Sehebat-hebatnya China dalam Sukan Olimpik, pun ada masanya kalah. Kalah pula kepada Chinese Taipei dalam perlawanan badminton beregu lelaki semalam.
Dikhabarkan scene ini kena cut dalam siaran langsung di stesen TV China untuk elakkan menyakitkan hati rakyat China yang patriotik.

Chinese Taipei tu merujuk kepada Taiwan, atau lebih tepat Republik China (Republic of China) atau ROC. Jangan dikelirukan dengan ROC dalam Olimpik kali ini yang merujuk kepada Rusia (Russian Olympic Committee).

ROC ni asalnya kerajaan yang memerintah China dari tahun 1912-1949. Selepas kalah dalam peperangan dengan komunis, ROC berundur ke Taiwan dan meneruskan pemerintahannya di Taipei.
Komunis yang menang mendirikan Republik Rakyat China (People’s Republic of China, PRC) di Beijing, dan dikenali secara umum sebagai China. Tapi secara teknikal, ada 2 China (keadaan macam 2 Korea). ROC juga China, walaupun kawasannya tinggal pulau-pulau Taiwan, Penghu, Kinmen dan Matsu (dan orang biasa panggil “Taiwan” saja). Dan ROC juga klaim seluruh Laut China Selatan macam PRC.

Dan di antara 2 China ini, negara lain hanya boleh iktiraf salah satu. Dulu lebih ramai iktiraf ROC, dan ROC juga menyandang kerusi Ahli Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga tahun 1971.

Tapi pada tahun 1971, ROC kena tendang keluar dari PBB, digantikan dengan PRC. Kemudian pada tahun 1979, US yang selama ni sokong ROC putuskan hubungan dengan ROC dan menjalin hubungan diplomatik dengan PRC.

(Malaysia pada asalnya tak iktiraf dua-dua, sampailah tahun 1974 baru menjalin hubungan rasmi dengan PRC)

Maka satu per satu negara putuskan hubungan dengan ROC. Tinggal 14 negara PBB saja yang masih iktiraf ROC, berbanding dengan 177 yang iktiraf PRC. Palestin pun kira OK lagi, diiktiraf oleh 139 negara.
ROC juga tak layak duduk dalam badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Keadaan ini menyebabkan ROC/Taiwan dikenali sebagai “the orphan of Asia” (亞細亞的孤兒).

PRC boikot Olimpik dari 1956 hingga 1976 sebab ada ROC (PRC pernah join 1952, time tu ROC yang boikot). Dengan sokongan US dan sebagainya, PRC nak masuk balik Olimpik.

Jadi, untuk kekal bertanding dalam Olimpik, ROC perlu berkompromi dengan memakai nama “Chinese Taipei” sejak Olimpik 1984. Tak boleh pakai bendera kebangsaan ROC iaitu “Blue Sky White Sun Red Earth” (青天白日滿地紅), kena pakai logo khas. Tak boleh pasang lagu kebangsaan. Tak boleh tonjolkan ia sebagai sebuah negara berdaulat.

Malah di luar Olimpik pun, PRC menekan siapa-siapa yang berani sebut atau iktiraf ROC sebagai sebuah negara.

Dan semakin ramai rakyat ROC melihat penyelesaian kepada masalah ini ialah kemerdekaan Taiwan sebagai sebuah negara, tak perlu merebut nama “China” dengan PRC lagi. Tapi PRC pun tak bagi.

Jadi, kemenangan Chinese Taipei ke atas China mempunyai simbolisme yang luar biasa. Sebuah entiti yang ditekan berdekad-dekad lama akhirnya meraih pingat emas Olimpik pertama dalam sukan yang didominasi oleh musuhnya.

Sekiranya malam ini Tai Tzu-ying dari Chinese Taipei menang lagi ke atas Chen Yufei dari China dalam acara perseorangan wanita, “morale” ROC/Taiwan akan berada di tahap paling tinggi dalam sejarah, dan orang PRC/China akan murung sebulan.

Kalau korang rasa teruk kena buli dalam hidup, tak ada harapan berjaya, ingatlah ROC/Taiwan.

#TaiwanNumberOne


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.