Kenapa Budak-Budak Suka K-Clique?

3,475

https://bit.ky/kombowww

1. Kosa kata K-Clique yang terhad.

Aku ni orang bahasa. Ajar Bahasa Melayu di sekolah. Belajar sastera juga. Aku dapati perkataan-perkataan yang digunakan K-Clique biasa-biasa saja. Hanya menggunakan perkataan dalam perbualan seharian. Ini orang bahasa sebutnya sebagai diksi (pemilihan perkataan).

Mungkin sebab tu budak-budak senang untuk grasp lagu mereka. Sebab perkataannya senang untuk disebut, makna yang mudah difahami, dan tidak kompleks.

Genre rap ni menarik dan unik. Tak banyak batasan untuk tulis lirik. Ruangnya lebih banyak. Berbaris-baris, berangkap-rangkap. Terasa sangat rugi kalau sesebuah lagu rap yang ada beat sedap, melodi sedap, hook sedap, tapi liriknya macam tu aje. Sangat-sangat membazir potensi yang ada.

Majoriti perkataan yang mereka guna ialah perkataan yang ada dua suku kata. Sikit saja perkataan tiga suku kata.

Janji, pergi, ini, bukan, hidup, aku, bagai, mimpi, aku, takkan, lain, macam, perlu, jerit, tunggu, etc. Perkataan yang macam ni banyak mereka guna. Contoh rangkap pertama lagu Sah Tu Satu:

“Salam kata seru
Satu hala tuju
Jangan salah laku
Nanti tumpang malu
Jangan dongak atas
Takut lain balas
Tentangan salah masuk rentakan belahan rasa hentakan retakkan gerakan.”

Nampak? Dua suku kata. Yang tiga suku kata tu sebab masuk imbuhan saja. Selama aku mengajar kelas-kelas pemulihan Bahasa Melayu, budak-budak yang lemah ni memang ada masalah dengan perkataan tiga suku kata.

Sebab apa? Sebab dalam perbualan seharian, memang kita lebih banyak guna perkataan dua suku kata saja. Kalau yang formal-formal ni, banyak guna perkataan tiga suku kata.
Cuba tengok Ayien Rahman yang rap 10 minit tu. Tengok perkataan-perkataan yang dia guna. Boleh inzal para pencinta bahasa.

Masih dalam konteks lirik, tapi pasal diss track. Ada beberapa rappers underground yang buat diss track terhadap mereka. Aku dapati mereka tak balas. Ada je yang balas tapi tak kuat. Kebolehan lirik mereka memang terhad.

Ada ke patut lagu Maddayz tu Zynakal balas cara lucah dengan ubah “enjit-enjit semut” kepada “enjit-enjit kemut”. Rasa low sangat. Hip-hop murah ni kalau diss pakai modal lucah.
Kesimpulannya, nak jadi rappers ni kena pandai bahasa. Paling penting ialah perbendaharaan kata. Average person tahu 20000 – 30000 perkataan. Rappers sepatutnya tahu lebih dari itu.

Kosa kata ni penting untuk wordplay. Btw bab kosa kata ni bukan sahaja jadi isu kepada K-Clique. Karyawan-karyawan generasi baru pun ada masalah macam ni. Tak ada banyak ilmu bahasa tapi nak jadi penulis lirik. Kalau kena dengan lagu tu tak apa. Tapi kalau terlalu shallow, tak syok la. Nampak macam industri kita ni picisan je nanti.

Bab kosa kata ni, artis yang boleh berbahasa Inggeris ada kelebihan. Kita tengok Malique. Dia sangat terer bahasa Inggeris. Secara langsung, bahasa Melayu dia pun improved. Makin banyak bahasa dia tahu, makin terer dia dalam bahasa sendiri. Sebab tu kita jangan duk takut nak belajar bahasa orang.

2. Department imej, visual, dan beat K-Clique ni tersangatlah power.

K-Clique ni sangat sedap didengar guna earphone. Beat diorang tu lain macam sedap. Terutama part bunyi bass dan bunyi snare. Kira sound dia tak bodo la.
Aku pernah je Google siapa yang buatkan beat depa ni. Tapi tak tahu apa nama. Kalau sesiapa tahu, bolehlah share dekat komen.

Bab video depa pun power. Jenis kamera goyang-goyang zoom in zoom out, ada flashy color sikit-sikit, color grading smart, dan ada smooth transition. Sangat professional. Jadi aku tak hairan video depa tercalon untuk MTV Asia Award tu. Memang level international.

K-Clique sepatutnya berterima kasih yang amat tinggi kepada orang yang terbitkan muzik video depa. Lepas tu dekat orang yang buat beat muzik depa. Dua elemen tu je yang menyelamatkan depa.

Nak harapkan lirik, memang tak sedap. Nak harapkan imej, banyak cerita negatif. Nak harapkan live performance, banyak miming dan playback.

Jagalah baik-baik editor dan tukang muzik tu.

3. K-Clique ni mendatar

Kalau kita dengar satu atau dua lagu K-Clique, kita mungkin akan rasa mereka ni bagus. Rap cara baru. Rap segar. Sedap. Tapi lepas dengar 5 hingga 6 lagu mereka, kita pun akan terfikir, mereka ni sebuah rap group yang mendatar. Flat. Tak banyak beza satu lagu dengan satu lagu yang lain. Cara rap yang sama, tema lirik yang sama, dan gaya music video yang sama.

Pesanan saya, buatlah kelainan. Nak lain macam mana tu, fikirlah sendiri. Itu saja.

4. Tolonglah improve live performance

Sebagai peminat muzik rock, aku sangat suka live performance daripada artis kegemaran aku. Nak tengok sendiri macam mana vokalis tarik suara, macam mana gitaris goreng solo, dan macam mana band improvise lagu mereka.

Dari live performance yang mantap, satu “bond” yang kuat akan wujud dengan peminat.
K-Clique, jika dibincangkan dari segi live performance, sangatlah mengecewakan. First, miming. Second, playback. Third, hampir 100% lagu penonton sendiri yang nyanyikan. Ini sangat-sangatlah mengecewakan.

Aku expect dengan bilangan yang ramai, dapatlah mereka sumbangkan idea untuk jadikan live performance tu mantap. Bilangan anggota yang ramai atas satu pentas bukan alasan. Cubalah belajar dari artis-artis K-Pop.

Mereka ada 9 orang. Super Junior dari Korea ada 13 orang. Tapi ada nampak Suju kelam kabut atas pentas? Ada nampak berterabur masa buat live show? Takde. Mereka organized. Masing-masing tahu masa untuk undur ke belakang dan masa untuk maju ke depan.
Bendanya senang saja, jangan curi spotlight kawan sendiri. Ini waktu giliran kau rap, kau nak duk kat tengah depan. Waktu kawan kau rap dan kau jadi hype man, kau nak duk situ jugak.

Apa masalah kau ni? Teamwork lah. Clique amende nak sailang spotlight band mate sendiri?
Dengan latihan yang cukup dan persefahaman sesama anggota, live performance K-Clique sebenarnya boleh jadi sedap. Tapi tu laaa. Sama sendiri pun nak tunjuk siapa besar.
Okeylah panjang sangat dah.

Kesimpulan untuk point ni, sesedap mana pun lagu dalam rakaman, sepower mana pun lirik, seberat mana pun bass drop dalam beat, tapi kalau live performance hancur, maknanya hancur la. Seseorang artis, jual album banyak mana pun atau view juta-juta kat Youtube tak memberi apa-apa kebanggaan pun kalau tak dapat dizahirkan dalam persembahan live.

Persembahan live ialah ukuran kualiti sebenar satu-satu karyawan tak kiralah berapa view dia kat Youtube atau berapa banyak album dia terjual. Improve that.

Kesimpulan

Akhir kata, aku okey saja dengan K-Clique. Takde masalah. Hari-hari dengar lagu depa. Cuma ada benda-benda yang mereka patut improve kalau nak lama dalam industri mainstream. Paling penting, untuk diingati. Bukan dipuja 3,4 bulan sahaja kemudian dilupakan.

Aku masih ingat rappers-rappers lama. Jadi aku nak K-Clique juga diingati untuk 30 atau 40 tahun lagi. Tak apa. Baru lagi. Kita kasi can.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.