Wagyu merupakan antara daging yang sangat mahal untuk dibeli. Mengikut harga pasaran, sekilogram daging wagyu boleh mencecah ratusan malah ribuan pun. Kalau harga daging kerbau Allana yang berubah-ubah pun sudah menaikkan darah pengguna, atas alasan apakah daging ini berupaya untuk dijual dengan harga sedemikian. Sebenarnya perbandingan sedemikian sangatlah tidak adil. Kualiti wagyu sememangnya jauh lebih tinggi berbanding Allana.

Bagi yang tidak tahu, wagyu mempunyai sifat dan tekstur yang sangat lembut. Daging bergred tinggi ini biasanya cair dalam mulut ketika kunyahan ala-ala mentega. Bercakap tentang gred, daging Wagyu turut mempunyai skornya sendiri yang menekankan tentang pelbagai aspek, terutamanya kelembutan, warna dan kualiti keseluruhan. Kebanyakan daging Wagyu mempunyai pencapaian sekitar A4-A5. Sistem ini telah dikhususkan Jepun yang turut digunakan di Australia dan UK. Namun di UK, tiada regulasi dijalankan bermakna sesiapa sahaja boleh menggunakan nama Wagyu. Namanya berasal daripada Wa (Jepun) dan Gyu (daging lembu).

Empat jenis baka yang menghasilkan daging wagyu di Jepun, iaitu Japanese Black, Japanese brown, Japanese Shorthorn dan Japanese Polled. Lembu-lembu yang menghasilkan daging wagyu moden biasanya mempunyai baka induk antara empat tersebut bersama baka-baka antarabangsa iaitu seperti Brown Siss, Devon, Simmental, Ayrshire dan Korea.

Terdapat suatu mitos bahawa lembu-lembu ini diberikan minuman keras dan diurus setiap hari. Bagi pemprosesan daripada Jepun, perkara ini tidak benar. Mereka hanya kadangkala menyikat bulu-bulu lembu dengan sikat keras untuk menggalakkan peredaran darah yang baik, sekaligus meredakan stres lembu itu sendiri. Namun pengeluar Wagyu daripada Wales yang menggunakan pendekatan bir dan urutan abdomen.

Daging kobe ialah sejenis wagyu daripada baka lembu Tajima yang hanya boleh dibesarkan di Hyogo, Jepun. Sifat esklusif ini boleh dikaitkan dengan pengeluaran keju Parmagiano-Reggiano, bahawasanya jangankan negara lain – malah negeri-negeri lain di Itali pun tidak berupaya menghasilkannya. Sebuah keju hanya layak mendapat label Parmagiano-Reggiano hanya jika lembu-lembu mereka dibesarkan di Parma yang mempunyai bakteria khusus pada rumput yang dicernakan dalam perut lembu supaya menghasilkan susu berkualiti tinggi. Keju jenis sama dari negeri atau negara lain hanya layak mendapat label “Parmesan Cheese” sahaja.

Untuk layak mendapat label Wagyu, lembu-lembu perlu dibesarkan dan diberikan makanan berdasarkan garis-garis panduan terperinci. Lembu-lembu bertujuan untuk membiak perlu makan rumput padang. Anak-anak lembu pula mempunyai diet tertentu untuk memarmarkan daging mereka. Daging bermarmar mempunyai taburan lemak yang khusus dalam daging itu sendiri.

Anak-anak lembu Wagyu diberikan susu formula daripada botol dan perlu memakai jaket semasa musim sejuk. Mereka akan dilelongkan ke ladang lain pada usia tujuh bulan supaya digemukkan. Disini, lembu-lembu Wagyu akan dibesarkan dalam bangsal dan diberikan nama (bukannya dinomborkan). Bermakna setiap lembu mempunyai sijil beranak, yang merasmikan darah daging mereka. Mereka mempunyai diet jerami padi misalnya untuk mencapai berat 700 kilogram, biasanya dalam tempoh tiga tahun. Ini juga bermaksud, setiap potongan daging Wagyu boleh dijejak kembali dalam sistem mereka.

Biasanya di Jepun, Wagyu digunakan dalam hidangan seperti Sukiyaki dan Shabu-Shabu, yang mana daging ini akan dihiris halus dan dimasak sekejap sahaja. United Kingdom pernah menyekat pengimportan daging ini. Namun selepas 2015, pengharaman sedemikian dimansuhkan dan daging ini terus membanjiri pasaran sekurang-kurangnya £200 sekilogram. Maka di London pun, Wagyu ialah alternatif premium yang bukan semua mampu memilikinya.

RUJUKAN:

A bluffer’s guide to Wagyu beef: Why is it so expensive? And how do you choose good meat?. https://metro.co.uk/2017/10/28/a-bluffers-guide-to-wagyu-beef-why-is-it-so-expensive-and-how-do-you-choose-good-meat-7027611/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.