Kenapa Burung Mampu Terbang Walau Ada Graviti?

261

Burung tetap dipengaruhi graviti walaupun dapat terbang. Tetapi burung kena pastikan yang ia terus terbang menggunakan tenaganya, kalau tidak ia akan jatuh ditarik graviti. Anda ingat burung tetap terapung kalau ia duduk saja?

Ketika terbang, ia menggunakan tenaganya juga untuk lawan graviti. Burung perlu gunakan tenaganya untuk hasilkan daya tujahan (thrust force) untuk terbang dan daya apungan (lift force) untuk ‘maintain’ penerbangannya. Kalau burung mati ditembak, ia akan jatuh juga ke bawah.

Sebab itu kita manusia lebih penat mendaki atau naik tangga, berbanding turun sebab kena guna tenaga lebih untuk lawan graviti selain tenaga untuk berjalan dan sebagainya.

Laut tiada tenaga dan kehendak untuk melawan graviti, melainkan terjadinya ombak atau tsunami yang terhasil daripada gempa Bumi. Air tak boleh naik sendiri dengan kehendaknya seperti burung yang mampu manipulasi tenaga sendiri.

Kalau anda tanya kenapa Bulan tak jatuh ke Bumi kalau ada graviti? 

Soalan ini Newton pernah tanya dirinya sendiri. Dia fikir, kenapa epal boleh jatuh ke bawah, tapi Bulan tidak? Soalan ini yang buatkan Newton menemui graviti.

Bumi ini sebenarnya sedikit condong kalau kita jadikan kutub utara dan selatan sebagai paksi. Kecondongan ini datang daripada hipotesis bahawa Bumi pernah dilanggar oleh serpihan objek astronomi pada jutaan tahun yang lalu.

Serpihan ini bersaiz planet marikh. Ketika dilanggar Bumi, objek ini berseret dengan Bumi, lalu Bumi menyondong sikit.

Serpihan ini pula sebahagiannya berkecai kerana langgaran atmosfera Bumi. Sebahagian kecil daripada objek ini menjadi Bulan. Serpihan lainnya bersepah ke angkasa berterbangan dari Bumi.

Sejak itu Bulan mengorbit Bumi dengan kelajuan mencecah hampir 4000 km/h. Bulan tak jatuh sebab ketika berlaku langgaran tersebut, sepatutnya Bulan akan pergi jauh meninggalkan Bumi, tapi sebab graviti Bumi, Bulan tak dapat lari dan berpusing.

Nak faham, tengok gambar rajah ini. Bulan sebenarnya bergerak melawan arah graviti Bumi. Kalau Bumi tiada graviti, selepas pelanggaran besar dulu, tentu Bumi tiada Bulan sekarang.

Tapi sebab graviti, Bulan ditarik (merujuk pada anak panah Bulan ke arah Bumi) dan mengorbit.

Kalau satu hari nanti tiba-tiba Bumi tiada graviti, Bulan tidak akan jatuh ke Bumi, tapi akan ‘lari’ meninggalkan (anak panah hijau) Bumi kerana ikatan orbitnya dah tiada.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.