manfaat kerana tidak produktif.

Dan kemudian, dalam isu mahu mendefinisikan sebuah negara sebagai “empayar”, negara itu tidak semestinya perlu sentiasa menerapkan sistem raja monarki, kerana Amerika Syarikat juga digambarkan sebagai sebuah empayar kerana sejarah penak.l.ukannya terhadap tanah dan bangsa pribumi di benua Amerika.

Dengan keluasan tanah ja.jahan koloninya, Empayar British mungkin menjuarai kedudukan sebagai empayar yang terbesar pernah wujud di dunia, tetapi hanya pada zahir semata-mata. Keluasan maksimum tanah ja.ja.han Inggeris yang berukuran jutaan batu persegi, adalah sebanyak 33.7. Tetapi Empayar Mongol pada berabad-abad sebelumnya pernah menyatukan kerajaannya dalam sebuah empayar daratan yang bersambung (sempadan tidak terputus) sekitar 33 juta batu persegi keluasannya.

Empayar Rusia yang lama tidaklah jauh ketinggalan dengan ukuran seluas 22.8 juta batu persegi. Tidak dinafikan, Empayar Mongol mena.klu.kkan begitu banyak tanah dan wilayah, tetapi sebahagian besarnya hanyalah wilayah padang rumput yang hanya bermanfaat untuk dijadikan padang ragut kuda-kuda mereka. Sebaliknya, walaupun Empayar British tidak berdampingan dalam satu sempadan, tetapi mereka mengawal sebahagian besar tanah subur dengan sumber asli yang boleh dikatakan boleh dinikmati hingga beberapa keturunan generasi seterusnya.

Namun, ia seolah-olah tidak masuk akal jika membandingkan Empayar British yang lebih bersifat maritim dengan empayar-empayar daratan kuno yang pada dasarnya tidak dipisahkan oleh mana-mana sempadan, seperti Parsi atau Rom, atau yang paling dekat, Empayar Mongol. Bahkan apa yang dimaksudkan dengan istilah dan definisi “empayar” akan menjadi berbeza dan tidak sesuai dengan standard zaman masing-masing jika kita membandingkan Empayae British dengan Empayar Rom Suci misalnya.

Namun, bila difikirkan sekali lagi, ukuran daratan j.aja.han British yang berjauhan dan terpecah ini sekurang-kurangnya meninggalkan kesan psikologi terhadap dunia, selama tiga perempat abad atau lebih, tanah-tanah di bawah j.ajahan koloni Empayar British menjadi terkenal serta merta di seluruh sekolah Inggeris, dan dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi dan sentiasa berkembang kan menjadikan lakaran peta dunia menjadi lebih mudah.

Tetapi,  jika definisi sebuah empayar dikira melalui berapakah anggaran jumlah peratusan populasi penduduk dunia yang berada di bawah pemerintahannya, maka Empayar Archaemenid yang wujud pada sekitar tahun 500 SM adalah pilihan tepat, dengan sekitar 44% populasi penduduk di seluruh dunia pada masa itu berada dalam sempadannya.

Kesan visual yang besar tinggalan Empayar British boleh dilihat pada negara Kanada seperti Kanada, Australia, kemudian India dan kemudiannya dari Selatan ke Utara Afrika dengan gumpalan yang lebih kecil di Afrika Barat dan Tanah Melayu, kemudian terdapat banyak lagi potongan wilayah-wilayah kecil yang kebanyakannya adalah kepulauan.

Kesan sebegini adakalanya mengelirukan. Jika dilihat sekali imbas sememangnya Empayar British tidak kelihatan besar di dalam peta, ia kerana pecahan dan jarak berbeza-beza.

Empayar Terbesar Yang Tidak Dipisahkan Sempadan Asing — Mongol

Kemuncak Empayar Mongol yang tertinggi tetapi singkat

Empayar Mongol muncul dalam lipatan sejarah bermula dari tahun 1206 hingga 1368, dan peta di atas menggambarkan kemuncak keluasan sempadan wilayah mereka pada tahun 1370. Empayar Mongol terbentang luas sejauh dari semenanjung Korea Moden, merentasi Asia Tengah dan Levant, hinggalah berhenti di wilayah Poland moden. Salah satu ibu kota mereka yang paling berjaya terletak di Khanbaliq atau Beijing di China sekarang.

Empayar Mongol ini berkembang dengan sangat besar kerana kebanyakan pemerintahnya yang sangat berjaya, sistem taktikal kete.nt.eraan yang sangat teratur. Sistem pemerintahan mereka juga berasaskan budaya meritokrasi, serta sikap terbuka orang Mongol sendiri dalam toleransi dan menerima budaya asing menjadikan empayar yang diasaskan Genghis Khan ini kelihatan amat besar kerana seluruh wilayah tanah yang dita.kluki, yang menjadi negeri pengikut, protektorat, atau di bawah naungan mereka, akan berada di dalam satu sempadan besar yang sama dan tidak dipisahkan oleh sempadan lain.

Menjelang tahun 1300-an, Empayar Mongol mula mengalami ketidakstabilan politik selepas kem.atian Genghis Khan kerana perebutan takhta di peringkat pusat. Bahkan, saiz ukuran Empayar Mongol yang besar itu sendiri juga menjadi faktor kejatuhannya, kerana semakin besar dan luas tanah sempadan mereka, semakin sukar ia mahu ditadbir, dan berikutan kedudukan pusat pemerintahan di ibukota Karakorum yang terletak jauh dari capaian kawalan pemerintah pusat.

Semua faktor ini kemudian melahirkan beberapa para panglima pēr.an.g yang akan memecah-belahkan Empayar Mongol yang bersatu menjadi beberapa negeri kekhanan Mongol, lalu melahirkan susurgalur dinasti baharu dari keturunan mereka sendiri, siri perpecahan ini menandakan bermulanya fasa kejatuhan dan berakhirnya zaman Empayar Mongol sebagai sebuah kerajaan yang bersatu.

Dinasti, ulus, kekhanan, kesultanan, dan lain-lain pemerintahan selanjutnya yang paling terkenal dan berasal dari pecahan Empayar Mongol antaranya adalah Dinasti Yuan, Empayar Timurid, Kekhanan Chagatai, Ulus Jochi (Golden Horde), Ilkhanid, Kekhanan Crimea, dan banyak lagi.

Beberapa para penerus legasi Genghis Khan pernah berusaha merebut kembali wilayah yang telah hilang, bahkan Amir Temur dari Empayar Timurid yang bukan keturunan terus Genghis juga tidak ketinggalan mencuba dan entah bagaimana mereformasi kerajaan, tetapi impian sama yang pernah dibayangkan oleh Genghis Khan sudah lama berlalu, dan amat mustahil dilaksanakan kembali.

Empayar Mongol memiliki usia yang singkat seperti empayar besar yang lain, dan hanya saiz ukuran geografinya sahaja yang sedikit saja lagi boleh mengatasi ukuran Empayar British yang bahkan belum wujud lagi pada tahun 1368. Walau bagaimanapun, ukuran dan kapasiti besar Empayar Mongol sebenarnya banyak mempengaruhi budaya dan bahasa seperti Rusia, yang menjadi faktor mengapa orang Mongolia mudah menyesuaikan diri atau bergaul dengan orang Rusia, dan bukannya dengan orang China hingga hari ini.

Jika kita mencari pewaris sebenar kuasa Empayar Mongol, mereka adalah pemerintah Kekhanan Chagatai (terletak di Asia Tengah sekarang), sebuah bekas wilayah pecahan dari Empayar Mongol, juga akhirnya akan berpecah lagi kepada bahagian timur dan barat. Barat runtuh dalam masa beberapa tahun, sementara timur terus berdiri hingga tahun 1680-an sebelum diilhak ke dalam kuasa kekhanan yang lain. Inilah kemuncak fasa kejatuhan dan berakhirlah negara Empayar Mongol yang agung, yang berlangsung dari tahun 1206 dan diwarisi dalam bentuk yang berbeza pada tahun 1687.

Kesimpulannya, memiliki dan memerintah sebuah negara dengan ukuran yang paling besar dalam dunia sekalipun bukanlah menjadi satu penanda aras kekuatan satu bangsa, seluas mana jua sebuah empayar, ia tidak semestinya bermakna mereka boleh kekal berkuasa selamanya, kerana hakikatnya sejarah membuktikan Empayar Mongol sebenarnya hanya hidup lebih dari satu abad sahaja.

Dan pada dasarnya, tidak ada jawapan yang paling pasti untuk menentukan empayar manakah yang paling besar pernah wujud kerana definisi sesebuah entiti yang mahu dipertimbangkan sebagai sebuah empayar perlu melalui proses kajian dan anggaran ukuran berdasarkan bukti bersejarah yang amat terhad dan amat sukar serta sangat kontroversi, kerana kita tidak boleh menentukan ukuran sebuah empayar dan membandingkannya dengan standard yang berbeza pada titik dan zaman yang berbeza dalam sejarah.

Namun, siapa sangka, hari ini pendapat mengenai empayar yang paling besar pernah wujud dalam sejarah adalah Empayar British. Pada waktu kemuncak keluasannya iaitu tahun 1920, Empayar British merangkumi keluasan sejauh 35.5 juta km ^ 2 (iaitu 13.71 juta batu persegi) yang menghasilkan sejumlah 23.84% dari seluruh kawasan tanah di dunia adalah berada di bawah Empayar British.

Selama ini kita selalu menyangkakan bahawa Empayar Mongol adalah empayar yang terbesar pernah wujud dalam sejarah dunia. Tetapi sebagaimana kompleksnya sistem pemerintahan British, begitu juga dengan Mongol. Bukan semua negeri-negeri yang ditakl.uk Empayar Mongol adalah diperintah secara berpusat, kerana ada negeri yang hanya dijadikan kerajaan naungan, ada yang jadi protektorat. Ini faktor yang jarang kita ambil kira.

Dan jika seluruh wilayah taklu.kan Mongol ni digabungkan sekali pun, masih tidak mampu mengatasi ukuran Empayar British. Amat jarang kita dengar British sebagai empayar terbesar kerana wilayah ja.j.ahan British kebanyakannya adalah benua yang berpisah dari Eropah, kepulauan-kepulauan yang berterabur.

Tetapi sebagaimana juga Empayar Mongol,  jika seluruh tanah jaj.ahan British digabungkan dalam satu sempadan, ukurannya jauh lebih besar daripada Empayar Mongol, kecuali jika diukur dari segi peratusan populasi, Empayar British juga banyak memerintah ‘tanah kosong’ seperti Empayar Mongol, tetapi pemerintahan Mongol berjaya memiliki 25% dari seluruh populasi dunia berbanding Empayar British yang hanya ada 20% penduduk dari seluruh populasi dunia.

Dinasti Qing di China mungkin besar, tetapi ia masih hanya terhad di China dan sekitar Asia Timur sahaja. Namun jumlah tertinggi ukuran populasinya mencapai kira-kira 35% dari seluruh penduduk dunia mengatasi Empayar Rusia yang ukuran geografinya hampir menyamai Empayar Mongol namun jumlah populasinya hanyalah 9% dari seluruh populasi dunia.

Dari segi keunggulan ukuran populasi, Empayar Achaemenid (Parsi), memerintah kira-kira 49.4 juta daripada keseluruhan 112.4 juta populasi penduduk seluruh dunia pada sekitar tahun 480 SM yang menjadikan peratusan populasi Achaemenid adalah 44% dari keseluruhan dunia. Kerana itulah Guiness World Records meletakkan Empayar Achaemenid sebagai empayar terbesar dalam sejarah, namun ditukar mengikut konteks ‘terbesar dari segi peratusan populasi’.

Empayar Terbesar Dari Segi Peratusan Populasi — Achaemenid / Parsi

Kita cukup memahami konsep komunikasi global. Manusia berkongsi maklumat, idea, dan sumber setiap hari, dan kita amat berbangga dengannya. Namun, jauh ribuan tahun sebelum kita, sudah wujud entiti terawal yang digambarkan memerintah dengan sistem interaksi secara global. Sepanjang sejarah, terdapat banyak empayar-empayar besar yang bangkit dan jatuh dengan cita-cita yang sama iaitu menyatukan manusia berbilang bangsa dari seluruh dunia dan menjadikan hasil sumber asli dunia berada di bawah satu sistem pentadbiran.

Ada sebahagian dari empayar-empayar dalam sejarah dunia yang sebenarnya membuktikan bahawa ukuran keluasan wilayah pemerintahan mereka tidak perlu terlalu besar seperti Mongol, dan sebuah empayar menjadi terkenal bukanlah hanya kerana saiz wilayah ja.jah.an yang mereka satukan, tetapi jumlah kehidupan yang luar biasa yang mereka mempengaruhi, menjadi lebih baik atau lebih buruk.

Memperkenalkan, salah satu empayar terhebat sepanjang masa. Empayar Achaemenid atau turut dikenali sebagai Empayar Parsi. Tamadun ini paling banyak dibincangkan dan dicatatka dalam buku sejarah dunia.

Berpusat di Parsi (Iran moden), Empayar Achaemenid adalah ‘empayar antarabangsa’ yang pertama di dunia, sempadannya terbentang merentasi Afrika Utara, Timur Tengah, Asia Tengah, dan juga sebahagian Asia Selatan dan Eropah. Sebelum itu, kebanyakan empayar terbatas pada wilayah yang jauh lebih kecil.

Orang Parsi menunjukkan kepada dunia bagaimana rupa dan ciri-ciri sebuah empayar yang sebenarnya, dan memberikan pengaruh penting terhadap kelahiran empayar-empayar selepasnya. Mereka antara tamadun yang terawal membayangkan sebuah dunia yang bersatu dan beroperasi di bawah satu standard sistem pentadbiran politik, penulisan, dan infrastruktur.

Mereka juga membangunkan dasar perundangan untuk empayar, seperti hak kebebasan bangsa yang mereka takluki. Setiap prinsip-prunsip ini yang akan menentukan visi dan matlamat empayar-empayar di Mediterania kemudian, bermula dari Empayar Macedonia Alexander the Great, sehingga Empayar Rom Caesar Augustus.

Persoalannya, bagaimana Empayar Parsi yang ukuran sempadannya ‘biasa-biasa saja’ itu diibaratkan seperti memerintah hampir suku daripada seluruh populasi dunia? Pada waktu itu, kebanyakan kota-kota terbesar di dunia berada di Timur Tengah dan Mediterranean, jadi orang Parsi menguasai beberapa pusat populasi terbesar di planet ini.

Hasilnya, kira-kira 44% populasi global seluruh dunia berada di bawah pengaruh mereka pada tahun 480 SM. Tidak ada empayar lain dalam sejarah yang secara langsung berupaya mengendalikan peratusan penduduk global yang tinggi itu, bahkan Empayar Mongol pun tak mampu.

Seperti Mongol, keunggulan Empayar Achaemenid adalah berdasarkan kemampuan mereka untuk bertoleransi dengan agama-agama lain memandangkan 4 juta orang Parsi memerintah 50 juta rakyat pelbagai kaum dan diaspora. Ia dibuktikan melalui Prasasti Behistun tentang Maharaja Darius I yang ditulis dalam tiga bahasa; iaitu Babylon, Parsi kuno dan Elamite.

Prasasti Behistun

Prasasti itu mengandungi 1200 baris ayat, dalam tiga bahasa dengan gambaran relief raja di hadapan 9 maharaja lain yang berjaya ditundukkannya dengan imej dewa Zoroastrian, Ahuramazda melayang di atasnya. Ia menceritakan kisah yang berkisar di antara saat Darius the Great ditabal sebagai raja pada 522 SM, hinggalah kema.tiannya pada tahun 486 SM. Darius mengisytiharkan dirinya pemenang dalam semua pertem.puran selama tempoh bergolak, dan mengaitkan kejayaannya dengan “rahmat Ahura Mazda”.

Kemerosotan Empayar British Semasa Di Kemuncak Kegemilangan

Empayar Mongol sememangnya amat luas, namun kedudukannya di tempat kedua sebagai empayar terbesar dalam sejarah dunia pun masih boleh dipertikaikan kerana usia empayarnya yang pendek dan sistem pemerintahan yang tidak lagi diperintah secara berpusat kerana Empayar Mongol berpecah belah selepas kema.tian Genghis Khan. Mongol seringkali dicabar oleh penemuan-penemuan terbaru ukuran empayar bersejarah yang lain seperti Empayar Xiongnu, Dinasti Han, dan Kekhaganan Gokturk kuno.

Pada awal abad ke-20, Jerman dan Amerika Syarikat mula mencabar kemajuan ekonomi British. Konf.lik kete.nte.raan dan ekonomi di antara British dan Jerman menjadi salah satu penyebab utama Per.ang Dunia Pertama, di mana British sangat bergantung pada empayarnya yang rata-rata adalah wilayah koloni yang menj.aj.ah tanah bangsa lain.

Statistik dari World Atlas

Ko.nf.lik ini memberi tekanan besar kepada sumber keten.ter.aan, kewangan, dan tenaga kerja. Walaupun British mencapai tahap kemuncak wilayah terbesarnya setelah Per.a.ng Dunia I, British tidak lagi menjadi kuasa industri atau keten.teraan yang terkemuka di dunia. Dalam Pera.ng Dunia Kedua, tanah j.ajahan British di Asia Timur dan Asia Tenggara telah diceroboh dan diduduki oleh Empayar Jepun.

Walaupun kemenangan akhirnya memihak kepada British dan sekutunya, kejatuhan prestij British telah menyumbang kepada kemerosotan Empayar British dengan cepat.  India, pegangan paling berharga dan berpopulasi paling padat milik British, mencapai kemerdekaan sebagai sebahagian daripada gerakan dekolonisasi yang lebih besar, di mana British terpaksa memberikan kemerdekaan kepada kebanyakan wilayah milil empayarnya.

Krisis Suez melengkapkan kemerosotan British sebagai kuasa imperialis global, dan pemulangan Hong Kong kepada Republik Rakyat China pada tahun 1997 menandakan kejatuhan Empayar British telah disempurnakan. Hari ini, 54 buah negara bekas ja.jahan Empayar British menganggotai organisasi Negara-negara Komanwel.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Namun tidak semua anggota Komanwel mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. 16 buah negara Komanwel yang mengiktiraf ratu sebagai ketua negara diserap ke dalam sayap Komanwel yang bernama Alam Komanwel ataupun “Commonwealth Realm”.

Bagaimanapun, majoriti ahli-ahli persatuan ini pula bersifat republik manakala sebahagian negara-negara yang lain pula mempunyai sistem beraja yang tersendiri seperti Malaysia, Brunei dan Tonga. Namun demikian, kesemua anggotanya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

RUJUKAN:

Taagepera, Rein (1979). “Size and Duration of Empires: Growth-Decline Curves, 600 B.C. to 600 A.D.”. Social Science History

Boiy, T. (2004). Late Achaemenid and Hellenistic Babylon. Leuven: Peeters Publishers.

George G. Cameron, The Old Persian Text of the Bisitun Inscription, Journal of Cuneiform Studies, vol. 5, no. 2

Ruangan komen telah ditutup.