Kenapa Cao Cao Boleh Kalah Kat Red Cliff?

820

Pra-tempah hanya di Shopee

Sekiranya Pertem-puran Chibi / Tebing Merah (Red Cliff) benar-benar pernah berlaku dalam lipatan sejarah China, maka ia mungkin merupakan pertem-puran armada laut yang terbesar dalam sejarah, ia dipercayai berlaku pada musim sejuk sekitar tahun 208/9 Masehi dan menjadi sebagai sebahagian daripada pertem-puran melibatkan paksi-paksi yang merebut kekuasaan hegemoni seluruh China.

Ratusan ribu ten-tera terlibat, bahkan beberapa anggaran lain menunjukkan bahawa jumlahnya hampir mencecah satu juta pejuang. Pertem-puran itu menjadi titik tolak terakhir dalam menentukan nasib Dinasti Han di China.

Menjelang tahun 220 Masihi, China terpecah kepada tiga negara berbeza: Wei, Shu, dan Wu. Namun di mana sebenarnya lokasi pertem-puran ini berlaku masih menjadi isu yang kontroversi di kalangan sejarawan, dan ada yang berpendapat ia hanya kisah mitos yang diromantiskan melalui novel Hikayat Tiga Kerajaan. Namun, jika benar, bermakna ia telah berlangsung sekurang-kurangnya 1,350 tahun yang lalu.

Setelah 400 tahun pemerintahan yang penuh gemilang, Dinasti Han terpaksa bertahan hidup dengan bergelut di antara kuasa-kuasa dalaman tanpa campur tangan pihak luar, dan sebahagian besar tanah di dalam Empayar Han sebenarnya diperintah oleh panglima pe-rang tempatan. Untuk perbincangan mengenai Pertem-puran Chibi, tokoh yang paling penting dari semua panglima pe-rang adalah Cao Cao, ‘selebriti’ paling terkenal sepanjang sejarah Tiga Kerajaan yang memerintah kawasan terbesar di timur laut China.

Dalang Utama

Pada tahun 207, setelah beberapa siri pepe-rangan, Cao Cao telah menyatukan Dataran China Utara di bawah pemerintahannya. Dataran China Utara adalah dataran aluvial (tanah yang mendap) terbesar di China – kira-kira 158,100 batu persegi (409,500 kilometer persegi) tanah yang subur dan kaya dengan mendapan di delta Sungai Yangtze. Kejayaan Cao Cao ini memberikannya alasan kukuh untuk memegang jawatan Canselor istana (setara dengan jawatan Perdana Menteri).

Tugu Cao Cao

Akibatnya, kedudukan ini memberikan Cao Cao kawalan penuh ke atas seluruh pemerintahan Han. Setelah menguasai empayar, Cao Cao kini berusaha untuk merebut kembali setiap wilayah yang pernah berada di bawah kedaulatan Empayar Han dan menegakkan kembali pemerintahan imperialis. Sesiapa saja yang memisahkan diri daripada pemerintahan pusat dianggap sebagai pemberon-tak. Pada musim gugur tahun 208, dia menghalakan angkatan pe-rangnya ke arah selatan.

Penentang Cao Cao

Bertentangan dengan Sungai Yangtze (di sebelah selatan wilayah pegangan Cao Cao) terdapat provinsi Jing dan negeri Wu Timur. Jing dikawal oleh Gabenor Liu Biao yang sedang membekalkan suaka kepada seorang pelarian politik, anggota kerabat dinasti Han, dan salah seorang peserta dalam pe-rang Tiga Kerajaan, iaitu Liu Bei. Bakal Maharaja Kerajaan Shu Han.

Wu Timur pula adalah sebuah kerajaan yang berada di bawah pemerintahan salah seorang panglima pe-rang, merangkap bakal Maharaja Kerajaan Wu, Sun Quan. Kedua-dua wilayah ini menjadi batu penghalang Cao Cao untuk menyatukan kembali seluruh wilayah Han China, ironinya, mereka semua memiliki matlamat yang sama namun saling tidak mempercayai.

Provinsi Jing adalah kota pelabuhan yang penting dan pangkalan ten-tera laut Jiangling yang strategik, yang terletak kira-kira separuh dari Sungai Yangtze. Selain itu, wilayah ini juga berisi muara Sungai Han. Wu Timur merangkumi Sungai Han dan juga sebahagian besar kawasan timur Han. Oleh itu, Cao Cao memutuskan untuk menye-rang Jing terlebih dahulu.

Perikatan Pe-rang Lui Bei

Pe-rang yang telah sekian lama berlangsung antara Jing dan Wu sangat melemahkan ten-tera Gabenor Liu Biao dan Cao Cao dapat menak-luki wilayah itu dengan cepat dan tanpa banyak kor-ban jiwa. Gabenor terkor-ban dalam kon-flik itu dan perintah tertinggi keten-teraan Jing yang ditinggalkan kemudian berada di bawah tanggungjawab Liu Bei.

Salah satu jenis kapal yang digunakan dalam pertem-puran

Namun beliau terpaksa melarikan diri dari kota itu dan berakhir di bandar Xiakou. Di sana dia mula merundingkan usul menubuhkan pakatan anti-Cao Cao di antara Jing dan Wu. (baca Jingzhou: Tanah Yang Menggagalkan Perikatan Sun-Liu) Pada waktu yang sama, pemerintah Wu, Sun Quan telah menerima sepucuk surat dari Cao Cao di mana canselor itu bercakap besar sambil mengancam bahawa dia memerintah angkatan ten-tera yang berjumlah 800,000 orang bersedia untuk berpe-rang atas nama Maharaja.

Percubaan untuk menakut-nakutkan Sun Quan ini jelas dianggap oleh ramai sejarawan sebagai keterlaluan jumlahnya, namun, dipersetujui bahawa Cao Cao kemungkinan besar memiliki kekuatan tem-pur yang mungkin secara penuh antara 200,000 hingga 300,000 orang. Sun Quan akhirnya bersetuju untuk bersekutu dengan Liu Bei. Bersama-sama, mereka berjaya merekrut ten-tera campuran berjumlah sekitar 50,000-80,000 orang yang terdiri daripada penduduk wilayah selatan.

Kelebihan Selatan

Orang-orang Selatan tidak menunggu begitu sahaja sambil se-rangan itu dimulakan. Para panglima selatan merumuskan taktik mereka tersendiri, mereka mengetahui cara terbaik untuk mengambil manfaat dari jumlah pasukan Cao Cao yang besar.(Dzhak, 2016).

Walaupun Cao Cao memiliki angka majoriti yang jelas, pasukan selatan tidaklah lemah sepenuhnya. Pe-rang tidak semestinya boleh dimenangi dengan angka semata-mata. Sebagai permulaan, kira-kira separuh daripada ten-tera Sun Quan adalah pelaut yang berpengalaman – sebaliknya, ekspedisi ini adalah kempen lautan yang kali pertama dilalui bagi sebilangan besar ten-tera Cao Cao.

Kedua, dataran rendah selatan menjadi perumah kepada sejumlah wa-bak penya-kit tropikal yang mana ten-tera tempatan telah mempunyai kekebalan terhadapnya tetapi ia bakal merosakkan pendatang dari utara yang akan menye-rang. Ketiga, Cao Cao tidak menyediakan bekalan dan kelengkapan dengan baik untuk mempersiapkan angkatan ten-teranya yang besar, ini aspek terpenting dalam sebarang kempen pe-rang. Akhirnya, ten-tera Sun Quan menikmati kelebihan sebagai tuan rumah. Ditambah lagi dengan sokongan dari ten-tera Liu Bei. Jika semua itu tidak cukup buruk bagi Cao Cao, minggu-minggu menjelang pertem-puran tiba-tiba cuaca hujan dan kelembapan melanda.

Liu Bei

Penderi-taan paling seng-sara yang menimpa ten-tera utara adalah mabuk laut. Di mana, ia menjadi sangat teruk sehingga laksamana armada itu memutuskan untuk merantaikan setial kapal bersama-sama, secara tidak langsung membentuk sebuah tongkang raksasa, dalam usaha untuk mengurangkan kapal bergoyang.

Langkah ini berjaya tetapi ia telah mengurangkan keupayaan pergerakan ten-tera laut. Sebilangan ten-tera kekal berada di atas kapal sementara yang lain turun dan mendirikan kem di tebing utara Sungai Yangtze;  pasukan Liu Bei dan Sun Quan mendirikan kem di tebing selatan, yang dikenali sebagai Chibi (Tebing Merah).

Kekalahan Cao Cao

Apabila para pemimpin selatan melihat Cao Cao telah mengikat kapal-kapalnya, mereka membuat satu rancangan. Salah seorang panglima Wu bernama Zhou Yu memerintahkan salah seorang pegawainya menulis sepucuk surat yang mengatakan bahawa dia ingin mengalihkan sokongan dan mahu menyerah kepada Cao Cao.

Dia kemudian menghantar kapalnya menyeberang untuk bergabung dengan armada Cao Cao. Namun, itu hanyalah muslihat. Kapal-kapal itu tidak dipenuhi dengan ten-tera, tetapi dengan kayu, jerami dan minyak, ia adalah kapal yang berapi. Apabila kapal menghampiri armada musvh, semuanya terbakar. Deruan angin membawa api terus marak menuju ke armada Cao Cao. (Duckster, 2017).

Kekacauan tercetus, ribuan askar ma-ti dijilat api tetapi ada juga yang le-mas kerana tenggelam di dalam sungai ketika mereka cuba melarikan diri. Tidak lama kemudian, api merebak ke kem di tebing sungai. Dan bala yang lebih buruk masih belum berlaku. Jauh dalam keheningan dan kegelapan malam yang penuh dengan asap, muncul pula gerombolan ten-tera Liu Bei yang telah bersedia untuk menghabisi mana-mana askar Cao Cao yang terselamat.

Sebuah mural yang menunjukkan kereta kuda dan pasukan berkuda dalam peristiwa Makam Dahuting pada akhir Dinasti Han Timur

Hanya sebahagian ten-tera selatan yang mengambil bahagian dalam se-rangan ini, tetapi, dalam kebingungan, ten-tera utara tidak mengetahui hal ini dan menyangka bahawa seluruh ten-tera selatan sedang melancarkan se-rangan. Moral angkatan ten-tera Cao Cao jatuh merudum, formasi ten-teranya mus-nah dari kedudukan asal dan askarnya bertempiaran melarikan diri, ramai yang mencari perlindungan di kawasan paya bakau di sekitar sungai.

Hujan beberapa hari kebelakangan itu telah meningkatkan paras air hingga memenuhi paya dan ramai orang utara ma-ti le-mas. Yang lain bergelut untuk melalui jalan lembap yang gelap dan dengan mudah dikejar oleh pasukan berkuda selatan untuk dibu-nuh atau dita-wan.

Ketika pe-rang berlangsung, Cao Cao dan saki baki pasukannya yang lain berkumpul di Jiangling. Ten-tera Sun Quan dengan mudah menjejaki mereka dan meme-rangi Pertem-puran Jiangling yang sengit, namun sekali lagi Cao Cao terlepas, dipercayai atas belas ihsan salah seorang panglima Liu Bei iaitu Guan Yu (sebagai membalas jasa kerana Cao Cao pernah membebaskan dia dari tahanan). Selepas peristiwa ini, Cao Cao berundur ke utara.

Pe-rang telah berakhir dan dia kehilangan wilayah sejauh 99 batu (160 km) sebagai akibat dari kempen tersebut. Walaupun demikian, Cao Cao tetap menjadi panglima pe-rang yang terkuat dan pada tahun 220, Maharaja Xian secara rasmi melepaskan jawatannya selepas kema-tian Cao Cao, wilayah di utara Cao Cao menjadi negara Wei. Liu Bei mengambil alih kawalan terhadap provinsi Jing dan tanah yang ditinggalkan oleh Cao Cao, membentuk negara Shu Han. Negeri-negeri ini dilengkap dengan negara Wu yang diperintah Sun Quan untuk memulakan zaman Tiga Kerajaan di China.

Ukiran di tebing berhampiran Bandar Chibi, kemungkinan lokasi Pertem-puran Chibi. Ukiran ini berusia sekurang-kurangnya seribu tahun

Lokasi sebenar Chibi atau tebing selatan yang lebih popular dalam budaya pop dengan nama Red Cliffs tidaklah diketahui secara spesifik. Ini kerana amalan zaman dahulu di mana tapak pertem-puran jarang ditandakan untuk diingati oleh keturunan dan nama-nama lokasi tempatan sering berubah selama berabad-abad. Pertem-puran ini mendapat namanya dari sebuah kota bernama Chibi yang berhampiran dengan sebuah tebing berwarna merah dengan ukiran kuno, ia dipercayai sebagai kemungkinan paling tinggi sebagai lokasi sebenar pertem-puran ini.

Pertem-puran Chibi diabadikan dalam novel Hikayat Tiga Kerajaan yang ditulis pada abad ke-14 oleh Luo Guanzhong. Sebuah filem dua siri yang menggambarkan pertem-puran ini diterbitkan oleh Beijing Film Studio. Filem berjudul Red Cliffs ini memecahkan rekod box office di China ketika dilancarkan pada bulan Julai 2008.

RUJUKAN:

“Ancient China.” Ducksters Educational Site , Ducksters Educational Site, 2017

Dzhak, Yulia. “The End of the Han Dynasty – Battle of Red Cliffs.” W4R HISTORY ONLINE, 3 June 2016.

History Express. “Largest Naval B4ttles in History – the B4ttle of Red Cliffs.” YouTube, 2 Feb. 2017.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.