Kenapa Boleh Wujud Justice League Versi Snyder Cut?

1,099

Pra-tempah hanya di Shopee

Zaman 2010-an meninggalkan sebuah pengalaman luar biasa. Inilah dekad yang sangat bermakna, dengan sebuah siri menggabungkan adiwira-adiwira agung. Dulu para adiwira ini banyak bergabung dalam komik.

Tetapi dunia perfileman yang semakin maju membolehkan mereka semua muncul di layar perak pula. Kelibat Tony Stark dan Steve Rogers bersama adiwira lain telah memberikan Disney dan Marvel Studios sebuah kuasa yang besar dalam industri perfileman.

Marvel Cinematic Universe (MCU) berjaya mengumpulkan AS$22.587 bilion, dengan modal hanya AS$4.582 bilion sahaja (tidak termasuk kos pemasaran).

Avengers: Endgame telah menjatuhkan Avatar daripada persada filem paling banyak kutipan. Semuanya kerana Kevin Feige yang bijak menyusun strategi. Tidak lupa juga Jon Favreau kerana memilih Robert Downey Jr. yang menghidupkan watak Iron Man.

Sepatutnya Marvel menghadapi persaingan kental, kerana dunia lebih mengenali pesaing mereka iaitu DC.

Sebelum MCU bermula, ramai lebih kenal Superman dan Batman yang mempunyai pelakon jauh lebih berlagenda.

Pada tahun Iron Man bertatih, The Dark Knight sudah meletakkan definisi adiwira sebenar hingga mendapat lapan pencalonan di Academy Awards.

Ketika Marvel membawa Avengers, DC mempunyai Justice League. Malang sekali, Justice League tidak mendapat keuntungan sama seperti Avengers walaupun dengan perbelajaan lebih mahal.

Justice League menerima kritikan hebat, sementara Avengers dipuji melambung. Rotten Tomatoes menarafkan Justice League dengan markah 40% sahaja (Avengers mendapat 91%).

Tidak cukup, Justice League mempunyai dua versi pula.

Punca Di Sebaliknya

Pihak Warner Brothers sudah merancang Justice League sejak tahun 2007 (McClintock & Fritz, 2007), lagi tetapi ditunda sekejap akibat mog.ok yang dilancarkan kumpulan penulis Amerika Syarikat (Boland, 2008).

Zack Snyder (kanan)

Tanpa henti projek ditunda hinggalah Man of Steel yang diberikan kepada Zack Snyder. Warner Bros. sudah mengumpulkan barisan pelakon iaitu Ben Affleck, Ezra Miller, Gal Gadot, Henry Cavill dan Jason Momoa.

Dengan barisan sebegini, Justice League memang patut mendapat AS$1 bilion sekurang-kurangnya. Sasaran ini sangatlah relevan, kerana Batman v Superman: Dawn of Justice (juga sentuhan Snyder) menghampiri AS$900 juta.

Tetapi Batman v Superman: Dawn of Justice inilah pencetus segala masalah buat Snyder bagi Justice League.

Filem ini mendapat penarafan sebanyak 28% daripada Rotten Tomatoes dengan pendapat umum mengatakan jalan ceritanya melemaskan segala potensi yang ada. Teruk Batman v Superman: Dawn of Justice dikecam.

Zack Snyder (kanan)

Pihak Warner Bros. yang goyah pun kerap mengganggu penggambaran Justice League.

Campurtangan Warner Bros. memberikan impak yang besar. Berkali-kali Justice League ditulis semula; jalan cerita diubahsuai untuk mengelak dikritik (Medina, 2018).

Peristiwa 12 Mac 2017

Penggambaran Justice League berlangsung pada 11 April 2016 hingga Oktober 2016. Semua bahan perfileman sudah ada, hanya perlu disusun semula oleh pihak penyunting yang diketuai Zack Snyder.

Tetapi pada 12 Mac 2017, satu peristiwa buruk telah berlaku. Anak perempuan Zack Snyder bernama Autumn telah membµnµh diri atas sebab diketahui hanya keluarga terdekat sahaja (Nwobod, 2020).

Asalnya Zack Snyder mahu kembali menyunting Justice League. Kerana beliau sangka tugasan kerja boleh memulihkan fikirannya.

Tetapi dua bulan kemudian, beliau sedar – kejadian yang berlaku sebenarnya terlalu berat untuk diketepikan dengan tugasan kerja (Kit, 2017). Jadi Snyder berundur diri.

Warner Bros. menggantikan Snyder dengan Joss Whedon, yang mengarah Avengers.

Beliau membuat penggambaran semula yang menaikkan lagi kos pembikinan. Macam-macam masalah berlaku ketika ini. Henry Cavill terpaksa menangguhkan penggambaran Mission Impossible – Fallout di tengah jalan.

Sudahlah dalam filem tersebut, beliau perlu menyimpan misai. Pengarah Fallout mencadangkan tuntutan AS$3 juta untuk menambahkan misai secara digital. Tetapi pihak Paramount Pictures tidak setuju.

Kerana Whedon yang perlu membuang misai Cavill secara digital (Travis, 2018).

Whedon didakwa tidak profesional dengan kelakuan sangat buruk terhadap barisan pelakon dan pekerja di sebalik tabir ketika penggambaran (Farooqi, 2020).

Perubahan dibuat Whedon sangatlah ketara dengan 80 muka surat baru. Hanya 10 peratus usaha Snyder saja dimasukkan dalam filem akhir.

Snyder Cut

Kemelut berpanjangan mudah kata menyebabkan Justice League gagal. Peminat tegar tidak berpuas hati, hingga membandingkan nasib Justice League dengan Superman II (1980). Pengarah utama bagi dua projek ini berundur (atas sebab berbeza). Memandangkan Richard Donner mendapat Superman II Cut, ramai meminta Warner Bros buat Snyder Cut.

Dan pada Mac 2019, Snyder mengesahkan bahawa versi beliau masih disimpan. Hujung tahun yang sama, Snyder menaikkan sekeping gambar di media sosial yang menunjukkan beberapa kotak berlabel “Z.S. J.L. Director Cut” dengan kapsyen, “Benarkah? wujudkah? Mestilah wujud!”

Reaksi peminat yang membuak-buak berakhir dengan persetujuan daripada Warner Bros. Snyder Cut akan diudarakan melalui HBO Max, sebuah projek besar yang mana semua pelakon bersedia kembali untuk bantu menyiapkan.

Dan Snyder juga berharap versinya akan membµnµh versi Whedon (Dumaraog, 2020).

Peminat sudah menunggu. Snyder Cut pun sudah siap, bakal ditayangkan pada 18 Mac 2021. Tidak lama lagi, semua akan menyaksikan jika Justice League mampu menumbangkan Josstice League (sempena nama Joss Whedon).

Perbandingan asal antara Justice League dan Josstice League:

RUJUKAN:

Boland, M. (2008, Januari 17). Australia denies (ditapiskan) Justice League. Variety.

Dumaraog, A. (2020, Disember 18). Zack Snyder wants to wipe Joss Whedon’s Justice League from existence. Screen Rant.

Farooqi, S. (2020, Oktober 29). Interview: Ray Fisher Speaks Out on ‘(ditapiskan’ Set and WarnerMedia Investigation Into Justice League Production. Forbes.

Kit, B. (2017, Mei 22). Zack Snyder steps down from ‘Justice League’ to deal with family (ditapiskan). The Hollywood Reporter.

McClintock, P., & Fritz, B. (2007, Februari 22). ‘Justice’ prevails for Warner Bros. Variety.

Medina, J.J. (2018, Jun 12). ‘Justice League’ drama: How WB pissed off Chris Terrio and hired Joss Whedon (rumor). Batman News.

Nwobod, I. (2020, Ogos 14). Who is Zack Snyder’s Daughter Autumn Snyder and Why Did She Commit (ditapiskan)? Just Richest.

Travis, B. (2018, Ogos 1). Mission Impossible Fallout Director Originally Agreed for Henry Cavill To Shave Moustache for Justice League. Empire.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.